Sebelum ni admin ada buat ulasan dan pandu uji tentang model Honda CB500F dengan gaya “naked bike” dan kami berpendapat model ni sememangnya sesuai bagi mereka yang mula nak menjinakkan diri di alam motor berkuasa besar yang mana ia mudah dikendalikan, serta rekabentuk yang menarik lebih moden. Dengan harga yang tidak membebankan apatah lagi dari segi penyelenggaraannya juga, Honda CBR500R atau CB500F ini dapat memenuhi kepuasaan penunggang yang tidak terlalu agresif.
Kali ini kami berpeluang menguji CB500R iaitu model dengan penampilan yang lebih sporty. CB500R ini tampak lebih aggressive sesuai dengan jiwa orang muda (err walaupun admin tak berapa nak muda). Admin memulakan perjalanan ke Kuala Selangor melalui lebuhraya Elite. Lebuhraya Elite sememangnya sentiasa sibuk dengan kenderaan bila waktu puncak, ia masih mudah dibawa menyusuri deretan kenderaan atau memotong jika perlu.CBR ini tidak memenatkan walaupun jalanraya sesak dengan kenderaan.Jadi jika untuk perjalanan yang sederhana kelajuannya, saya rasakan ianya lagi mudah untuk di kawal ini kerana chasisnya yang agak ringan, ianya seolah tak rasa seperti motor berkuasa 500cc. Bak kata orang nak mencilok itu amat mudah sekali.(Walaupun ianya amat bahaya serta kena lebih fokus dan berhati-hati).
Untuk perjalanan yang jauh sedikit dari kesibukkan jalanraya dibandaraya ini, admin kemudian terus mencuba ke Lebuhraya Guthrie untuk menguji pula respon enjinnya yang bekuasa 49.6hp ini. Wah saya kagum, walaupun tidak terlalu mendesak dengan keupayaannya enjin 2 selinder DOHC. Dengan gaya ianya memecut dengan penukaran gear yang lebih lancar membuatkan perjalanan kita tidak memenatkan dan berasa puas serta selesa. Walaupun Kuasanya tidak seliar, tetapi masih bertenaga untuk perjalanan dan kegunaan harian serta riadah setiap minggu. Rekabentuknya juga yang Aerodynamic dan pengaliran udara yang baik melalui fairing memang banyak membantu ketika berada dikelajuan tinggi dan tidak merasakan seperti kita melawan angin. Ianya penting kerana kita tidak merasa penat bagi perjalanan jarak jauh. Fuh memang layan ye sesekali dengan motosikal yang tidak memaksa kita agresif sentiasa.
Peringkat seterusnya saya menguji pula menggunakan jalan diluar Bandar. Macam biasa ujian selekoh dan permukaan jalan yang tidak rata dan menguji sistem brek. Dengan teleskopik fork depan boleh laras dan juga sistem suspensi baru Honda Pro Link di bahagian belakang memberikan pengalaman tunggangan yang terbaik. Seolah mengikut sahaja bagaimana keadaan selekoh yang kita ambil.
Setelah berberapa hari pihak Enjindotcom menguji kemampuan Honda CB500R ini, dengan kesesuaian konsep melancong tempat menarik dan tempat makan popular atau ada kelainan. Ianya sebagai motor pilihan bagi mereka yang hendak memulakan satu bab baharu dalam pengalaman menunggang motor berkuasa sederhana besar atau pun bagi mereka pula yang sudah lama berkecimpung dan hendak menurunkan sedikit kuasanya, terutama yang suka akan menunggang ke destinasi menarik.Inilah adalah antara pilihan yang wajib anda cuba.
Rekabentuk CB500R dilengkapi Lampu Depan LED yang lebih kecil , dan lampu belakang LED jernih membuatkan ia lebih sporty lagi. Bukan itu sahaja kelengkapan meter digitalnya dan keselesaan tunggangan akan menjadikan ianya pilihan terbaik.Dengan enjin DOHC dengan sistem penyejuk cecair dwi selari bersesaran 471cc, CBR ini mampu menghasilkan kuasa sebanyak 50hp pada 8,500rpm dan tork 44Nm (7,000rpm).Kapasiti tangki petrol ialah 16.7 liter.Menggunakan kotak gear enam-kelajuan dengan klac wet multiplate.
Walaupun begitu dengan harga yang bermula dari RM 31,000.00 boleh membuatkan anda akan menjerit tidakkk. Hehe tidak percaya ke harganya..Shhh saya pun tengah kira duit tabung ni nak try ambil CB500X pula..