BMW Motorrad Malaysia Memperkenalkan BMW G 310 GS ‘40 Years Edition’, dan BMW G 310 R Baharu.

BMW Motorrad Malaysia pada hari ini telah memperkenalkan BMW G 310 GS dan BMW G 310 GS ’40 Years Edition’, berserta dengan BMW G 310 R yang baharu, kesemuanya memuatkan penambahbaikan yang terkini untuk segmen jentera bersesaran bawah 500cc.Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Janji ‘Make Life a Ride’ yang kami julang adalah buat para pelanggan kami yang mempunyai cita rasa yang berbeza-beza. Pada awal tahun ini, BMW R 18 Classic dan BMW S 1000 RR yang menjadi sanjungan ramai telah dilancarkan, lantas mencetus keterujaan dalam kalangan peminat motosikal di seluruh Malaysia. Pada hari ini, kami berbesar hati untuk memperkenalkan tiga model yang dinamik lagi lasak dalam bentuk BMW G 310 GS dan BMW G 310 GS ’40 Years Edition’, serta BMW G 310 R baharu, dirumus  untuk  tunggangan  harian  yang  serba  versatil,  sama  ada bagi  perjalanan  harian,  atau perjalanan jarak jauh.”BMW  G  310  GS  memperlihatkan  irasnya  sebagai  jentera  BMW  GS  yang  tulen. Hadir  dengan komponen cermin hadapan, dapra hadapan yang tinggi, “flyline” yang mempesonakan serta tubuh yang tinggi pada seksyen belakang, ia mengekalkan elemen utama model-model BMW R 1250 GS yang lebih besar. Model ’40 Years Edition’ hadir dengan rona hitam dan kuning yang menawan, diilhamkan oleh BMW R 100 GS dan kekayaan sejarah GS. BMW G 310 R baharu pula membawakan iras seumpama jentera BMW S 1000 R. Dengan rangkuman lampu hadapan LED penuh, kedua-dua model  baharu  tersebut  kini  mempunyai  penampilan  yang  lebih  agresif  dan  dinamik  dari  sudut hadapan.

Ciri dinamik dan keselamatan  yang dinaik taraf dalam BMW GS Series dan  R Series. Lampu hadapan LED yang baharu bukan sahaja mampu menyuluh jalan yang disusuri dengan cahaya yang terang dan sekata, malah ia turut  untuk mengelakkan getaran pada kon lampunya yang boleh mengganggu konsentrasi. Tiga fungsi cahaya disediakan bagi model-model baharu ini –lampu puncak, lampu rendah dan lampu waktu siang (daytime running light) –yang boleh dioperasikan dengan mudah menggunakan unit kawalan bar hendal di sebelah kiri.Dari segi penampilan, ketiga-tiga model baharu ini turut membawakan penutup enjin bagi komponen alternator, klac,dan pam air, kini berwarna kelabu titanium serba metalik. Unik bagi BMW G 310 GS ‘40 Years Edition’ ialah iras berwarna hitam dan kuning yang penuh dengan sejarahnya –diilhamkan oleh jentera BMW R 100 GS yang ikonik. Elemen-elemen reka bentuk yang menawan dalam rona kuning menyerlahkan komponen GS Flyline pada jentera BMW G 310 GS ’40 Years Edition’, ia dipadankandengan cermin hadapan, bar hendal, tangki bahan api, blok enjin dan rim yang berwarna hitam. Model edisi khas yang terhad dalam bilangan 40 unit ini akan disediakan pada tahun ini sahaja, sementara stok masih ada.BMW G 310 GS, BMW G 310 GS ’40 Years Edition’ dan BMW G 310 R baharu kekal dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 313 dengan empat injap dan teknologi penyejuk cecair, dua aci sesondol atas dan injeksi bahan api elektronik. Inklinasi silinder tersebut ke arah belakang dan kepala silinder yang diputar 180 darjah,berserta komponen salur masuk di hadapan dan ekzos di belakang masih menjadi  karakteristik  reka  bentuk  jentera  tersebut.  Dengan  memfaktorkan  penyaluran  udara pembakaran yang optimum, aturan yang dibuat membolehkan seni bina kenderaan yang kompak dibangunkan, termasuk keupayaan untuk menjana output berjumlah 34 kk (25 kW) pada paras 9,500 rpm, dan puncak tork bernilai 28 Nm pada paras 7,500 rpm.Enjin bagi model-model ini juga dilengkapi dengan “cengkaman pendikit elektronik” (unit kawalan pendikit  elektromotif)  dan  kini  membekalkan  respons  pendikit  yang  lebih  sensitif.  Peningkatan kelajuan automatik ketika memulakan tunggangan juga mengelakkan enjin daripada berhenti. Klac “self-boosting anti-hopping” juga merupakan ciri baharu dan berfungsi untuk mengurangkan tork seretan enjin, selain menawarkan taraf keselamatan tunggangan yang lebih tinggi –khususnya ketika membuat olahan brek yang turut melibatkan penukaran ke gear rendah pada masa yang sama. Ia juga mengurangkan daya pengoperasian secara signifikan pada tuil klac serta tuil brek tangan yang kini  boleh  dilaras  dalam  empat  peringkat,  maka  ciri  ergonomik  yang lebih  diperkayakan  dapat dinikmati.

BMW G 310 GS baharu disediakan dalam tiga varian warna –Kyanite Blue Metallic (Style Rallye) dan Polar White, berserta dengan Cosmic Black –eksklusif bagi ’40 Years Edition’. BMW G 310 R baharu pula disediakan dalam warna Limestone Metallic (Style Sport).BMW G 310 GS dan BMW G 310 GS ’40 Years Edition’, serta BMW G 310 R baharu disediakan di semua pusat pengedaran BMW Motorrad di seluruh negara mulai 20 Ogos 2021.Semua wakil pengedar BMW kini kembali beroperasi, dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.Khidmat Pembiayaan.Dengan Pelan Pembiayaan yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan BMW G 310 GS, BMW G 310 GS ’40 Years Edition’, dan BMW G 310 R baharu masing-masing bermula daripada RM 490.00, RM 520.00, dan RM 460.00 setiap bulan. Ia berdasarkan anggaran ‘balloon financing’ bagi pinjaman berjumlah 80% untuk tempoh 4 tahun. Para  pemilik  juga  boleh  menikmati  manfaat-manfaat  tambahandengan  rangkaian  servis  yang bertaraf tinggi seperti Inklusif Minyak Enjin Premium, Inklusif Servis dan Program Lanjutan Waranti oleh  BMW  Motorrad  Malaysia.  Maklumat  lanjut  mengenai  program  tersebut  boleh  didapati  dihttps://www.bmw-motorrad.com.my/en/service/warranty.html.Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans, dan dengan Waranti 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan Bertempoh 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia)

BMW G 310 GS, BMW G 310 GS ’40 Years Edition’, dan BMW G 310 R baharu ialah:

BMW G 310R Baharu:RM 27,500.00

BMW G 310GS Baharu:RM 29,500.00

BMW G 310GS ’40Years Edition’ Baharu:RM 31,500.00

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *