BMW Malaysia Mengesahkan Harga BMW 330Li M Sport yang Sulung –Kini Sedia untuk Ditempah.

Kuala Lumpur, 16Julai 2021 –BMW Malaysia pada hari ini telah mengesahkan harga BMW 330Li M Sport yang sulung, yang telah diperlihatkan secara rasmi pada 9 April 2021. Para pemilik berpeluang untuk menyelusuri sebuah dimensi ketangkasan yang baharu menerusi varian ‘long wheelbase’ yang sulung dalam portfolio sedan eksekutif kompak milik pengeluar kenderaan premium ini untuk pasaran Malaysia.Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Kami berbesar hati untuk membuka tempahan bagi ahli terbaharu dalam portfolio kenderaan premium kami yang dipasang di dalam negara: BMW 330Li M Sport yang sulung. Ekoran kejayaan yang dicatat di peringkat global dalam enam bulan yang pertama bagi tahun 2021, kami yakin model BMW 3 Series ‘long wheelbase’ yang pertama dan dipasang secara domestik ini bakal mengukir senyuman pada wajah para pelanggan dan peminat di Malaysia setelah mereka mengamati erti ketangkasan dalam sebuah dimensi yang baharu.”BMW 330Li M Sport yang sulung menjanjikan konsepsi nilai bertaraf tinggi serta persepsi premium yang melatari BMW 3 Series, kini turut lengkap dengan aplikasi My BMW App yang baharu untuk membekalkan interaksi digital yang lebih diperkayakan antara pemandu dan kenderaan. Selain praktikaliti jentera ini yang disumbang oleh aspek ruang dan keselesaan bertaraf tinggi, tubuh BMW 330Li M Sport baharu yang memanjang juga menyerlahkan reka bentuk elegannya yang dapat dilihat dari hadapan hingga ke belakang.Gandingan yang sempurna antara keselesaan dan ketangkasan.Gril ‘kidney’ BMW 330Li M Sport yang sulung menyerlahkan bahasa reka bentuk yang bersofistikasi lagi sporty, hadir dengan berwarna hitam yang dibingkaikan dengan krom.

Gril ini didampingi oleh Lampu Hadapan LED Adaptif serba canggih yang boleh dilaras secara automatik mengikut pelbagai kondisi jalan. Dari sisi, panjang keseluruhan jentera ini yang dipertingkatkan hadir dengan ukuran 4,819 mm (+110 mm), manakala jarak sumbu rodanya yang dipertingkatkan mencecah 2,961mm (+110 mm) –ia membezakan BMW 330Li M Sport daripada BMW 330i M Sport secara visual, tambahan lagi, ketinggian jentera ini juga, dipertingkatkan dengan ukuran 1,441mm (+6mm). Keelegenan sedan baharu ini turut diperkayakan dengan rekaan siluet serba dinamik yang baharu, dibingkaikan dengan BMW Individual High-Gloss Shadow Line, serta membawakan sentuhan umpama coupé pada garis bumbungnya. Ciri-ciri lain yang menyempurnakan eksterior BMW 330Li M Sport ialah M Aerodynamics dan M Sport Packages, termasuk set roda aloi ringan 18” dalam penggayaan Double-Spoke 848 M dwiwarna berserta dengan tayar bercampur dan tayar ‘run-flat’, kemasan paip ekzos dwisisi dengan gubahan berbentuk trapezium di belakang, bumbung kaca panorama, serta karpet aluan bercahaya di kedua-dua sisi.BMW 330Li M Sport diberi nafas oleh enjin petrol TwinPower Turbo empat silinder yang mampu menjana output maksimum berjumlah 258 kuasa kuda pada paras 5,000 –6,500 rpm, serta puncak tork berjumlah 400 Nm pada paras 1,550 –4,400 rpm. Kuasa disalurkan melalui transmisi Steptronic Sport. Pecutan dari kelajuan 0-100 km/j dapat dibuat oleh jentera ini hanya dalam masa 6.2 saat, dan kelajuan tertingginya mencecah 250 km/j. Di samping itu, BMW 330Li M Sport merekodkan penggunaan bahan api sebanyak6.4 liter bagi setiap jarak perjalanan berjumlah 100 km, manakala emisi karbonnya berkadar 147 g/km.Dari sudut ruang interior pula, tumpuan diberikan ke atas ambien serba moden serta reka bentuk yang mewah, ia membawakan kemasan trim dalam Aluminium Tetragon berserta dengan kemasan trim bersorotan dalam Pearl Chrome yang menghiasi kabin jentera ini. Dimensi yang baharu menyaksikan ruang kepala yang berukuran 4 mm lebih tinggi berbanding BMW 330i M Sport, serta penambahan sebanyak 42 mm bagi ruang kaki disediakan untuk penumpang di belakang –keluasan yang benar-benar menyelesakan dan mewah. Ruang but jentera ini berkapasiti 480 liter, dinaik taraf dengan pakej kompartmen muatan.Dalam kokpit, pemandu disambut oleh stereng kulit M serta pedal M-specific. Taraf kemudahan juga dipertingkatkan dengan fungsi anti silau automatik yang melengkapi cermin interior dan eksterior, termasuk pelarasan kerusi elektrik dengan fungsi memori untuk pemandu.

