CR-V BAHARU MENINGKATKAN ARAS SEGMEN SUV DENGAN GAYA DAN CIRI YANG TERSERLAH

Petaling Jaya, 5 November 2020 – Honda Malaysia (atau Syarikat) sekali lagi merancakkan pasaran automotif negara dengan pelancaran Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) versatil – CR-V Baharu. Tempahan untuk CR-V Baharu ini telah dibuka pada Oktober lalu dan ia pantas meraih tempahan yang menggalakkan sebanyak 600 unit dalam tempoh hanya sebulan. CR-V, yang
bermaksud “Comfortable Runabout Vehicle” merupakan model pemasangan tempatan (CKD) pertama yang diperkenalkan oleh Honda Malaysia pada tahun 2003. Ia secara konsisten telah menerima sambutan baik di pasaran dan terus mendapat pengiktirafan daripada rakyat Malaysia selain menjadi penanda aras dalam segmen SUV dengan lebih daripada 104,000 unit telah terjual setakat Oktober 2020.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Encik Toichi Ishiyama berkata, “Setiap generasi CR-V telah mencatat pencapaian yang memberangsangkan sejak model CKD pertama dikeluarkan dari kilang pemasangan kami di Melaka. Bagi mengekalkan momentum kecemerlangannya, CR-V sentiasa menawarkan ciri-ciri termaju yang jauh mendahului kelasnya serta mampu memperoleh pasaran yang lebih luas. CR-V Baharu memberi saingan lebih sengit dalam segmen SUV yang kompetitif dengan memperkenalkan ciri-ciri baharu yang memenuhi permintaan pasaran Malaysia. CR-V adalah model pertama Honda Malaysia yang diperkenalkan dengan Honda SENSING di negara ini di mana ia menawarkan ciri-ciri keselamatan dan pemanduan yang lebih selamat kepada pelanggan. CR-V Baharu sekali lagi meningkatkan penanda aras dalam segmen SUV melalui ciri-ciri Teknologi Termaju Generasi Seterusnya (Next Generation Advanced Technology) yang merangkumi ciri keselamatan lengkap Honda SENSING¹ dan Honda LaneWatch serta prestasi dinamik dengan sistem 4WD. Prestasi pemanduan luar biasa CR-V Baharu ini dipadankan dengan ruang kabin yang luas dan selesa, menjadikannya sesuai untuk pemilik yang berkeluarga dan individu yang gemarkan aktiviti luar selain mengutamakan keselamatan penumpang dan diri mereka sendiri. CR-V Baharu semua-dalam-satu ini memberikan pakej lengkap pada harga yang menarik untuk pilihan pelanggan.”

CR-V Baharu memberikan kuasa terbaik dengan enjin 1.5L VTEC Turbocharged yang mampu menjana kuasa dan tork sehingga 193PS dan 243Nm. Tambahan lagi, varian tertinggi CR-V Baharu kini digandingkan dengan sistem 4WD yang memberikan prestasi pemanduan lebih baik dan
memaksimumkan penjimatan bahan api. SUV serba boleh (all-rounder) ini boleh didapati dalam tiga varian iaitu 2.0L 2WD, 1.5L TC-P 2WD dan varian terbaharu, 1.5L TC-P 4WD.

Dengan penampilan lebih segar serta reka bentuk yang lasak dan moden, CR-V Baharu menerima beberapa penambahbaikan luaran iaitu Gril Hitam Baharu digabungkan dengan Lampu Hadapan LED Honda Signatur dan Bampar Hadapan Baharu, bersama Krom Bergaya-Sayap Fascia Baharu. Penampilan CR-V Baharu ini dipertingkatkan lagi dengan rekaan belakang yang maskulin iaitu Krom Gelap Belakang Baharu, Lampu Belakang Berwarna Gelap Baharu, kemasan Bampar Belakang dengan Krom Bergaya-Sayap Fascia Baharu serta kemasan Ekzos Berkembar Berwarna Krom¹. Melengkapkan penampilan garang pada model ini adalah Rim Aloi Dua Tona 18-inci¹ yang tampil dengan rekaan baharu.

Menjadi lambang sebuah model SUV yang elegan, ruang dalaman CR-V Baharu diperkemaskan lagi bagi menambah baik keselesaan untuk pelanggan dan pada masa yang sama mengekalkan penggayaan dan cita rasa anggun. Konsol CR-V Baharu ini direka dengan lebih kepelbagaian dan kegunaan. Konsol hadapan menempatkan dua port USB yang terletak di bawah penukar gear, membolehkan kedua-dua pemandu dan penumpang hadapan mengecas peranti mereka secara serentak. Pelanggan juga boleh terus menikmati keselesaan dengan ruang kabin yang luas dan memuatkan barang dengan mudah menerusi ruang kargo CR-V Baharu yang besar.

