Dengan penyertaan Setel ke ekosistem DuitNow QR, pelanggan kini dapat imbas dan bayar melalui aplikasi Setel di lebih 1.6 juta kedai di seluruh negara.
Terkenal sebagai perintis transformasi dalam pengalaman pengisian minyak di stesen-stesen petrol pada hari ini, Setel mempunyai misi untuk mengubah definisi mobiliti, termasuk menawarkan pengalaman pembayaran yang lebih mudah di pelbagai titik sentuh untuk kegunaan harian pengguna. Integrasi DuitNow QR dengan fungsi “Setel Pay” dalam aplikasinya berpotensi untuk meluaskan lagi penerimagunaan