Kuala Lumpur, 9April 2021 –BMW Malaysia pada hari ini telah merungkaikan jentera BMW 330Li M Sport yang sulung, para pemilikberpeluang untuk menyelusuri sebuah dimensi ketangkasanyang baharu menerusi varian dengan jarak sumbu roda(wheelbase)panjang yang sulung dalam portfolio sedan eksekutif premium bersaiz sederhana milik pengeluar kenderaan premium ini untuk pasaran Malaysia.
Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “BMW 3 Series secara konsisten telah mempamerkan kecemerlangannya bagi portfolio BMW di Malaysia -yang berjaya mencatat penyerahan berjumlah 2,500 unit kenderaan di seluruh Malaysia pada tahun 2020 sahaja. Kejayaan BMW 3 Series ditunjangi oleh seni bina serba pintarnya yang menawarkan versatiliti bertaraf tinggi, di samping mengekalkan DNA sportyuntukmenjanjikan Kenikmatan Pemanduan Sempurnayang menjadi slogan BMW.”
“BMW 330Li M Sport merupakan sebuah jentera luar biasa yang membawakan dimensi baharu bagi BMW 3 Series, ia menggabungkan elemen keluasan jentera dengan jarak sumbu roda yang panjang sertaelemen ketangkasan yang sinonim dengan sedan eksekutif premium bersaiz sederhanaBMW, tanpa mengkompromikan mana-mana elemen ini dalam proses tersebut. BMW 330Li M Sport mempersembahkan sebuah haluan bagi para pelanggan untuk mengamati erti ketangkasan dalam dimensi yang baharu,” tambah Hoelzl.
BMW 330Li M Sport, iaitu jentera BMW 3 Series dalam varian jarak sumbu roda panjang yang pertama dipasang secara domestik, menjanjikan konsepsi nilai bertaraf tinggi serta persepsi premium yang melatariBMW 3 Series, kini turut lengkap dengan aplikasi My BMW App yang baharu untuk membekalkan interaksi digital yang lebih diperkayakan antara pemandu dan kenderaan. Selain praktikaliti jentera ini yang disumbang oleh aspek ruang dan keselesaanbertaraf tinggi, tubuh BMW 330Li M Sport yang memanjang juga menyerlahkan reka bentuk elegannyayang dapat dilihat dari hadapan hingga ke belakang.
Gandingan yang sempurnaantara keselesaan dan ketangkasan.
Gril ‘kidney’ BMW 330Li M Sport yang sulungmenyerlahkan bahasa reka bentuk yang bersofistikasi lagi sporty, hadir dengan topang berwarna hitam yang dibingkaikan dengan krom. Gril ini didampingi oleh Lampu Hadapan LED Adaptif serba canggih yang boleh dilaras secara automatik mengikut pelbagai kondisi jalan.
Dari sisi, panjang keseluruhan jentera ini yang dipertingkatkanhadir dengan ukuran 4,819 mm (+110 mm),manakalajarak sumbu rodanya yang dipertingkatkan mencecah 2,961mm (+110 mm)–iamembezakan BMW 330Li M Sport daripada BMW 330i M Sport secara visual, tambahan lagi, ketinggian jentera ini juga dipertingkatkan dengan ukuran 1,441mm (+6mm). Keelegenan sedan baharu ini turut diperkayakan dengan rekaan siluet serba dinamik yang baharu, dibingkaikan dengan BMW Individual High-Gloss Shadow Line, serta membawakan sentuhan umpama coupé pada garis bumbungnya.
Ciri-ciri lain yang menyempurnakan eksterior BMW 330Li M Sport ialah M Aerodynamics dan M Sport Packages, termasuk set roda aloi ringan 18” dalam penggayaan Double-Spoke 848 M dwiwarna berserta dengan tayar bercampur dan tayar ‘run-flat’, kemasan paip ekzos dwisisi dengan gubahan berbentuk trapezium di belakang, bumbung kaca panorama, sertakarpet aluan bercahaya di kedua-dua sisi.
BMW 330Li M Sport diberi nafas oleh enjin petrol TwinPower Turbo empat silinder yang mampu menjana output maksimum berjumlah 258kuasa kuda pada paras 5,000 –6,500 rpm,serta puncak tork berjumlah 400 Nm pada paras 1,550 –4,400 rpm. Kuasa disalurkan melalui transmisi Steptronic Sport. Pecutandari kelajuan 0-100 km/j dapat dibuat oleh jentera ini hanya dalam masa 6.2 saat, dan kelajuan tertingginya mencecah 250 km/j. Di samping itu, BMW 330Li M Sport merekodkan penggunaan bahan apisebanyak 6.4 liter bagi setiap jarak perjalanan berjumlah 100 km, manakala emisi karbonnyaberkadar 147 g/km.