Menambah lagi kemudahan dan akses kepada ruang kargo adalah But Belakang Berkuasa Bebas Tangan¹ (Hands-Free Power Tailgate¹). Ciri baharu ini boleh diaktifkan hanya dengan gerakan kaki ke arah pengimbas akses bebas tangan di bawah bampar belakang, menjadikan ia mudah bagi
pemilik untuk memuatkan barang ke dalam kargo tanpa perlu membuka but belakang secara manual.

Tambahan lagi, CR-V Baharu ini dilengkapi dengan ciri-ciri termaju kelas pertamanya yang meningkatkan lagi pengalaman pemanduan. Salah satu ciri terbaharu di dalam CR-V Baharu adalah Penghidup Enjin Kawalan Jauh¹ (Remote Engine Start¹) yang membolehkan pemandu menghidupkan enjin dan mengaktifkan pendingin hawa sebelum memasuki kereta hanya dengan menekan butang pada kunci pintar tanpa membuka kunci pintu, menambah keseronokan pemanduan SUV ini. CR-V Baharu ini juga didatangkan dengan ciri Cermin Sisi Boleh-Lipat Kawalan Jauh (Remote Retractable Door Mirrors) di mana pemilik boleh melipat cermin sisi kereta dengan hanya menggunakan kunci pintar.

CR-V sentiasa menjadi sebuah model peneraju dalam menawarkan perlindungan menyeluruh kepada kedua-dua pemandu dan penumpang dengan menawarkan teknologi keselamatan termaju. CR-V Baharu dilengkapi dengan ciri penuh Honda SENSING¹ yang merangkumi kesemua lapan ciri keselamatan:

  1. Kawalan Pemanduan Adaptif (Adaptive Cruise Control)
  2. Sistem Mengikuti Kenderaan (Low Speed Follow)
  3. Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan (Forward Collision Warning)
  4. Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (Collision Mitigation Braking System)
  5. Amaran Keluar Lorong (Lane Departure Warning)
  6. Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan (Road Departure Mitigation)
  7. Sistem Bantuan Kekal Lorong (Lane Keep Assist System)
  8. Lampu Tinggi Auto (Auto High Beam)

CR-V Baharu juga didatangkan dengan ciri keselamatan baharu iaitu Amaran Tali Pinggang Keledar Belakang (Rear Seat Belt Reminder) yang meningkatkan perlindungan penumpang dengan memberi amaran kepada pemandu apabila penumpang di belakang tidak memakai tali pinggang
keledar. Mendapat pengiktirafan lima bintang oleh ASEAN NCAP, CR-V Baharu menawarkan ciriciri keselamatan standard dan ini termasuk Honda LaneWatch, Enam Beg Udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan dengan Bantuan Pengendalian Tangkas, Bantuan Mula Mendaki, Amaran
Berhenti Kecemasan, Sistem Brek Anti-Kunci, Agihan Brek Elektronik, Bantuan Brek, Brek Pegun Automatik, Kereta Terkunci Automatik Apabila Beredar (Walk Away Auto Lock) dan Monitor Perhatian Pemandu.

Harga CR-V Baharu adalah seperti berikut:

CR-V Baharu boleh didapati dalam lima pilihan warna menarik; Perak (Lunar Silver Metallic), Merah Mutiara (Passion Red Pearl), Kelabu (Modern Steel Metallic), Hijau Gelap (Dark Olive Metallic) dan pilihan warna baharu, Putih Mutiara (Platinum White Pearl).

Dengan sasaran jualan bulanan sebanyak 700 unit, Honda Malaysia yakin CR-V Baharu akan menjadi model SUV kegemaran rakyat Malaysia. CR-V Baharu adalah peneman mengembara yang sempurna bagi pelanggan yang mahukan SUV dengan pakej lengkap yang sesuai untuk santai dan pemanduan yang menyeronokkan.

Untuk maklumat lanjut atau ingin memandu uji CR-V Baharu, pelanggan boleh melawat mana-mana 102 pengedar Honda di seluruh negara atau menghubungi talian Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020, atau layari www.honda.com.my.

¹Terdapat pada varian 1.5L TC-P 2WD & 1.5L TC-P 4WD sahaja.
²Harga atas jalan tanpa insurans. Tempoh Pengecualian Cukai Jualan sehingga 31 Disember 2020. Tertakluk pada Terma dan Syarat.
³Harga atas jalan tanpa insurans.