Turut menjadi tumpuan di dalam ruang interior BMW 330Li M Sport ialah hamparan lantai velor, lampu ambien dengan 11 gubahan pencahayaan, penyaman udara automatik dengan tiga zon, dan sistem pembesar suara HiFi untuk membekalkan hiburan ketika memandu. Sistem Comfort Access yang juga ditawarkan sebagai standard menyediakan kemudahan tambahan bagi pemilik jentera BMW 330Li M Sport ini.Sistem maklumat hibur, navigasi, dan paparan pemandu dalam BMW 330Li M Sport yang sulung hadir dalam bentuk BMW Live Cockpit Professional dengan paparan instrumen digital bersaiz 12.3 inci, berserta BMW Navigation System Professional dengan paparan sentuh 10.25”. Panel instrumen bermaterialkan Sensatec dan Galvanic Embellishers bagi komponen kawalan memberi sentuhan tambahan kepada ambien ruang interior yang serba eksklusif, maka ciri kefungsian dan kemewahan dapat disinambungkan.Untuk memperkayakan lagi ciri-ciri kemudahan dan bantuan, BMW 330Li M Sport yang sulung membawakan Kawalan Luncur (Cruise Control) dengan fungsi pembrekan, Bantuan Parkir dengan cermin pandang belakang, serta sistemKeselamatan Pejalan Kaki Aktif BMW (BMW Active Pedestrian Safety). Bantuan Memandu juga hadir sebagai standard dan merangkumi fungsi-fungsi seperti amaran pengeluaran laluan, amaran penukaran laluan, amaran perlanggaran hadapan, amaran rentas trafik sertapencegahan perlanggaran belakang. Fungsi Panggilan Kecemasan Pintar pula dapat dimanfaatkan untuk memperoleh bantuan pada bila-bila masa. Pemilik kini dapat menikmati interaksi digital dengan BMW 330Li M Sport yang bertaraf lebih tinggi melalui aplikasiMy BMW App yang baharu, ia menawarkan akses mudah ke atas pelbagai perkhidmatan berjarak jauh, navigasi, dan fungsi e-mobiliti. Aplikasi ini akan menggantikan BMW Connected menjelang Julai 2021, dan kini boleh untuk dimuat turun di telefon pintar Android dan iOS.BMW 330Li M Sport yang sulung ditawarkan dalam dua warna –Mineral White dan Carbon Black. Upholsteri Leather Vernasca dalam warna Mocha dengan sulaman hitam menyempurnakan kedua-dua warna eksterior yang ditawarkan.BMW 330Li M Sport yang sulungdisediakan di semua pusat pengedaran BMW yang bertauliah di seluruh negara mulai 16 Julai 2021. Bagaimanapun, sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang terkini, rangkaian pusat wakil pengedar kami akan ditutup dan para pelanggan digalakkan untuk membuat kunjungan dalam talian bagi melihat BMW 330Li M Sport yang sulung melalui platform BMW Shop Online di https://shop.bmw.com.my/. Para pelanggan juga boleh menghubungi wakil pengedar pilihan masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Program pembiayaan dinamik. Dengan ‘Balloon Financing Plan’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW 330Li M Sport yang sulung boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM 3,078.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).Pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh.Pemilik jentera BMW 330Li M Sport yang sulung juga dapat merasai Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:•Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma•Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW•Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ -BMW Privileges Card•Servis Dalam Talian BMWHarga jualan bagi BMW 330Li M Sport yang sulung berserta dengan pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans) ialah:BMW 330Li M SportTerbaharuRM 277,164.22-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *