EMOS PERKENAL VARIASI MODEL Z “SUPERNAKED”DALAM BENTUK SERBA BAHARU

Edaran Modenas Sdn Bhd (“EMOS” atau “Syarikat”), anak syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (“MODENAS”) hari ini secara rasminya melancarkan model Kawasaki Z900 dan Z900 SE ke
pasaran Malaysia.
Model Z900 ditawarkan dalam dua pilihan warna baharu serta harga yang berlainan: “Metallic Matte Graphenesteel Grey” dijual pada harga RM44,900 dan “Metallic Spark Black” pada harga RM43,900. Manakala, bagi model edisi khas, Kawassaki Z900 SE pula ditawarkan pada harga RM55,900 dengan satu pilihan warna iaitu “Candy Lime Green”. “Ini merupakan model Kawasaki berkapasiti tinggi yang pertama dipasang siap di kilang MODENAS, Gurun, Kedah. Syarikat amat berbangga diatas keboleh
upayaan para pekerja kami dalam memasang serta menguji motosikal Kawasaki ini dengan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Bukan itu sahaja, malah ujian akhir prestasi enjin turut disempurnakan di mesin “test bench” Kawasaki yang pertama di Asia Tenggara yang kini berada di kilang kami.” – Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS Kedua-dua Kawasaki Z900 dan Z900 SE ini telah menerima pelbagai peningkatan seperti ciri elektronik moden, termasuk kawalan cengkaman, mod kuasa tunggangan dan panel meter TFT dengan konektiviti Bluetooth baharu.

Kawasaki Z900 SE Edisi KhasWalaupun dikuasai oleh enjin 948 cc yang sama dengan Z900, model edisi khas ini didatangakan dengan beberapa ciri tambahan lain seperti sistem suspense hadapan Showa 41 mm boleh laras sepenuhnya, suspensi belakang jenis absorber tunggal dinaiktarafkan dengan penggunaan unit S46 Öhlins. Dengan sistem suspensi berspesifikasi tinggi, Kawasaki Z900 SE bakal memberikan rasa cengkaman, pengendalian serta keselesaan yang lebih berbanding model asas. Brek pada SE kini menampilkan angkup Brembo M4.32 empat omboh dan silinder induk Nissin baharu. Kedua-dua model boleh didapati di semua bilik pameran pengedar sah KAWASAKI bermula minggu kedua bulan Jun 2023. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang rasmi KAWASAKI Malaysia di: http://www.kawasaki.com.my /home atau hubungi Talian Bebas
Tol Kawasaki di 1-800-880-008 atau WhatsApp Careline di +6019-570 8135

GALERI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *