BMW Motorrad Malaysia mempersembahkan motosikal BMW R 1250 GS dan BMW R 1250 GS Adventure Baharu dengan Edisi ‘40 Years GS’ terus menjulang cogan kata‘Make Life A Ride’ selama 40 tahun dengan edisi ulang tahun yang istimewa.

BMW Motorrad Malaysia pada hari ini telah melancarkan BMW R 1250 GS dan BMW R 1250 GS Adventure baharu di mana kedua-duanya mempamerkan prestasi yang inovatif dengan pelbagai ciri-ciri kefungsian yang luar biasa. Hans de Visser,  Pengarah  Urusan  BMW  Group  Malaysia  mengulas, “Setelah memartabatkankecemerlangannya dalam dunia motosikal selama 40 tahun, BMW R 1250 GS dan BMW R 1250 GS Adventure baharu diperkenalkan untuk terus menyuntik keyakinan dalam kalangan peminat ke atas warisan BMW GS. Generasi demi generasi dalam aspek inovasi dan sofistikasi yang telah diterjemahkan kepada pengalaman tunggangan yang luar biasa di atas jalanraya dan di luar jalan raya, Kedua-dua motosikal sport ini dilengkapi dengan enjin boxer dua silinder yang telah menempah nama menerusi model-model yang terdahulu, ia menjamin kualiti tunggangan yang lebih hebat, yang turut diperkayakan lagi dengan pelbagai ciri-ciri kefungsian yang baharu. Model-model ini mempamerkan sensasi yang lebih berbeza melalui ikon cahaya hadapan berbentuk X pada komponen lampu hadapan yang baharu, dapat dilihat dengan menghidupkan lampu sisi. Ia turut dipadankan dengan lampu waktu siang (daytime running light), lampu kembara, sistem ekzos krom,  roda  ruji  bersilang,  berserta  dengan  lampu  indikator  belakang  dengan  ciri  multifungsi yang kesemuanya kini ditawarkan sebagai standard.

Eksklusif bagi BMW R 1250 GS Adventure baharu ialah  lampu  tambahan  di  hadapan  serta  pendakap kompartmen  muatan  untuk  bekas  panier aluminium serta ‘top box’.Model-model baharu ini turut didatangkan dengan lampu hadapan adaptif yang baharu dengan fungsi berpangsi,  ia  membolehkan  lampu  rendah  yang  dipancarkan  melalui  lampu  hadapan  LED disesuaikan mengikut selok-belok jalan raya ketika menunggang dalam posisi menyendeng. Dengan keupayaan untuk mengubah arah pancaran cahaya, maka penunggang dapat melihat jalan yang disusuri dengan lebih jelas.BMW R 1250 GS dan BMW R 1250 GS Adventure baharu dikuasakan oleh enjin boxer dua silinder yang ikonik dengan penyesaran berjumlah 1,254 cm3. Berbekalkankapasiti sebanyak 136 kk(100 kW) pada paras 7,750 rpm, serta puncak tork bernilai 143 Nm pada paras 6,250 rpm –setakat ini, ia merupakan enjin boxer BMW yang paling berprestasi tinggi pernah dimuatkan di dalam jentera keluaran bersiri. Menampilkan teknologi BMW ShiftCam, yang memungkinkan pemasaan injap berciri boleh ubah serta peninggian injap pada bahagian salur masuk, enjin tersebut membekalkan kuasayang mengagumkan dalam setiap julat kelajuan sambil terus beroperasi dengan lancar dan senyap. Justeru, daya pembakaran dan penggunaan bahan api yang lebih efektif dapat dikecapi. Transmisi dan pengganding (coupling) bagi BMW R 1250 GS dan BMW R 1250 GSAdventure baharu telah diintegrasikan pada komponen perumah enjin yang memuatkan enjin boxer tersebut, maka jentera ini dapat mengenakanreka bentuk yang menjimatkan ruang dan lebih ringan. Mekanisme ‘anti-hopping’ juga telah dimanfaatkan dalam sistem klac, ditala mengikut kehendak penunggang yang lasak. BMW Gear Shift Assistant Pro juga turut disediakan. Satu lagi ciri keselamatan yang ditawarkan ialah Kawalan Cengkaman Dinamik (Dynamic Traction Control), yang menjamin taraf keselamatan yang tinggi walaupun dalam posisi tunggangan menyendeng.Di samping mod tunggangan ‘Rain’ dan ‘Road’ yang disesuaikan mengikut kebanyakan kondisi, mod tunggangan ‘Pro’ yang baharu merangkumkan mod tunggangan Dynamic, Dynamic Pro, Enduro serta Enduro Pro sebagai standard, setiap satu menawarkan alternatif individualisasi yang tersendiri yang boleh disesuaikan mengikut keperluan penunggang. Unit kawalan brek enjin dinamik juga merupakan sebahagian daripada mod tunggangan ‘Pro’. Menerusinya, penunggang boleh mengelakkan kondisi tunggangan  yang  tidak  stabil,  yang  boleh  berlaku  ketika  motosikal  dipacu  secara  neutral  atau ‘overrunning’, atau  apabila  gelinciran  brek  yang  berlebihan  berlaku  pada  tayar  belakang  ketika menukar ke gear rendah.

