BMW Malaysia hari ini mengumumkan harga rasmi bagi jentera elektrik BMW i7 terbaharu – sedan elektrik tulen yang sulung dan yang dinanti-nantikan ramai dalam kelasnya, memperkayakan lagi barisan kenderaan elektrik premium serba mewah di bawah BMW Group untuk pasaran Malaysia.
Jentera elektrik BMW i7 yang baharu ini hadir dalam varian M Sport dan merupakan antara model terkini yang diperkenalkan oleh pengeluar kenderaan premium ini bagi portfolio BMW 7 Series, di samping varian-varian BMW 750e xDrive terbaharu dan BMW X7 xDrive40i Pure Excellence baharu yang dirungkaikan pada tahun ini.
Tampil dengan 544 kk (400kW) dan jarak operasi sejauh 600 kilometer (WLTP), BMW i7 elektrik terbaharu mempersembahkan bahasa reka bentuk BMW yang terkini – dinamakan “Forwardism”, untuk kelas mewah. Lampu hadapan kristal BMW Iconic Glow dalam bentuk terbahagi di samping bingkai gril ‘kidney’ yang menonjol dengan iluminasinya mencungkil pesona sedan mewah ini yang tersendiri, disinambungkan dengan aneka kelengkapan kelas pertama serta ambien yang bersofistikasi tinggi.
Program pembiayaan dinamik.
Dengan pelan pembiayaan “Straight Line” yang disediakan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW i7 xDrive 60 elektrik baharu boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM 8,401.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh tujuh tahun).
Pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh.
Pemilik jentera elektrik BMW i7 xDrive 60 yang baharu ini juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:
• Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun berserta Program Servis Berjadual Percuma oleh BMW
• Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW
• Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – Kad Keistimewaan BMW
• Servis Dalam Talian BMW
Harga jualan bagi BMW i7 xDrive 60 elektrik baharu dengan Waranti Lanjutan 5 Tahun dan Pakej Servis, termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans) ialah:
BMW i7 xDrive 60 Elektrik Baharu | RM 729,800.00 |