Ducati Multistrada V4, pengembara berkuasa dijalanraya.

Ducati Multistrada V4S warna merah , model ini yang berharga sekitar pada mula pelancarannya dahulu, RM170,000 rim alloy, untuk tambahan rim jejari sekitar rm3,000 atau  rm3,000 untuk warna Kelabu ini. Motosikal pengembaraan jarak jauh dari Ducati V4S, Multistrada ianya didatangkan dengan teknologi yang direka untuk lebih premium dan bertenaga menjadikan penunggangan jentera ini lebih mudah, selamat dan lebih yakin. Untuk  model Multistrada V4S, Ducati  yang telah memperkenalkan dengan Radar ”onboard”, digabungkan dengan kawalan pelayaran adaptif dan pengesanan titik buta ( blind spot), dibangunkan bersama pakar elektronik automotif Bosch. Antara teknologi yang admin suka terutama apabila menunggang dijalanraya yag sentiasa terdedah dengan bermacam-macam bahaya, terutama dari kenderaan lain, yang terdapat dua sensor dipasangkan di hadapan dan belakang, di mana data diperoleh digunakan untuk sistem Pengesan Titik Buta (BSD), dan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).

Apa yang menarik adalah sistem BSD akan menyalakan lampu amaran berklip-kelip di bahagian kedua-dua belah cermin sisi, seperti kereta masakini dipasaran, apabila ianya mengesan kelibat pergerakkan kenderaan lain sekitar belakang motosikal sewaktu ketika dijalanraya. Satu lagi sistem adalah ACC di mana ianya  berfungsi memperlahankan atau mampu  menghentikan motosikal secara automatik jika terdapat sesuatu halangan di hadapan apabila ciri itu diaktifkan. Kemudian sistem ACC akan kembali untuk memecutkan motosikal secara automotik pada halaju yang telah ditetapkan. Jarak pengesanan juga boleh dilaraskan penunggang menerusi panel meter TFT 6.5 inci. Teknologi semakin canggih sikit lagi motosikal boleh sembang dengan penunggang pulak akan muncul..

Suspensi motosikal Ducati ini dipasang pada Multistrada V4S, adalah pelarasan suspensi separa aktif ia juga termasuk ianya akan meratakan kendiri, melaraskan secara automatik untuk menyesuaikan jenis  bebanan. Di bahagian kokpit Multistrada V4S ialah terdapat paparan TFT-LCD 6.5 inci, manakala model asas Multistrada sesuai dengan TFT-LCD 5 inci. Perbezaan lain antara dua varian Multistrada V4 yang terdapat di Malaysia ialah kemasukan penukar pantas ( quick shifter ) untuk Multistrada V4S. Ada empat mod tunggangan: SPORT, TOURING, URBAN, dan ENDURO. Setiap mod mempunyai strategi kuasa enjin, pelarasan suspensi, Kawalan Traksi, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Wheelie, Kawalan Brek Enjin (EBC), dan sebagainya. Ya, setiap ciri disebutkan itu boleh dilaraskan dengan mudah.

Seperti anda maklum, Multistrada V4 S dijana enjin V4 yang ditala daripada enjin Panigale V4 dengan sesaran enjin sama 1,158cc. Enjin ini digelar Granturismo, dikhususkan untuk tunggangan jelajah pengembaraan jarak jauh. Multistrada ini ianya tidak lagi menggunakan sistem injap ‘Desmodromic’, sebaliknya injap biasa dengan jarak servis pelarasan injap setiap 60,000km. Enjin bertenaga ini mampu  menghasilkan kuasa 170hp @ 10,500rpm dan tork 125Nm @ 8,750rpm yang jelas ditala untuk daya pikap dan bukan menumpukan aspek kuasa maksimum sahaja. Talaan kuasa seperti  ini membolehkan motosikal lebih senang ditunggang atas jalan biasa. Bahan api untuk Multistrada V4 dibawa dalam tangki 22 liter manakala ketinggian tempat duduk boleh laras antara 840 hingga 860mm dan berat kerb didakwa 240 kg.

Jika anda seorang yang menunggang dengan santai tidak terlalu jenis “extrame adventure’’ ini mungkin tak berapa sesuai untuk anda, akan tetapi boleh cuba !!, kerana dengan tork daripada enjin ianya terasa terlalu berkuasa dan liar, walaupun ketika anda berada di permulaan menunggang motosikal dan ketika mod paling asas, iaitu URBAN (untuk  tunggangan dalam bandar). Namun, selepas menunggang lama dan biasa anda mungkin akan merasa keseronokkan kawalan dan tenaga  dari Mulitstrada ini, mula merasakan ianya lebih agresif,  sebelum berani menukar ke mod enjin kepada ”TOURING” dan kemudian ”SPORT” yang agresif. Admin buka nak fokus pada teknikal motosikal ini, sebabnya ianya dah hampir sempurna untuk peminat motosikal ”adventure extrame” di jalanraya terutamanya, bila-bila masa sahaja kuasa enjinnya boleh digunakan antara berani atau tidak sahaja.

Jelas sekali mod SPORT adalah paling berkuasa dengan cepat memberikan respons dari pendikit paling padu dan menyeronokkan ketika menunggang. Ini baru la sesuai untuk ayah-ayah nak bersara dari motosikal tunduk ke motosikal adventure yang mantap!! dan benar-benar laju. Enjin bertindak balas ini lebih lancar mengikut pulasan pendikit dan keberanian anda. Walau bagaimana pun motosikal Ducati Multistrada ini masih mampu ditunggang perlahan dan santai dalam keadaan trafik sesak jangan risau, cumanya kelebihannya ianya lebih Jantan!!. 

Cumanya motosikal seperti ini biasa, kalau masuk di dalam bandar kena bertabah lah. Dengan haba panas dari enjinnya seperti tak leh bawa bincang, akan tetapi semua ini akan lenyap apabila dijalanraya terbuka, jangan ingat ia sebuah motosikal Unta biasa. Ianya mampu meninggalkan sekilap mata di belakang yang mengekorinya dan melayan selekoh macam tiada perasaan. Macam mana la admin nak santai mengembara kalau asyik tercabar dengan ke lincahan Ducati Multistrada V4 ini. Rasa cepat sangat sampai ke destinasi, mungkin juga kena minum kopi dekat Perlis dan makan tengah hari di Terengganu., pemilk

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *