CHERY Malaysia Telah Menekankan Kualiti Kenderaan Sebelum Penghantaran

Chery Malaysia memperkukuh komitmennya terhadap kualiti dan kecemerlangan dengan kejayaan menyiapkan kelompok pertama pemeriksaan Pra-Penghantaran (Pre-Delivery Inspection – PDI) di kilang CKDnya di Kulim. Pencapaian penting ini menekankan dedikasi Chery Malaysia untuk meastikan pengalaman pemilikan yang tiada tandingan untuk pelanggannya yang dihargai. Penyepaduan prosedur PDI terus ke dalam barisan pengeluaran kilang CKD Chery Malaysia menandakan detik penting dalam usaha berterusan Syarikat untuk mendapatkan jaminan kualiti. Dengan menjalankan pemeriksaan dan ujian yang teliti sebelum kenderaan meninggalkan kilang, Chery Malaysia menyasar untuk menghantar kenderaan yang melangkaui jangkaan pelanggan. “Kejayaan ini adalah kemuncak kerja keras dan usaha gigih kumpulan pemasangan Chery Malaysia di kilang CKD, kami akan terus berusaha untuk menetapkan standard industri baharu bagi memenuhi tahap kualiti antarabangsa.” Kata Encik Leo Chen, Naib Presiden Eksekutif Chery Malaysia.

 Komitmen Chery Malaysia terhadap kualiti meliputi setiap aspek proses pembuatan dan pemasangannya. Kesediaan barisan pengeluaran dan pemasangan untuk PDI adalah bukti perancangan teliti serta bukti pelaburannya dalam teknologi dan proses termaju. Penambahan PDI dalam proses pengeluaran CKD mengukuhkan kedudukan Syarikat sebagai jenama yang semakin meningkat dalam industri automotif Malaysia. Inisiatif ini sejajar dengan misi Chery Malaysia untuk menetapkan standard baharu bagi kualiti, keselamatan dan kepuasan pelanggan. CHERY, Rakan Kenderaan Presiden ke Sidang Kemuncak BRICS Mengenai berita global, Chery International mengumumkan Sidang Kemuncak BRICS ke-15 di Johannesburg akan dikuasakan oleh jenama SUV Afrika Selatan yang paling pesat berkembang.

Pada hari Jumaat, 18 Ogos Chery Afrika Selatan memulakan Kerjasama dengan Jabatan Perhubungan Antarabangsa dan Kerjasama (DIRCO) serta Jabatan Pengangkutan dengan menyediakan pengangkutan mewah untuk wakil kanan dan pelawat ke sidang kemuncak antarabangsa yang penting ini. Majlis penting ini dihadiri pelbagai orang kenamaan, seperti Timbalan Ketua Pengarah Clayson Monyela daripada Jabatan Perhubungan Antarabangsa dan Kerjasama (DIRCO), Cik Hlengiwe Bengu, Ketua Pegawai Kewangan DIRCO, Menteri Li dari Kedutaan China, sertai wakil-wakil kanan dari Jabatan Pengangkutan. “Jenama dan kenderaan rasmi pilihan Presiden mesti menawarkan tahap kemewahan, prestasi dan keselamatan tertinggi, untuk menjadi Rakan Kongsinya. Kami amat berbangga kerana dapat menyediakan Chery Tiggo 8 Pro MAX unggul kami kepada Kerajaan Afrika Selatan dan semua ahli serta tetamu negara BRICS,” kata Tony Lie, Timbalan Pengurus Besar Eksekutif Chery Afrika Selatan.

TIGGO 8Pro di Malaysia pula, telah di lancarkan dan menerima sambutan yang menggalakkan daripada pasaran, Tiggo 8Pro mengetengahkan beberapa ciri yang diminati dikalangan pengguna. Nikmati pengalaman kelas pertama: yang menepati keperluan pemandu, menyambut pemandu dengan animasi cahaya, kabin pra-sejuk dan pelarasan tempat duduk pintar. Bahagian dalamannya yang celik teknologi mempunyai paparan dwi 24.6 inci, sambungan telefon pintar tanpa wayar dan arahan suara. Prestasi Mengagumkan: Dikuasakan oleh enjin turbo 2.0 liter yang menghasilkan 254 hp, Tiggo 8 Pro memecut daripada 0 hingga 100km/j dalam 7.5 saat, menawarkan mod pemanduan Eco, Normal dan Sport. Reka Bentuk Keunggulan: Dengan bahagian luar yang mewah mempamerkan gril yang berinspirasikan galaksi dan dalaman yang dipenuhi pelbagai ciri dengan bumbung matahari panorama dan system Paparan Dwi 24.6 inci, Tiggo 8 Pro menyerlah dengan kecanggihan.

Berharga RM159,800 di Malaysia, Tiggo 8 Pro dilengkapi jaminan 7 tahun* dan pakej servis percuma 5 tahun*. Dengan tambahan RM2,000, anda boleh melanjutkan waranti kepada 10 tahun/1 juta km. Keselamatan Diutamakan: Tiggo 8 Pro menawarkan set lengkap ciri ADAS dan system beg udara yang teguh untuk memastikan keselamatan pemandu, juga penumpang. “Chery Tiggo 8 Pro adalah sebahagian daripada kelompok awal yang dilengkapkan di barisan pengeluaran, dan ia akan disampaikan kepada pelanggan. SUV premium ini dicirikan dengan prestasi cemerlang, reka bentuk menawan, nilai mengagumkan, keselamatan dan pelbagai ciri menarik lain. Inilah pilihan yang diutamakan dalam kalangan golongan elit, usahawan dan individu yang mempunyai gaya yang menarik.” Petikan daripada Pengarah Kilang KD Chery Malaysia, Encik Xu Jing Zhong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *