Honda XADV 2021 Semakin Canggih Dan Berkuasa

Apa yang anda perlu ketahui tentang model baru 2021 skuter Honda XADV?

  • Enjin baru yang mematuhi piawai Euro 5 untuk enjin yang lebih mesra alam tetapi mendapat tambahan kuasa sebanyak 4 kuasa kuda (hp) menjadikan enjin ini berupaya mengeluarkan tenaga sebanyak 57.8 bhp.  Dalam erti kata lain, enjin model 2021 lebih power!!!!
  • Berat keseluruhan model 2021 ini adalah 3 kg lebih ringan iaitu 236 kg membuatkan model ini lebih jimat minyak dan menjadikan kendalian skuter ini lebih mesra penunggang.  Lebih senang nak cilok!!!!
  • Odometer baru 5 inchi TFT menambahkan seri penampilan skuter model 2021 ini.  Odometer ini boleh dikendalikan dengan kawalan suara penunggang melalui penyambungan ke telefon bimbit anda!  Pendek kata, canggih sekali!!!!
  • Cermin hadapan skuter ini boleh dilaras ke 5 kedudukan mengikut kesesuaian penunggang manakala tempat duduk model 2021 ini telah digubah agar lebih tirus ke depan untuk memudahkan penunggang melunjurkan kaki ke tanah.  Walau bagaimana pun, muatan tempat simpanan di bawah tempat duduk untuk model 2021 adalah lebih besar iaitu 22 liter kapasiti simpanan.  Yeayyy, boleh simpan helmet full face bawah seat!!!!
  • Sebagai sistem keselamatan tambahan, model 2021 X-ADV juga mendapat sistem brek kecemasan yang membuatkan lampu belakang berkelip-kelip ketika anda menekan brek dengan kuat pada kelajuan melebihi 53 kmj, dan indikator signal kiri dan kanan mempunyai sistem pembatalan sendiri apabila anda selesai membelok.  Admin amat teruja dengan ciri ini!!!!!
  • Dengan pendikit menggunakan wayar yang sememangnya menjadi ciri standard pada kebanyakkan motorsikal moden, model 2021 Honda XADV ini mampu untuk melaksanakan mod menunggang dan tetapan kawalan daya tarikan yang jauh lebih maju daripada model sebelumnya.  Jurutera Honda memanfaatkan ciri ini sepenuhnya dengan memberi X-ADV model 2021 ini 5 mod tunggangan untuk dipilih – ‘Rain’, ‘Standard’, ‘Sport’, ‘Gravel’ dan ‘User’.  Admin kata, eehhh cukup la tu, banyak sangat mod nanti pening!!!!

Belum diketahui lagi bila Honda XADV 750 model 2021 ini akan mendarat di negara kita atau berapa harga jualannya nanti?!  Apa yang Admin harapkan, dengan ciri-ciri baru yang ada, harga skuter adventure ini kekal atau lebih murah daripada model sedia ada di pasaran sekarang.

Kepada peminat skuter yang ingin melakukan pengembaraan jarak jauh, nasihat Admin cuma satu sahaja, SILA MULA MENABUNG!!!!