Motosikal selain daripada untuk kegunaan harian bagi mereka berulang-alik kerja atau urusan harian kenderaan ini juga digunakan untuk aktiviti hujung minggu dan aktiviti sukan lasak. Selain digunakan di jalanraya atau litar lumba, motosikal “adventure” adalah pilihan mereka untuk ke tempat lebih lasak bagi melepaskan minat dan kepuasan diri, antaranya di dalam hutan atau lebih kepada jalan-jalan pedalaman. Kegiatan dan minat seperti ini semakin menjadi perhatian peminat motosikal lasak off-road khasnya. Tidak hairan lah ianya menjadi pilihan dan gaya masakini bagi peminat-peminat motosikal hari ini.
Tidak kira jenis atau kapasiti cc motosikal yang digunakan, selagi ianya mampu boleh sampai ke tempat dituju, ketika melalui jalan-jalan yang mencabar dan lasak. Syarikat pengeluar motosikal juga hari ini telah berlumba-lumba memperkenalkan jenama mereka baik dari kecil atau besar untuk bersaing dalam pengeluaran dan juga siri perlumbaan. Antaranya yang terbaru adalah jenama Ducati, dimana mereka juga pernah memiliki pengalaman dalam segmen motosikal lasak ini. Pada tahun 1990, penunggang dari Itali, Edi Orioli telah memenangi Rali Paris-Dakar dengan menaiki motosikal Cagiva Elefant yang pernah terkenal seketika dulu, pencapaian ini diulangi lagi pada tahun 1994. Cumanya pada Ketika itu motosikal Ducati ini berada di bawah pemilikan Cagiva Group dari 1985 hingga 1996, dan dikuasakan oleh Ducati V-Twin 900cc .
Kini yang ditunggu telah tiba, giliran admin pula hendak mencuba motosikal Ducati Desert X ini, setelah kesuntukkan masa dan telah banyak kali tergendala. Minggu lepas kami di Enjindotcom telah berpeluang untuk menguji dan sesi bergambar di salah satu kawasan terkenal di Semenyih. Tempat ini menjadi antara pilihan di kalangan peminat sukan off road untuk menguji kemampuan jentera dan diri masing-masing.
Ketika mula-mula hendak duduk dan bergerak dari bilik pameran Ducati Malaysia Petalig Jaya, terasa agak janggal juga, di sebabkan agak lama tak bawa motosikal unta “adventure” seperti ini . Untuk pengetahuan Ducati Desert X ini telah ditambah ke sistem ekzos dari Termignoni yang mana mampu meningkat tork sebnayak 7.0 peratu, apabila dilakukan semula dengan ECU, bunyi dia sungguh mengasyikkan padu!!!. Ini membuatkan Desert X ini bertambah liar dan membuat kita bertambah semangat ketika menunggang, terutama apabila menukar gear.
Desert X dilengkapi dengan enjin evolusi terkini 937 cc Testastretta Desmo Ke-11, di mana ianya lebih ringan sebanyak 1.7 kilogram berbanding generasi sebelumnya. Model mereka seperti Hypermotard 950, Monster, Multistrada V2 and Supersport 950 adaalah dari enjin yang sama cumanya enjin sahaja telah di olah untuk kesesuaian motosikal yang berbeza. Dengan kuasa yang dihasilkan adalah 110 kuasa kuda pada 9,250 rpm dan 92 newton meter (Nm) tork pada 6,500 rpm yang mana ia bergerak selesa,tetapi tangkas di jalan raya dan cukup agresif di laluan lasak , amat menyeronokkan dan mencabar siapa sahaja yang menunggangnya jentera Ducati Dsert X ini.
Desert X dengan enjin L-twin cc 937cc, 110hp (81kw) @9250rpm, 92Nm @6,500rpm dan berat kering sekitar 202kg, betul-betul untuk mainan off-road bagi mereka gemar acara lasak dan yang pasti kena berani tentu tiada masalah, berbanding jenama lain lebih berat di pasaran. Motosikal ini bukan untuk dilayan terlalu lembut, kena agresif sesuai dengan watak Desert X ini. Kuasa datang dari enjin ini tak perlu dipertikaikan, sentiasa ada dan tersedia bila-bila masa. Antara soalan biasa bagi peminat motosikal jenama Ducati adalah Jarak servis atau ‘service interval’ yang cukup “risau”. Apa pun dirasakan tidak begitu membebankan pemiliknya iaitu15,000 km atau dua tahun, manakala servis injap Desmo setiap 30,000 km, ianya Ducati kan.
