GIVI LANCAR REVOLUSI BARU KOTAK SIMPANAN – “B42N ANTARTICA”

Bukit Beruntung, 15 Julai 2020 – Pengeluar aksesori motosikal terkemuka di dunia, GIVI hari ini telah melancarkan revolusi baru kotak simpanan iaitu “The Antartica” B42 MONOLOCK TOP CASE. Kejayaan kotak simpanan ini adalah daripada hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) secara berterusan dan menyeluruh yang telah dijalankan sejak puluhan tahun dahulu. Sama seperti produk GIVI yang lain, penyelidikan tersebut adalah melalui interaksi kami dengan penunggang motosikal seterusnya menjadikannya kotak simpanan polimer terbaik yang belum pernah dihasilkan.

Dari segi spesifikasi fizikal reka bentuk, kami tampil dengan reka bentuk baru yang dinamik dan dan elegan. Aspek keselamatan merupakan tunjang utama GIVI dalam menghasilkan setiap produk keluaran yang berkualiti tinggi. Oleh itu, tambahan elemen prismatik reflektif di setiap empat penjuru bahagian hadapan dihasilkan bagi meningkatkan tahap penglihatan penunggang terhadap orang lain ketika berada di atas jalan raya.

Dengan kapasiti 42 liter, kotak simpanan ini mempunyai ruangan yang besar dan mampu memuatkan sehingga dua buah helmet jenis demi-jet atau satu topi keledar modular.

Selain itu, “Antartica” B42N juga menampilkan SISTEM MICRO 3 LOCKING. Merupakan sistem penguncian generasi masa kini, ianya membolehkan para penunggang mengunci kotak simpanan tersebut dengan lebih efisien serta selamat.

Seperti semua kotak simpanan GIVI polimer, B42N dihasilkan daripada Polypropylene (PP) kelas tertinggi. Penggunaan jenis bahan mentah, campuran serta teknik ‘Injection’ merupakan hak milik GIVI yang telah digunakan bertahun lamanya bagi memastikan struktur rupa bentuk yang lebih kukuh, serta selamat sekaligus menyamai sebagai perkhidmatan jenama yang dipercayai sejak tahun 1978.

Menurut Pengarah Urusan GIVI Asia, Encik On Hai Swee, “Kami melihat E43 menjadi salah satu kotak simpanan yang paling popular di kalangan penunggang motosikal terutamanya di Malaysia. Kapasitinya yang besar membolehkan mereka membawa barang dalam kuantiti yang banyak. Penunggang dari semua jenis motosikal tanpa mengira saiz turut memilihnya. Maka melalui ini, terhasilnya Antartica B42N ini yang mempunyai ukuran kapasiti 42 liter, berbentuk segi empat, tetapi telah diolah kepada reka bentuk revolusi baru yang juga GIVI ASIA SDN BHD (253867-M) No. 11 & 13, Jalan Jasmine, Seksyen BB10, Kawasan Perindustrian Bukit Beruntung, 48300 Rawang, Selangor, MALAYSIA [email protected] www.givi.com.my T 603 6028 3800 F 603 6028 1300 ditambah dengan elemen tahap penglihatan yang lebih sempurna. Kami yakin bahawa produk ini akan memberi impak yang baik, walaupun dalam keadaan ekonomi yang kian mencabar ini . “

Tambah, Pengarah Operasi Luar Negara GIVI Groups, Encik Joseph Perucca, “Kedudukan kami yang kukuh di pasaran dan pengetahuan pelanggan tentang produk kami telah dicapai secara berterusan sejajar dengan tujuan utama kami untuk terus berinovasi, memanfaatkan pengalaman serta pengetahuan kami untuk mencari penyelesaian dan cadangan baru bagi meningkatkan pengalaman yang terbaik buat penunggang motosikal. “

“Kekuatan gabungan pejabat R&D kami di Malaysia, Brazil dan Vietnam, yang diterajui inspirasi oleh Ibu pejabat kami di Itali, telah memangkin semangat kami untuk terus berusaha menginterperasikan perubahan kehendak dan keperluan pelanggan serta mengubahnya dalam bentuk realiti yang nyata dan kukuh, berdasarkan kualiti, perkhidmatan dan jangka hayat. Mengikut peredaran masa serta kehendak masa kini, kombinasi reka bentuk Antartica yang tahan lasak serta berpenjuru ini, nyata telah menambah tonggak yang lebih jauh buat koleksi kami. “

“Antartica” B42N akan mulai dijual pada Ogos ini di GIVI Points serta pengedar-pengedar sah GIVI di seluruh dunia.