Antara motosikal menjadi kegemaraan peminat motosikal hyper suatu ketika dulu, di mana zaman-zaman kegemilangan motosikal serba boleh menyerlah. Pada ketika itu segmen motosikal ini di pegang oleh jenama KTM, tapi sayang sekarang suam-suam kuku. Kebanyakkan mereka adalah penunggang jenama ini sebelum beralih arah jenama Ducati yang lebih menarik, bergaya dan sudah tentu lah pada jenamanya. Jenama Ducati terus memegang status imej dan gaya terhebat setiap peminat motosikal di serta dunia, umpama memilik sebuah ferarri pada sebuah motosikal.
Hypermotard ini menjanjikan pemiliknya suatu pengalaman yang berbeza dengan motosikal “naked bike” khasnya, kerena selain pada tenaga agersif motosikal ini Hypermotard adalah gaya tuggangan yang hampir sama dengan sebuah motosikal motorcross dengan posisi menegak sepenuhnya.Pada posisi ini anda akan sentiasa bersedia dan mudah mengawalnya dalam setiap waktu, ditambah dengan dangan tenaga liar hypermotard RVE ini sememangnya kena agresif.
Secara jujurnya jika anda memilik dan menunggang Ducati Hypermotard RVE ini anda secara automatik boleh jadi agresif, kerana baru merasakan kepuasaan menunggang motosikal jenis hypermortad ini, bagi mereka jiwa angin sepoi-sepoi bahasa dan santai ada baiknya tidak, takut nanti akan terus ke alam lain dan kemurungan. Keseronokkan berganda jika ianya sentiasa aktif dengan menukar gear untuk mencapai nikmat kuasa hyper setiap inci jalanraya yang anda lalui terutama yang paling banyak cabaran, apa lagi selekoh pendek. Ini betul bukan motosikal pusing-pusing taman bunga yea sahabat, ianya perlu dilayan secara Hyper!!!.
Untuk perjalanan jarak sederhana tiada masalah atau ketika didalam Bandar, kerana itu mainan sebuah Hypermortad ini, pantang jumpa lampu isyarat boleh jadi nakal tiba-tiba. Terima kasih pada posisi yang cukup meyakinkan untuk sentiasa bersedia dijalaraya. Bagi perjalanan jauh mungkin agak meletihkan kerana pukulan angin yang kuat, yang sedia maklum ianya tiada apa-apa hadangan dan rintangan angin dihadapan.
Untuk model Hypermotard 950 RVE, Hypermotrad 950 model asas dan Hypermotard 950 SP pula adalah yang paling tinggi speksifikasinya. Dengan enjin 937 cc Testastretta 11 V-twin, Hypermotard 950 RVE menghasilkan 114 hp pada 9,000 rpm dan 98 Nm tork, dengan 80% daripada tork itu tersedia pada 3,000 rpm.
950 RVE ini dibezakan lagi daripada model asas Hypermotard 950 dengan penukaran gear pantas ( Quick Shiffter) naik dan turun serta bahagian rodanya diliputi dalam corak dua tona, menambahkan gaya agersif motosikal ini. Alat bantu tunggangan elektronik Hypermotard 950 RVE termasuk ABS dengan brek yang membolehkan roda belakang masuk ke selekoh, mod tunggangan, kawalan cengkaman dan kawalan roda.
Suspensi pada 950 RVE dilakukan dengan fork terbalik berdiameter 45 mm Marzocchi yang boleh laras sepenuhnya di bahagian hadapan dan pramuat boleh laras dan monoshock Sachs di belakang. Sistem brek dari Brembo dengan angkup empat piston berkembar pada roda hadapan dengan cakera brek terapung diameter 320 mm, semua ini sudah cukup membuatkan motosikal liar ini cukup yakin untuk kita mengawalnya.
Ketinggian tempat duduk pada Hypermotard 950 RVE ditetapkan pada 870 mm. Manakala tangki motosikal Hypermotard 950 ini boleh memuatkan 14.5 liter bahan api dibawa ke dalam tangki. Untuk berat basah adalah sekitar 200 kg. Akhir sekali, model Hypermotard 950 RVE ialah grafik “Graffiti” istimewa, yang menampilkan pelekat ultra-nipis, memberikan rekabentuk lebih menarik dan “kemasan airbrushed.”