DIREKA DENGAN SEPENUH JIWA, BERINSPIRASIKAN LEGASI DAN DIBINA UNTUK MASA HADAPAN. HONDA MALAYSIA LANCARKAN CIVIC SERBA BAHARU

Kuala Lumpur, 13 Januari 2022 – Honda Malaysia (atau Syarikat) hari ini melancarkan secara rasmi Civic Generasi ke-11 Serba Baharu ke pasaran negara. Model yang dinanti-nantikan ini dijangka akan merancakkan lagi pasaran dan mengekalkan posisinya sebagai model nombor satu di dalam segmen C dengan rekabentuk yang bergaya, ciri dalaman yang premium dan prestasi yang terbaik dalam kelasnya.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Puan Madoka Chujo, “Sewaktu proses pembangunan Civic Generasi ke-11 Serba Baharu ini, pasukan R&D Honda telah   memberikan segala usaha dan idea dalam mereka bentuk bahagian luaran, dalaman dan pakej keseluruhan kereta ini. Model ini adalah terjemahan unsur-unsur klasik disamping menitikberatkan nilai-nilai Honda yang berterusan. Konsep rekabentuk baharu ini memberikan Identiti Alaf Baharu untuk sebuah sedan. Dilengkapi dengan ciri-ciri dan teknologi terkini, ia masih mengekalkan DNA model Civic dari segi rekabentuk, pengendalian dan prestasi berkuasa. Model Serba Baharu ini direka dengan sepenuh Jiwa, diinspirasikan dari sebuah Legasi dan dibina untuk Masa Hadapan.”

Honda Malaysia juga buat pertama kalinya memperkenalkan varian RS untuk barisan model Civic dengan meningkatkan ciri-ciri sporty dan gaya berani untuk Civic Serba Baharu ini. Antara ciri-ciri luaran esklusif RS adalah seperti Kemasan Hitam Berkilat di Pintu dengan Cermin Sisi Berwarna Hitam, Antena “Shark Fin”, Pemegang Luar Pintu dan Spoiler Penutup But. Manakala Ekzos Berkembar dengan Kemasan Krom dan Roda Aloi Hitam “Matte” 18-inci memberikan ciri sporty untuk penampilannya. Civic Serba Baharu ini juga menerima Lampu Utama LED dengan rekabentuk baharu bersama Lampu Nyalaan Siang (DRL) LED sementara Gabungan Lampu Belakang LED dengan rekabentuk yang mencerminkan DNA Civic selain menekankan identiti Honda. Civic Serba Baharu ini menggunakan teknologi Laser Brazing buat pertama kali bagi menampakkan garisan bumbung yang lebih kemas.

Tambahan Puan Chujo, “Honda adalah pengeluar kenderaan umum Jepun yang pertama melancarkan enjin VTEC Turbocharged untuk Civic Generasi ke-10 pada tahun 2016. Penerimaan pasaran untuk enjin Turbocharged Honda itu mendapat sambutan di luar jangkaan dan sejak itu, sebanyak 60% model Civic yang telah terjual adalah dari varian Turbocharged. Kali ini, kami amat berbangga untuk menawarkan kepada rakyat Malaysia enjin VTEC Turbocharged yang dikemaskini untuk Civic Generasi ke-11 Serba Baharu. Ia akan menaikan lagi taraf kenderaan dalam segmen C dari segi prestasi dan bakal memberikan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan untuk pelanggan kami”.

Civic Generasi ke-11 ini ditawarkan dalam tiga varian – E, V dan RS. Enjin 1.5L i-VTEC Turbocharged yang dipertingkatkan kini didatangkan standard untuk semua varian Civic. Ia menawarkan pemanduan yang menyeronokkan dengan tenaga maksimum 182PS dan tork terbaik di dalam segmennya, 240Nm – menjadikan enjin ini lebih berkuasa dari enjin 2.4L. Civic Serba Baharu ini juga mempunyai mod pemanduan baharu: ECON, Normal dan Sport Mode yang mudah dipilih menggunakan suis Drive Mode. Sport Mode memberikan sensasi tork yang berkuasa serta pecutan yang responsif, sesuai dengan DNA pemanduan prestasi Civic.