Dengan di lengkapi dengan tayar depan 21 inci dan belakang dan 18 inci, di padankan juga dengan suspensi panjang, (250mm) serta rangka lasak yang direka dan diuji untuk menahan keadaan tunggangan paling sukar. Desert X menjadikannya sesuai untuk ditunggang dalam apa juga keadaa permukaan jalanraya. Dengan keupayaan ‘off-road’ sebagai laluan semula jadinya motosikal ini dan pada masa yang sama juga ianya kekal selesa, mudah dan selamat untuk tunggangan di bandar dan perjalanan jarak jauh tiada masalah. Kepelbagaian yang terdapat pada DesertX juga telah melengkapkan tunganggan dalam mod menunggang yang terdapat 6 di antaranya adalah Enduro dan Rally khusus untuk pengalaman agersif menunggang luar jalanraya di laluan permukaan tanah. Ducati mendakwa penggunaan bahan api pada model Desert X ini adalah 5.6 liter bagi setiap 100 kilometer, macam biasa bila ada dah menunggang jentera sebegini, lupa dah soal berapa minyak. tahu keseronokkan melayan Desert X sampai penat.
Motosikal ini mempunyai berat 202 kilogram (kg) antara motosikal segmen “adventure” yang ringan dalam kelasnya dan jika anda mengisi tangki bahan api 21 liter ini sehingga penuh, menjadikan berat keseluruhan menjadi 223 kg. Desert X adalah motosikal yang agak tinggi, dalam keadaan standard 875 milimeter (mm), tetapi itu adalah normal untuk sebuah motosikal pengembaraan khususnya yang boleh ditunggang di laluan lasak luar jalanraya bertar kebiasaannya. Tempat duduknya tidak boleh laras, tetapi, terdapat pilihan kit tempat duduk rendah dan juga punyai pilihan untuk menurunkan sedikit suspensinya kepada 845 mm. Untuk mereka seorang yang tinggi, anda boleh gunakan kit tempat duduk tinggi sehingga 890 mm.
Pada setiap model Ducati, apa yang pasti adalah kesesuaian dan kemasan kualiti komponen pada tahap tinggi. Dengan menggunakan Brembo M50 Monobloc atau radial kaliper, yang amat berkuasa untuk menghentikan motosikal dengan selamat. Ekzosnya yang ramping dan kecil juga seperti biasa menjadi indentiti dengan mengeluarkan bunyi ‘Ducati sejati’. Satu perkara yang menonjol tentang DesertX adalah pakej elektroniknya yang dikira cukup komprehensif. Dari segi multimedia, anda menggunakan sistem navigasi pada skrin TFT yang amat baik kerana kedudukannya menegak. Mudah dan selesa untuk dilihat jika anda menggunakan peta GPS walaupun di waktu tengahari. Terdapat juga pilihan untuk memasang tangki petrol tambahan, dengan kapasiti 8.0 liter bahan api di tepi tempat duduk bahagian belakang. Dari segi ergonomik, perkara pertama yang anda dapat rasai adalah betapa langsing DesertX. Penggayaan motosikal ini jelas sekali mengimbau Cagiva Elefant.
Jika di laluan lasak, motosikal ini sudah tentunya memerlukan kelegaan tanah yang tinggi dan suspensi yang berupaya menahan henjutan di setiap permukaan yang kasar dan beralun. Suspensi KYB pada DesertX memberikan 230 mm jarak hentakan di hadapan dan 220mm di belakang. DesertX juga dilengkapi dengan ‘quickshifter’ pada model standard yang mana jelas ianya berfungsi dengan lancar untuk menukar gear dengan pantas tanpa perlu menggenggam klac, selain memiliki ‘slipper clutch’ hidraulik yang menjadikan genggam klac terasa lembut, sekaligus ianya menjadikan tunggangan amat menyeronokkan selesa dan tidak memenatkan. Boleh buat anda nak lagi dan lagi melayan jentera seperti ini, dengan gabungan sistem ekzos Termignoni membuatkan anda hendak bermain dengan gear sentiasa, padu mat bunyi dia.
Keseluruhannya motosikal ini mampu memenuhi citarasa pengemar aktiviti perjalanan dan pengembaraan lasak, dengan karakter dan fizikal Desert ini sudah cukup membuat anda menjangkakan pontesi Desert X ini. Secara jujurnya jenama Ducati ini sememangnya berada di satu tahap yang tinggi. Sentiasa menjadi impian diantara peminat motosikal, suka atau tidak itu la hakikatnya ianya terbukti mantap dan mampu menarik minat pengemar dunia motosikal, termasuklah Desert X ini. Jenama yang berada antara senarai teratas yang hebat, baik kegunaan dijalanraya atau sukan yang tak boleh dipertikaikan. Anda suka atau tidak (cemburu) itu normal, Ducati Desert X motosikal dihasilkan ini bakal mencabar jenama yang telah lama dipasaran mungkin!!. Ducati telah berjaya sekali lagi mengeluarkan satu model “adventure” mereka yang mampu menarik peminat motosikal lasak, mungkin juga akan mencipta nama didalam arena sukan lasak seperti di Malaysia “Rimba Raid” dan antarabangsa “Rally Paris Dakkar” yang sudah sememangnya terkenal itu, Ok boleh beli!!!!.b