Di samping itu, unit kawalan luncur (cruise control) elektronik juga disediakan bagi kedua-dua model ini demi tunggangan jarak jauh yang lebih menyelesakan. Keefisienan bahan api yang lebih baik dikecapi melalui mod tunggangan ‘Eco’ yang kini turut ditawarkan sebagai standard.Dengan  rangkuman  BMW  Motorrad  Dynamic  ESA  (Electronic  Suspension  Adjustment),  fungsi redaman disesuaikan secara automatik bukan sahaja mengikut kondisi jalan raya, malah begitu juga dengan olahan tunggangan yang dibuat oleh penunggang. Lantaran itu, aspek keselamatan, prestasi, dan keselesaan yang bertaraf lebih tinggi dapat dinikmati melalui kompensasi posisi tunggangan. BMW Integral ABS Pro juga didatangkan sebagai standard –dioptimumkan bagi tunggangan di atas dan di luar jalan raya, yang turut disesuaikan mengikut pelbagai mod tunggangan. Taraf kestabilan dan keselamatan yang lebih tinggi juga dijamin dalam posisi menyendeng.Keupayaan keterhubungan bagi BMW R 1250 GS dan BMW R 1250 GS Adventure baharu hadir dalam bentuk kluster instrumen multifungsi dengan Paparan TFT berwarna 6.5 inci, yang boleh digunakan bersama operasi terintegrasi melalui ‘multi-controller’BMW Motorrad yang standard untuk mengakses jentera ini serta fungsi keterhubungannya dengan segera. Fungsi pemain media dan telefon juga disediakan dengan akses yang mudah untuk membantu penunggang mengekalkan fokus, manakala fungsi navigasi menawarkan kemudahan tambahan kepada penunggang untuk menyusuri trafik tanpa memerlukan peralatan navigasi yang lain.Keupayaan keterhubungan yang terintegrasi dengan jentera ini disediakan melalui aplikasi BMW Motorrad Connected, disempurnakan dengan soket 12 V sertasoket 5 V USB-A pada jentera tersebut –membolehkan pengecasan pantas dibuat ketika menunggang. Demi kemudahan tambahan, fungsi Tunggangan Tanpa Kunci juga ditawarkan sebagai standard.Untuk meraikan sejarah GS yang berusia 40 tahun, BMW R 1250 GS dan BMW R 1250 GS Adventure baharu disediakan dalam edisi ‘40 Years GS’ yang benar-benar unik. Diilhamkan oleh BMW R 100 GS, edisi ‘40 Years GS’ ini membawakan kombinasi warna Blackstorm Metallic dan Yellow yang mempesonakan. Tawaran warna standard bagi BMW R 1250 GS dan BMW R 1250 GS Adventure baharu meliputi Triple Black Style dan Rallye Style. BMW R 1250 GS dan BMW R 1250 GS Adventure baharu, serta edisijentera‘40 Years GS’ masing-masing akan disediakan di semua pusat pengedaran BMW Motorrad yang bertauliah di seluruh negara  mulai  20  Ogos  2021.  Semua  wakil  pengedar  BMW  kini  kembali  beroperasi,  dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Khidmat Pembiayaan.Dengan Pelan Pembiayaan yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan BMW  R  1250  GS  dan  BMW  R  1250  GS Adventure  baharu  masing-masing  bermula  daripada RM1,460.00  dan  RM1,590.00  setiap  bulan.  Ia  berdasarkan  anggaran ‘balloon  financing’ bagi pinjaman berjumlah 80% untuk tempoh 4 tahun.Para  pemilik  juga  boleh  menikmati  manfaat-manfaat  tambahan  dengan  rangkaian  servis  yang bertaraf tinggi seperti Inklusif Minyak Enjin Premium, Inklusif Servis dan Program Lanjutan Waranti oleh  BMW  Motorrad  Malaysia.  Maklumat  lanjut  mengenai  program  tersebut  boleh  didapati  di https://www.bmw-motorrad.com.my/en/service/warranty.html.Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans, dan dengan Waranti 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan Bertempoh 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia) BMW R 1250 GS dan BMW R 1250 GS Adventure baharu, serta edisijentera‘40 Years GS’ masing-masing ialah:

BMW R 1250GS Style Rallye Baharu:RM 119,500.00

BMW R 1250GS Style Triple Black Baharu:RM 120,500.00

BMW R 1250GS ’40Years GS’ Edition Baharu:RM 122,500.00

BMW R 1250GS Adventure (Lowering) Baharu:RM 130,500.00

BMW R 1250GS Adventure Style Rallye Baharu:RM 132,500.00

BMW R 1250GS Adventure Style Triple Black Baharu:RM 133,500.00

BMW R 1250GS Adventure ‘40Years GS’ Edition Baharu:RM 135,500.00

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *