Honda CB1100RS jentera bergaya retro moden

Umum kita tahu motosikal retro kembali di minati oleh peminat motosikal masa kini, pengeluar masih mengetengahkan model-model baru mereka, diantaranya tidak asing lagi adalah Honda dengan CB1100RSnya yang telah berada di Malaysia sejak awal 2019 lagi.Tercetusnya idea untuk menghasilkan CB1100 ini, datang dari pereka Honda Mitsuyoshi Kohama, di mana ia mengilhamkan motosikal yang mempunyai daya tarikan, gaya retro moden dan pecutan bersama Honda CB1100RS ini.Ketika mula-mula melihat akan rekabentuk dan saiznya, membuat Admin pada mulanya merasakan agak kekok di sebabkan jentera ini bukanya ringan, dengan berat 252kg untuk penunggang yang berat badanya sekitar 60kg, terutama ketika kita mula untuk menegakkan motosikal ini, ia memerlukan tenaga, kebiasan dan pengalaman.Jentera sebegini bukan kita boleh tergesa-gesa atau gopoh kerana itu lah gaya motosikal retro moden yang santai.

 

Apa yang menariknya honda seolah cuba mencipta kategori baru motosikal untuk ini iaitu CB1100RS, tidak juga menjadi cruiser, tourer atau motor sport dan ia tidak pula retro klasik, Sebaliknya, ia akan menjadi retro moden kerana ia dilengkapi dengan peralatan baru dan moden. Lihatlah tangki bahan api aloi yang cantik dan kemas cat yang berkualiti, sistem peyerap hentak hadapan dan belakang, rim roda dan banyak lagi. Pasukan reka bentuknya telah melakukan kerja yang hebat dengan enjin ini, Ia telah menjadikannya ia mematuhi Euro 4 sementara pada masa yang sama mengekalkan sistem penyejukan udara, kawasan sirip enjin yang kelihatan sama dan halus, 2mm ketebalan asal dari model 1960-an CB750 tetapi lebih tebal 1mm untuk membenarkan bentuk kompleks pembakaran baru di ruang yang diperlukan untuk mendapatkan motor ini melalui peraturan pelepasan.

Salah satu yang membuat admin asyik ialah ketika menunggang motosikal ini, kita akan dapat merasa selesa apabila melepasi hanya 3000 rpm, di mana terdapat kuasa yang penunggang biasanya mahukan, rpm yang sungguh santai. Sebenarnya waktu ini lah kita benar-benar menghayati ketika menunggang, terutama di jalanraya terbuka dengan pengalaman disepanjangan perjalanan, buka kelajuan dan gaya agresif menunggang semata-mata, hasilnya penat!!. Motosikal ini begitu stabil dan lancar untuk menunggang bagi kita melupakan kesibukan kerja dan meluncur santai di hari minggu. Begitu juga dengan bunyi ekzos standardnya, yang keluar begitu lunak dan bergema, tidak terlalu kuat untuk CB1100 ini, ianya lebih dari sekadar menyerlah dengan ciri yang canggih dan bergaya.Bukan semua orang suka akan menunggang motosikal yang terlalu bising tetapi Honda CB ini akan buat jiran anda lena dan tidak terkejut ketika anda memulakan perjalanan hinggan pulang lewat malam.

Secara praktiknya, walaupun nampak berat, (sememangnya berat), kalau timpa admin alamat hospital!! pun bergitu ia begitu seimbang sehingga beratnya tidak rasa, seolah ia separuh jumlah berat sebenar ketika bergerak lancar. Dengan 43mm Showa fork depan dengan injap dan cakera radial 310mm adalah terbaik dalam kelasnya. Honda CB1100RS ini dihentikan dengan sepasang brek depan 310mm dengan Tokico, calipers empat piston, ia benar-benar berfungsi. ABS yang dipasang pada sistem brek tetapi ia tidak mengganggu brek sepanjang jalan hingga puncak selekoh. Fork depan adalah 43mm konvensional dari Showa, Dual Bending Valve. Di bahagian belakang, penyerap kejutan berkembar showa dan lebih baik daripada kebanyakan monoshock sedia ada di kebanyakkan motosikal.

Akhirnya, Honda yakin bahawa mereka telah mendapat RS benar-benar menarik dan akan berhadapan dengan model-model motosikal retro moden yang lain seperti BMW R 9th Café Racer dan Thruxton R , untuk mengatakan paling tidak, Honda CB1100RS ini sangat bercita-cita tinggi. Jentera yang menawan ini dikuasakan dengan enjin DOHC empat injap dan empat lejang dilengkapi dengan sistem penyejukan cecair bersasaran 1,140cc. Ia juga mampu menjana kuasa mencecah 66kW pada 7,500rpm dan tork 91Nm pada 5,500rpm. Gayaan retro moden CB1100 RS disokong oleh chasis yang menggunakan geometri lebih tajam, selain dipadankan dengan suspensi hadapan Showa Dual Bending Valve (SDBV) yang lebih keras dan “Twin Showa remote reservoir rear shocks”. Ia juga dilengkapi rim tempaan aluminium bersaiz 17 inci menampakkan ia seolah rim jejari biasa tetapi lebih cantik dan kemas, sesuai dengan konsep motosikal ini.Brek pula di padankan dengan “dual radial- mount four-piston brake calipers” dan ABS untuk tunggangan lebih baik dan selamat. Posisi tunggangan yang lebih rendah dan ringkas ianya menolak berat penunggang ke hadapan, sekali gus menyempurnakan lagi perubahan chasis tersebut. CB1100 RS ini juga boleh didapati dalam warna hitam metalik (Darkness Black Metallic) dan perak metalik (Mat Beta Silver Metallic) bersama kemasan yang cukup teliti. Harganya? RM75,999 seunit.

Oleh itu, berdasarkan pada fakta cara kita menunggang dan minat pada sesuatu jentera itu, membuatkan kita akan memilih model apa yang sesuai pada setiap peminat motosikal untuk kegunaannya. Sedemikian juga lah Honda CB1100RS menawarkan kuasa yang sangat cekap, selesa dan meyakinkan ianya mudah digunakan untuk mereka yang sukakan perjalanan santai dengan bergaya retro moden. Enjin ini ditempatkan dalam casis yang sangat baik, dengan brek yang baik dalam kelas. Bagi admin, mahukan motor yang mudah digunakan dan melihat motor yang tiada masalah untuk menunggangnya bila-bila masa.