Honda telah mempertingkatkan ruang dalaman Civic Serba Baharu ini dengan menawarkan konsep lebih menyegarkan dengan menggunakan rekabentuk berkonsepkan suasana dan rasa terbuka. Fokus utama ialah untuk memberikan penglihatan visual yang jelas melalui ruang cermin yang lebih luas. Ciri yang menjadi tarikan utama ialah penggunaan panel Honeycomb Mesh yang berjaya membawa rasa premium pada papan pemukanya. Civic Serba Baharu ini juga mempunyai rekabentuk tempat duduk baharu yang memberikan sokongan posisi badan yang lebih baik ketika memandu. Varian RS mempunyai tempat duduk Kombinasi Kulit*1 dengan Jahitan Benang Merah berserta Stereng Kulit*1 dengan Jahitan Benang Merah, Lapisan Siling Hitam, Pedal Kaki Sport dan Pencahayaan Ruang Kaki. Varian RS dan V dilengkapi dengan Paparan Audio berukuran
9-inci yang boleh dipadankan dengan Apple CarPlay™ serta Android Auto™*2 dan 2 slot USB di bahagian hadapan. Antara ciri-ciri standard untuk semua varian ialah Paparan Kluster Meter (TFT) Interaktif berukuran 7-inci, 2 slot USB untuk tempat duduk belakang, dan Pengelap Cermin Pintar. Pengelap Cermin Pintaradalah ciri yang unik, dan pertama kali diperkenalkan untuk model kereta Honda Malaysia.

Kerangka Civic Serba Baharu ini juga telah diperhalusi untuk menawarkan pengendalian yang lebih baik, dan pemanduan yang lebih selesa. Kerangka Civic Generasi ke-11 Serba Baharu adalah lebih kukuh dari Civic sebelumnya, dengan peningkatan sebanyak 8% dari pengukuhan torsional dan 13% lebih baik dalam pengukuhan liuk (Bending). Dengan kerangka yang berketegaran tinggi, keselamatan dapat dipertingkatkan sekiranya berlaku pelanggaran dan memberikan mutu pengendalian kenderaan yang lebih baik. Selain itu, untuk memberikan ruang kabin yang lebih senyap dan pemanduan yang selesa, Bunyi, Getaran dan Kekasaran (NVH) juga telah dipertingkatkan, dengan pemasangan insulator, penebat alas lantai dan semburan busa di bahagian kerangka.

Civic Serba Baharu ini juga dilengkapi dengan set lengkap teknologi keselamatan terkini yang intuitif dan pintar. Honda SENSING yang dipertingkatkan ini didatangkan dengan ciri baharu – Sistem Notifikasi Kenderaan Hadapan Berlepas (Lead Car Departure Notification System), pertama kali diperkenalkan untuk model kereta Honda Malaysia. Semasa kenderaan melahu seperti menunggu di lampu isyarat, sistem ini akan memberi amaran kepada pemandu tentang kenderaan di hadapan yang sudah bergerak.

Dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan Honda SENSING yang canggih, Civic Serba Baharu adalah model yang paling lengkap dengan ciri keselamatan untuk kenderaan dalam segmen C. Senarai fungsi-fungsi Honda SENSING diperbaharui yang ada dalam Civic Serba Baharu adalah seperti berikut:

  1. Sistem Notifikasi Kenderaan Hadapan Berlepas (Lead Car Departure Notification System) – Baharu
  2. Kawalan Pemanduan Adaptif (Adaptive Cruise Control)
  3. Sistem Mengikuti Kenderaan (Low Speed Follow)
  4. Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (Collision Mitigation Braking System)
  5. Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan (Forward Collision Warning)
  6. Sistem Bantuan Kekal Lorong (Lane Keep Assist System)
  7. Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan (Road Departure Mitigation)
  8. Amaran Keluar Lorong (Lane Departure Warning)
  9. Lampu Tinggi Auto (Auto High Beam)

