Pulau Pinang, 5 th Disember 2019 – Boon Siew Honda hari ini mengumumkan model terbaharu, Honda Wave Alpha. Kini tampil dengan rekabentuk moden yang bergaya, ditambah dengan rekaan jalur grafik serba baharu.
Honda Wave Alpha baharu ini dilengkapi dengan penutup bahagian hadapan yang menawan. Ianya kini mengabungan lampu signal hadapan yang disatukan dengan penutup bahagian badan motosikal. Ini secara tidak langsung menghasilkan pacuan aerodinamik yang lebih baik, diperkuat secara visual dengan rekaan jalur grafik yang menginspirasikan. Kenyamanan penumpang belakang diperhalus dengan pemegang genggaman berbahan getah yang selesa, khusus untuk model Roda Tuangan.
Honda Wave Alpha yang sinonim dengan trend semasa diberi harga yang sangat berpatutan di segmen motosikal dengan enjin berkapasiti 110cc. Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri khas yang praktikal seperti ruang simpanan luas di bawah tempat duduk, tangki bahan api sebesar 3.7 liter serta kemudahan sistem penghidup, secara tendang dan elektrik.
Nikmatilah kuasa dari enjin jimat bahan api, berpenyejuk udara, satu silinder, yang boleh menghasilkan 6.14kW di putaran 7,500 rpm dan tork sebesar 8.42 Nm di putaran 5,500 rpm. Honda Wave Alpha ini hadir dengan pilihan 3 warna : Vivacity Red, Pearl Nightfall Blue dan Cipper Yellow. Tersedia dalam 2 varian, jenis Roda Jejari dan Roda Tuangan.
Varian dan harga adalah seperti berikut:
Wave Alpha (Roda Tuangan) RM 4,589
Wave Alpha (Roda Jejari) RM 4,339