BMW Malaysia Memperkenalkan ‘The Boss’ Melalui Pengalaman Realiti Yang Ditambah (AR)

Kuala Lumpur, 20 Julai 2020 – BMW Malaysia memperkenalkan pengalaman AR berasaskan web yang mengujakan pada hari ini khas untuk jentera BMW X5 xDrive45e M Sport yang baru sahaja diperkenalkan – ia merupakan peristiwa seumpamanya yang sulung buat portfolio BMW di Malaysia.

“Digitalisasi merupakan sebahagian besar daripada strategi BMW Group dan kini dalam era normal baharu, kami meneruskan usaha inovasi untuk menawarkan pengalaman yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami di seluruh negara. ‘The Boss’, jentera BMW X5 terbaharu, menampilkan ciri-ciri kemewahan moden yang mengujakan lagi progresif. Sehubungan dengan itu, kami telah berhasrat untuk menyuntik nafas baharu kepada jentera ini melalui pengalaman AR yang dapat dinikmati oleh pelanggan kami. Pengalaman tersebut melambangkan karakter inovatifnya,” ujar Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia.

Pengalaman AR berasaskan web yang canggih oleh BMW Malaysia ini membolehkan pengguna melihat, mendengar dan mengamati ‘The Boss’ sepenuhnya – tanpa perlu menggunakan aplikasi mudah alih tertentu.  Pengguna hanya perlu melayari pautan yang boleh diakses melalui mana-mana telefon pintar.

Pengalaman AR ini mempersembahkan model 3D BMW X5 xDrive45e M Sport yang realistik secara virtual, pengguna boleh meletakkan diri mereka di lokasi pilihan masing-masing melalui kamera mereka. Pengguna juga boleh mengubah saiz dan arah kenderaan tersebut menggunakan jari untuk mengamati paparan 360° yang komprehensif. Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai BMW X5 xDrive45e M Sport dengan menyentuh titik-titik utama yang disediakan pada kenderaan berkenaan. Pengguna juga boleh ‘swipe’ untuk melihat pelbagai warna luaran yang ditawarkan seperti Phytonic Blue, Black Sapphire, Mineral White dan Artic Grey.

Untuk mengamati ‘The Boss’ dalam AR, sila layari https://app.bmw.com.my/AR/X5. Terkenal sebagai SAV terlaris dalam segmennya di seluruh dunia, BMW X5 xDrive45e M Sport terbaharu hadir dengan ciri-ciri yang luar biasa bagi membekalkan kepuasan maksimum dalam aspek pemanduan, beserta prestasi, inovasi dan kemudahan yang bertaraf lebih tinggi. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.bmw.com.my atau sertai perbualan kami melalui #JoyElectrified.

Kuala Lumpur, 20 Julai 2020 – BMW Malaysia memperkenalkan pengalaman AR berasaskan web yang mengujakan pada hari ini khas untuk jentera BMW X5 xDrive45e M Sport yang baru sahaja diperkenalkan – ia merupakan peristiwa seumpamanya yang sulung buat portfolio BMW di Malaysia.

“Digitalisasi merupakan sebahagian besar daripada strategi BMW Group dan kini dalam era normal baharu, kami meneruskan usaha inovasi untuk menawarkan pengalaman yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami di seluruh negara. ‘The Boss’, jentera BMW X5 terbaharu, menampilkan ciri-ciri kemewahan moden yang mengujakan lagi progresif. Sehubungan dengan itu, kami telah berhasrat untuk menyuntik nafas baharu kepada jentera ini melalui pengalaman AR yang dapat dinikmati oleh pelanggan kami. Pengalaman tersebut melambangkan karakter inovatifnya,” ujar Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia.

Pengalaman AR berasaskan web yang canggih oleh BMW Malaysia ini membolehkan pengguna melihat, mendengar dan mengamati ‘The Boss’ sepenuhnya – tanpa perlu menggunakan aplikasi mudah alih tertentu.  Pengguna hanya perlu melayari pautan yang boleh diakses melalui mana-mana telefon pintar.

Pengalaman AR ini mempersembahkan model 3D BMW X5 xDrive45e M Sport yang realistik secara virtual, pengguna boleh meletakkan diri mereka di lokasi pilihan masing-masing melalui kamera mereka. Pengguna juga boleh mengubah saiz dan arah kenderaan tersebut menggunakan jari untuk mengamati paparan 360° yang komprehensif. Dengan menyentuh titik-titik utama yang disediakan pada kenderaan berkenaan, pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai BMW X5 xDrive45e M Sport. Pengguna juga boleh ‘swipe’ untuk melihat pelbagai warna eksterior yang ditawarkan seperti Phytonic Blue, Black Sapphire, Mineral White dan Artic Grey.

Untuk mengamati ‘The Boss’ dalam AR, sila layari https://app.bmw.com.my/AR/X5. Terkenal sebagai SAV terlaris dalam segmennya di seluruh dunia, BMW X5 xDrive45e M Sport terbaharu hadir dengan teras yang luar biasa bagi membekalkan kepuasan maksimum dalam aspek pemanduan, berserta prestasi, inovasi dan kemudahan yang bertaraf lebih tinggi. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.bmw.com.my atau sertai perbualan kami melalui #JoyElectrified.