[Shenzhen, China, 12 Mei 2020] Huawei, penyedia ICT terkemuka di dunia, telah menjalin kerjasama dengan 18 pembuat kenderaan, untuk membina ekosfera kenderaan berkemampuan 5G untuk mempercepat penggunaan teknologi 5G secara komersial dalam industri.Kumpulan pertama dari 18 pembuat kereta ini termasuk First Automobile Group, Chang’an Automobile, Dongfeng Motor Corporation, SAIC Motor Corporation, Guangzhou Automobile Group, BYD Auto, Great Wall Motors, Chery Holdings dan JAC Motors.
“Bersama dengan penumpuan automotif dan ICT yang mendalam, kenderaan bersambung teknologi pintar akan muncul sebagai alat pengembangan revolusi baru kepada penguna, dengan kesannya yang jauh melampaui kedua industri itu sendiri,” kata Eric Xu, Pengerusi Huawei.Dengan kelebihan dalam kelajuan transmisi dan keboleh percayaan didalam pengunaan, teknologi 5G dianggap penting untuk meningkatkan kemampuan pemanduan kenderaan sendiri dan hiburan kenderaan yang disambungkan.
Menurut GlobalData, Asia-Pasifik (APAC) akan menjadi wilayah terkemuka dalam hal penggunaan teknologi 5G dengan 1.14 bilion pelanggan, menyumbang 65% langganan 5G global menjelang 2024, yang akan mempengaruhi segmen-segmen seperti IoT dan automobil secara signifikan.Sejak pelancaran perkakasan komunikasi 5G pertama MH5000 pada April 2019, Huawei telah menyediakan produk dan teknologi seperti platform T-Box untuk rakan ekosistem untuk menyokong inovasi aplikasi rangkaian pintar kenderaan 5G dan 5G + C-V2X.Pada bulan April, Huawei melancarkan produk modul pengecasan pantas DC baru “Huawei HiCharger”, penyelesaian untuk infrastruktur pengisian NEV. Syarikat ini juga membangun platform pemanduan pintar terbuka untuk mengkaji antara aplikasi, sistem pengendalian kereta, kokpit pintar dan internet kenderaan.
Sepanjang tahun lalu, banyak syarikat automotif antarabangsa dan domestik telah melancarkan berbagai inovasi dalam pemanduan sendiri, rangkaian pintar, dan perkhidmatan maklumat berdasarkan produk dan penyelesaian 5G Huawei, secara beransur-ansur memungkinkan pengguna untuk merasakan nilai teknologi 5G dalam kenderaan.”Huawei tidak membuat kereta”, kata Eric Xu. “Berdasarkan ICT, Huawei bertujuan untuk menjadi penyedia komponen digital berorientasikan kereta dan baru.”