Honda BeAT Serba Baharu Bersama Teknologi Baharu

10 October 2020 – Boon Siew Honda kini memperkenalkan Honda BeAT 2020

  • Enjin eSP baharu (enhanced Smart Power) dengan peningkatan kecekapan bahan bakar yang menghasilkan prestasi optimum dan patuhi piawaian Euro 4.
  • Kerangka eSAF baharu (enhanced Smart Architecture Frame) yang lebih tangkas, lebih stabil dan lebih selesa untuk dikendalikan.
  • Rekaan Lampu depan LED yang baharu.
  • Perubahan reka bentuk lain seperti lampu belakang baharu, lampu isyarat, meter kelajuan dan rim tayar.
  • Ciri-ciri fungsional termasuk pembuka tempat duduk baharu, kunci brek parkir, tangki minyak dan ruang penyimpanan yang lebih besar.

Dalam usaha berterusan Boon Siew Honda untuk memenuhi kepuasan pelanggan dan permintaan pasaran, terutamanya bagi memenuhi kehendak untuk gaya hidup remaja yang bergaya dengan rangkaian skuter terbarunya, Honda BeAT baharu diperkenalkan hari ini dengan menampilkan pelbagai ciri baharu.

Honda BeAT baharu dikuasakan oleh enjin eSP baharu dengan sistem pembakaran suntikan PGM-FI. Teknologi enjin terbaharu ini mampu menghasilkan kuasa sebanyak 6.47 kW @ 7.500 rpm dan menghasilkan tork maksimum sebanyak 9.53 Nm @ 5500 rpm. Enjin eSP terbaharu ini juga mematuhi piawaian Euro 4 dan memenuhi standard kenderaan cekap tenaga EEV (Energy Efficient Vehicle) dengan peningkatan prestasi penggunaan bahan api sebanyak 59.1 km / liter (mod ujian WMTC) sambil memberikan prestasi menunggang yang optimum.

Keselesaan menunggang yang lebih baik kini dicapai dengan penggunaan kerangka baharu yang mudah dikendalikan dengan inovasi teknologi terbaharu eSAF, bagi menghasilkan sebuah motosikal yang berprestasi tinggi dan ekonomik. Teknologi eSAF telah membolehkan penggunaan ruang penyimpanan dengan lebih baik. Hasilnya, tangki minyak & ruang penyimpanan di bawah tempat duduknya kini lebih besar. Kapasiti tangki minyak kini meningkat dari 4.0ℓ kepada 4.2ℓ untuk mengurangkan hentian isian bahan bakar, dan kapasiti ruang penyimpanan barangan kini 11.7ℓ, yang merupakan kenaikan 0.5ℓ dari model terdahulu. Berat keseluruhan Honda BeAT ini juga dikurangkan sebanyak 4kg kepada 90kg.

Honda BeAT kini menampilkan lampu depan LED baharu, meter kelajuan reka bentuk baharu, cermin sisi yang direka semula, rim yang dikemas kini, tuas penguncian brek baharu dan pembuka tempat duduk juga baharu. Lampu belakangnya juga telah dipertingkatkan dengan lampu belakang dan lampu isyarat serba baharu.

Boon Siew Honda meneruskan usahanya dengan mengutamakan keselamatan jalan raya, dan Honda BeAT 2020 baharu ini terus menggunakan sistem brek CBS (Combi Brake System), iaitu sistem brek hakcipta Boon Siew Honda, yang memungkinkan jarak hentian yang lebih pendek, dan memberikan kawalan jentera yang lebih baik oleh pengendalinya.

Honda BeAT 2020 juga dilengkapi dengan sistem hentian pintar Smart Lock System, yang memastikan brek kekal aktif sebelum menghidupkan atau memberhenti motosikal ini dengan selamat bagi mengelakkan pergerakan motosikal yang tidak disengajakan. Selain itu, suis tongkat sisi secara automatik akan mematikan enjin apabila tongkat sisi diturunkan.

Skuter yang bergaya ini hadir dalam empat warna gaya hidup aktif iaitu Vivacity Red, Force Silver Metallic, Pearl Nightfall Blue dan Space Magenta Metallic

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Honda BeAT, pelanggan boleh mengunjungi peniaga Honda atau menghubungi nombor Bebas Tol Honda di 1-800-88-3993 atau melayari www.boonsiewhonda.com.my