Honda sememangnya tidak asing lagi dengan motosikal segmen 600cc dengan model Honda CBR600Rnya suatu ketika dulu, kini Honda mengeluarkan pula Honda CBR650R yang dipasang di Thailand tetapi kini serba baru, lagi bergaya dan dirombak serta dinaik taraf lebih agresif, terutama bahagian hadapan hampir sama dengan abangnya CBR1000RR. Boleh dikatakan ini adalah model pemangkin untuk peminat-peminat motosikal memulakan alam motosikal berkuasa besar sebelum ke model yang lagi berkuasa.Admin tertarik dengan gaya tunggangan CBR ini di mana yang lembut dan lancar membelah kesibukan jalanraya waktu puncak, biar pun kedudukkan atau posisi menunggang agak membongkok sedikit tetapi tidak terlalu agresif seperti sebuah “Superbike”. Menunggang di luar Bandar seperti lebuhraya yang terbuka memberikan satu peluang dan pengalaman yang menarik, ini kerana kita boleh merasakan kelancaran dan kuasa enjinnya maksimum yang boleh.
Kebetulan admin sempat ke Bandaraya Ipoh dan balik semula ke Kuala Lumpur pada hari yang sama dengan selesa, kebetulan sempat merasa di basahi hujan dengan lebat, ternayata CBR ini stabil selagi cara menunggang dengan selamat. Untuk model baru ini rata-rata peminat motosikal yang admin jumpa akan memberi komen dan pedapat masing-masing dari segi rekabentuk terutamanya pada model Honda CBR650R ini, kebanyakan pada bahagian belakang, tidak seperti model sebelumnya.Admin pada mulanya juga terasa agak janggal dengan bahagian belakang ekor yang pendek, puas juga nak memahaminya, walau bagaimana pun kemampuan enjin dan prestasi CBR ini akan membuat anda lupa akan semua itu, biasa la di Malaysia ini dan mungkin seluruh dunia, rekabentuk amat penting sekali untuk memuaskan pengemar motosikal khasnya.
Dengan enjin 649cc empat silinder, pada dasarnya adalah unit sama dengan CBR650F tetapi ditala dan ditapis. Kuasa yang telah meningkat sebanyak 4.1bhp dan 1000rpm, dari 89.8bhp @ 11000rpm kepada 93.9bhp @ 12,000rpm.Tork puncak tetap sama 47.2 ft.lb seperti sebelum ini, tetapi kini naik dari 8000rpm hingga 8500. Prestasi enjin baru CBR mempunyai kesan timbal balik yang kecil terhadap penggunaan bahan api yang mana, angka Honda mengatakan ia menggunakan bahan api yang lebih sedikit. Perbandingan enjin CBR baru mampu mengisi 2.7 liter minyak manakala motor CBR lama dengan 3.5 liter. Kotak gear enam kelajuan licin dan lancar kini mempunyai Assist/Slipper Clutch untuk tukaran gear yang lebih lancar. Honda mendakwa ia telah mengurangkan tarikan klac sebanyak 12 peratus berbanding dengan CBR650F, tetapi tarikan klac cukup ringan hingga boleh beroperasi dengan satu jari. Dikombinasikan dengan kotak gear yang disusun dengan baik, apabila menarikan klac ditambah apabila meluncur di sekitar kesesakan lalu lintas. Sudah tentu, fungsi slipper membantu mengurangkan roda mengelonsor apabila menunggang secara agresif, yang itu kita semua boleh menghargai. Dengan penampilan premium, CBR650R 2019 hadir dengan spesikasi canggih.. Antaranya ialah 41mm SHOWA upside-down ‘Separate Function’ fork, angkup brek hadapan dengan radial empat omboh, kawalan cengkaman melalui Honda Selectable Torque Control (HSTC). Rim pula adalah unit 17 inci dengan tayar 120/70 di hadapan dan 180/55 di belakang.
CBR650R 2019 juga kini mempunyai dash LCD baru dan mempunyai semua maklumat yang diperlukan yang mana-mana penunggang melihat bila perlu sepintas lalu dengan tolok bahan api, penunjuk gear, dan banyak lagi. Cuma menjadi masalah bila paparan tidak terang kerana ia boleh menjadi sukar dibaca dalam cahaya matahari langsung, ini berlaku di kebanyakkan model masa kini yang mengunakan LCD, di mana Malaysia terkenal dengan cuaca panas jika di siang hari.Honda CBR65OR ini hanya seberat sekitar 207kg, masih ringan untuk kita mengawal pergerakkannya. Honda CB650R didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Graphite Black dan Candy Chromosphere Red. Dengan pakage yang di beri dan harga anda boleh memilikinya pada harga RM43,499 seunit.