Carro rasmi Pusat 4S pertama Asia Pasifik di Seremban

RAKYAT Malaysia kini boleh menikmati perkhidmatan di Pusat 4S pertama Carro, kemudahan berteknologi tinggi bersepadu yang menggabungkan ‘Sales, Service, Spare Parts Supplies, and Body & Paint Servicing’ (‘Jualan, Servis, Bekalan Alat Ganti, dan Servis Baik Pulih Badan & Cat’) di Seremban, Negeri Sembilan.

Pendekatan perkhidmatan menyeluruh ini menyatukan teknologi proprietari, keupayaan kecerdasan buatan (AI) dan pakar bertauliah Carro untuk membolehkan Carro memberikan perkhidmatan yang efisien dan cekap kepada setiap pelanggan sepanjang pemilikan kereta.

Pusat 4S ini dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 15 Jun 2024, dan telah dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke menerusi lawatan tertutup pada hari yang sama.

“Keselamatan jalan raya adalah sangat penting dan semua kenderaan terutamanya kereta terpakai, perlu selamat untuk digunakan di jalan raya,” kata Loke. “Sebagai peneraju pasaran, Carro telah mengungguli bukan sahaja dengan menyeragamkan proses pemeriksaan di seluruh negara, malah dengan meningkatkan proses tersebut dengan teknologi mereka sendiri. Inilah “gold standard”  yang harus dicapai oleh semua pasaran kereta terpakai.”

Pusat sehenti 2 tingkat berkeluasan 43,000 kaki persegi di Seremban ini terdiri daripada bilik pameran jualan yang mampu mempamerkan sebanyak enam buah kenderaan, ruang rehat pelanggan yang luas dan sebuah pejabat jualan. Pelanggan juga boleh mengambil dan bergambar dengan kenderaan Carro Certified mereka di ruang penghantaran rasmi kemudahan itu.

Tambahan lagi, Pusat 4S ini turut disepadukan dengan Carro Care, iaitu perniagaan perkhidmatan selepas jualan automotif  yang menyeluruh oleh Carro. Disokong oleh teknologi Carro dan kepakaran teknikal Jardine Cycle and Carriage, Carro Care akan menguruskan semua prosedur selepas jualan dan servis, termasuk kerja pembaikan berkualiti tinggi dan perkhidmatan pemulihan cat yang diketuai oleh pakar cat Jepun iaitu Junpei Yamamoto, Ketua Bahagian Badan & Cat Kereta Carro Care.

Dengan kemudahan 8 ruang servis dan sebuah ruang khusus untuk semburan cat, Pusat 4S ini mampu menservis 250-300 kereta sebulan, dan mengendalikan hingga 50 kerja pembaikan dan cat setiap bulan. Pelanggan yang tidak memiliki kereta Carro Certified juga dialu-alukan untuk menservis atau mengubah suai kereta mereka di sini.

“Pusat 4S biasanya dikhaskan untuk penjual dan pengedar jenama tertentu,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Carro Malaysia Derrick Eng. “Walau bagaimanapun, kami betul-betul mahukan setiap pemilik kereta terpakai berpeluang untuk mengunjungi bangunan 4S dan merasai pengalaman tahap penjagaan, perincian serta ketelusan yang sama. Kami sedang membentuk semula landskap penjualan kereta terpakai dan perkhidmatan selepas jualan menerusi teknologi kami, pakar bertauliah, peralatan termasuk penggunaan alat ganti OEM dan berkualiti, untuk memberikan pelanggan kami kereta berkualiti Sebaik Yang Baru.”

Di samping Pusat 4S terbarunya, Carro kini mempunyai 10 Pusat Jualan, 27 Pusat Pemeriksaan, 5 Pusat Servis dan 2 Pusat Baik Pulih di seluruh Malaysia. Pusat 4S Carro baru ini terletak di Seremban terletak di 340, Jln Haruan 2, Oakland Industrial Park, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.