Dari segiruang interior pula, tumpuandiberikan ke atasambien serba moden serta reka bentuk yang mewah, ia membawakan kemasan trim dalam Aluminium Tetragon berserta dengan kemasan trim bersorotan dalam Pearl Chrome yang menghiasi kabin jentera ini. Dimensi yang baharu menyaksikan ruang kepala yang berukuran 4 mm lebih tinggi berbanding BMW 330i M Sport, serta penambahan sebanyak 42mm bagi ruang kaki disediakan untuk penumpang di belakang –keluasan yang benar-benar menyelesakan dan mewah. Ruang butjentera iniberkapasiti 480 liter, dinaik taraf dengan pakej kompartmen muatan.
Dalam kokpit, pemandu disambut oleh stereng kulit M serta pedal M-specific. Taraf kemudahan juga dipertingkatkan dengan fungsi anti silau automatik yang melengkapi cermin interior dan eksterior, termasuk pelarasan kerusi elektrik dengan fungsi memori untuk pemandu. Turut menjadi tumpuan di dalam ruang interior BMW 330Li M Sport ialah hamparan lantai velor, lampuambien dengan 11 gubahan pencahayaan, penyaman udara automatik dengan tiga zon, dan sistem pembesar suara HiFi untukmembekalkan hiburan ketika memandu. Sistem Comfort Access yang juga ditawarkan sebagai standard menyediakan kemudahan tambahan bagi pemilik jentera BMW 330Li M Sport ini.
Sistem maklumat hibur, navigasi,dan paparan pemandu dalam BMW 330Li M Sport yang sulunghadir dalam bentuk BMW Live Cockpit Professional dengan paparan instrumen digital bersaiz 12.3 inci, berserta BMW Navigation System Professional dengan paparan sentuh 10.25”. Panel instrumen bermaterialkanSensatec dan Galvanic Embellishers bagi komponenkawalan memberi sentuhan tambahan kepada ambien ruang interior yang serba eksklusif, maka ciri kefungsian dan kemewahan dapat disinambungkan.
Untuk memperkayakan lagi ciri-ciri kemudahan dan bantuan, BMW 330Li M Sport yang sulungmembawakan Kawalan Luncur (Cruise Control) dengan fungsi pembrekan, Bantuan Parkir dengan cermin pandang belakang, serta sistem Keselamatan Pejalan Kaki Aktif BMW (BMW Active Pedestrian Safety). Bantuan Memandu juga hadir sebagai standard dan merangkumi fungsi-fungsi seperti amaran pengeluaran laluan, amaran penukaran laluan, amaran perlanggaran hadapan, amaran rentas trafik serta pencegahan perlanggaran belakang. Fungsi Panggilan Kecemasan Pintar pula dapat dimanfaatkan untuk memperolehbantuan pada bila-bila masa.
Pemilik kini dapat menikmati interaksi digital dengan BMW 330Li M Sport yang bertaraf lebih tinggi melalui aplikasi My BMW App yang baharu, ia menawarkan akses mudah ke atas pelbagai perkhidmatan berjarak jauh, navigasi, dan fungsi e-mobiliti. Aplikasi ini akan menggantikan BMW Connected menjelang Julai 2021, dan kini boleh untuk dimuat turun ditelefon pintar Android dan iOS.
BMW 330Li M Sport yang sulungditawarkan dalam dua warna –Mineral White dan Carbon Black. Upholsteri Leather Vernasca dalam warna Mocha dengan sulaman hitam menyempurnakan kedua-dua warna eksterior yang ditawarkan.
Para pelanggan yang berminat dengan jentera BMW 330Li M Sport yang sulungboleh membuat pendaftaran di platform BMW Shop Online melalui https://shop.bmw.com.my/.
Program pembiayaan dinamik.
Dengan ‘Balloon Financing Plan’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW 330Li M Sport yang sulungboleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM 3,338.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).
Pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh.
Pemilik jentera BMW 330Li M Sport yang sulungjuga dapat merasai Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:
•Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
•Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
•Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ -BMW Privileges Card
•Servis Dalam Talian BMW
Anggaran harga jualan bagi BMW 330Li M Sport yang sulungberserta dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans) ialah:
BMW 330Li M SportTerbaharu RM 300,800.00