Ciri Honda SENSING di dalam Civic Serba Baharu ini telah dipertingkatkan untuk menambah baik fungsi dan juga menawarkan kawalan yang lebih semulajadi. Civic Serba Baharu menerima pembaikan untuk fungsi Kawalan Pemanduan Adaptif (Adaptive Cruise Control) dengan Sistem Mengikuti Kenderaan (Low Speed Follow), yang akan memperlahankan kelajuan dan pecutan dengan mengawal pendikit apabila ia mengesan kehadiran lampu brek atau lampu penunjuk arah dari kenderaan di hadapan. Satu lagi fungsi Honda SENSING yang dipertingkatkan ialah Sistem Bantuan Kekal Lorong (Lane Keep Assist System) yang memberikan operasi stereng yang lebih realistik dan lancar ketika membelok masuk dan keluar serta membantu kawalan stereng dalam keadaan angin lintang yang kuat atau ketika menerima tempias udara ketika dipintas oleh kenderaan besar.

Ciri-ciri keselamatan yang lain pada Civic Serba Baharu ini termasuk Honda LaneWatch*3, Enam Beg Udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan (Vehicle Stability Assist), Bantuan Mula Mendaki (Hill Start Assist), Amaran Berhenti Kecemasan (Emergency Stop Signal), Sistem Brek Anti-Kunci (Anti-lock Braking System), Agihan Brek Elektronik (Electronic Brake Distribution) dan Brek Pegun Automatik (Auto Brake Hold). Dua ciri keselamatan baharu pada Civic Serba Baharu ini pula ialah Amaran Tali Pinggang Keledar pada tempat duduk belakang (Rear Seat Belt Reminder) dan Pengawas Tahap Perhatian Pemandu (Driver Attention Monitor). Manakala ciri termaju seperti Kunci Automatik Bila Beredar (Walk Away Auto Lock) dan Penghidup Enjin Kawalan Jauh (Remote Engine Start) merupakan ciri standard untuk semua varian.

Civic Serba Baharu ini juga adalah model ketiga Honda Malaysia yang menampilkan teknologi inovatif terbaru Honda CONNECT*3. Dengan mengaplikasikan Teknologi Telematik pintar, Honda CONNECT membuktikan visi Honda untuk menawarkan nilai kepada aspek mobiliti dan kehidupan seharian manusia dengan penggunaan platform informasi pintar yang memberikan kelebihan dari segi Keselamatan, Sekuriti dan Kemudahan. Pemilik Civic Serba Baharu buat pertama kalinya dapat menggunakan Sistem Telematik yang dapat menghubungkan pemiliki dengan kereta mereka menerusi satu sentuhan pada aplikasi telefon bimbit. Fungsi utama Teknologi Telematik pada Honda CONNECT termasuklah Diagnostik Kenderaan, Aplikasi Jarak Jauh, Aplikasi Keselamatan, Pemantauan Kenderaan dan Perkhidmatan Sokongan yang direka untuk menawarkan kelegaan minda pemilik dan memudahkan akses pemilik mendapatkan informasi kenderaan. Ia juga seronok digunakan, menambahkan lagi keriangan sebagai pemilik kereta Honda.

Harga untuk varian E ialah RM125,634.64 *4, sementara varian V pula berharga RM138,043.36 *4. Pelanggan Honda yang mahukan varian RS boleh memilikinya dengan harga RM144,350.09 *4. Dengan pelancaran model yang menarik ini, Honda Malaysia mensasarkan jualan sebanyak 900 unit sebulan. Dua warna baharu juga turut diperkenalkan iaitu merah (Ignite Red Metallic) dan kelabu (Meteoroid Gray Metallic), selain dari warna-warna putih mutiara (Platinum White Pearl), perak (Lunar Silver Metallic) dan hitam mutiara (Crystal Black Pearl).

Dilengkapi dengan teknologi inovatif dan pintar, Civic Serba Baharu ini akan menarik perhatian keluarga muda urban, profesional dan sesiapa sahaja yang sedang mencari kenderaan yang bergaya, rekabentuk premium dan seronok untuk dipandu serta dilengkapi teknologi termaju.

Untuk maklumat lanjut atau sesi pandu uji Civic Serba Baharu, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana 102 pusat jualan sah Honda di serata negara atau hubungi talian Tol Percuma Honda di 1-800-88-2020 atau layari laman web www.honda.com.my atau muat turun aplikasi HondaTouch.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *