Sudah hampir 2 minggu kita berpuasa dan 2 minggu terakhir ini mesti ramai keluarga sudah pun memulakan misi persiapan menjelang Hari Raya Aidil Fitri ini. Terkadang pening juga ke manakah tempat membeli belah untuk kita pergi.
Admin pun tak kurang peningnya. Tetapi admin memulakan pencarian santai bersama skuter SYM Cruisym ke FREEPORT A’FAMOSA OUTLET di Alor Gajah Melaka. Lokasinya bersebelahan dengan A’Farmosa Resort salah satu pusat percutian keluarga yang popular.
Dengan rekabentuk yang bercirikan pembinaan Belanda beserta lanskap yang indah ini menjadikan ianya sebuah pusat membeli belah yang agak unik. Hampir tidak terasa yang ianya sebuah pusat membeli belah.
Hampir 80 butik jenama terkenal disini memberikan potongan harga sehingga 80 peratus. Ini bermakna Raya ni penuh barang berjenamalahkan.
Selain pusat membeli belah, FAO juga mempunyai pusat 3 Dewan Pameran dan Konvensyen yang boleh di sewa samada untuk mengadakan majlis jamuan tahunan syarikat, pelancaran produk atau sebagainya.
Apa lagi jom berjimat membeli belah Menjelang Hari Raya Aidil Fitri ini bagi kelengkapan diri dan rumah di JUALAN GUDANG RAMADHAN dari 28 Mei hingga 3 Jun ini di riang pameran aras 1. Pelbagai jenama Clark’s, Royal Sporting House, New Market, Hush Puppies. Admin nak sambung Window Shopping sambil menikmati ruang rekaan ciri Belanda ini. Rasa macam di luar negara pula.