BMW Malaysia mengemukakan BMW M4 Competition Coupé Baharu dengan M xDrive dan BMW 430i Coupé M Sport Pro Baharu, membawakan sentuhan moden dan pembaharuan kepada model terkini coupé dinamik jenama tersebut. Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Komitmen kami untuk memberikan pengalaman pemanduan yang tiada tandingan kepada pelanggan Malaysia kekal teguh, baik di jalan raya mahupun litar lumba. Kami teruja menantikan model-model baharu ini mendefinisikan semula segmen mereka di Malaysia seperti yang dilakukan di pentas global.
BMW M4 Competition Coupé Baharu dengan M xDrive merupakan bukti keunggulan kejuruteraan kami, menawarkan pengalaman prestasi eksklusif yang telah diuji dengan teliti di Nürburgring. Manakala, BMW 430i Coupé M Sport Pro Baharu pula terus menyerlah dengan garis dinamik ikonik dan pembahagian yang elegan, menggambarkan gabungan sempurna antara gaya sporti dan sofistikated yang mencerminkan jenama BMW.”
BMW M4 Competition Coupé dengan M xDrive, yang terkenal dengan kejuruteraan berprestasi tinggi dan keunggulan sejarahnya dalam sukan permotoran, telah secara konsisten menetapkan tanda aras baharu dalam pemanduan dinamik merentas generasi, dengan gabungan kuasa dan ketepatan dalam pengendalian.
BMW M4 Competition Coupé Baharu dengan M xDrive kini bukan sahaja dipertingkatkan reka bentuknya tetapi juga kuasanya. Begitu juga dengan BMW 4 Series Coupé generasi kedua, diraikan atas gaya sporti dan elegan, menjadikannya asas kepada rangkaian coupé jenama BMW.
Kini pada tahun 2024, penambahbaikan yang komprehensif terhadap BMW 430i Coupé M Sport Pro terbaharu menyaksikan reka bentuk pencahayaan luaran dimodenkan dengan warna baharu dan reka bentuk tayar, serta kemasan dalaman yang menonjolkan ciri sofistikated dan karakter sporti coupé. Kedua-dua model ini menampilkan Paparan Melengkung BMW yang elegan, di samping membawakan pengalaman digital yang intuitif menerusi Sistem Operasi BMW 8.5.
BMW M4 Competition Coupé Baharu dengan M xDrive.
BMW M4 Competition Coupé Baharu dengan M xDrive memancarkan dinamik dan daya tarikan premium yang menakjubkan pada pandangan pertama, dengan penambahbaikan terkini pada kenderaan yang menekankan pada karakternya yang berorientasikan prestasi.
Ciri tersendiri model terbaharu ini terletak pada bahasa reka bentuk baharu yang digunakan untuk lampu hadapan LED adaptif dengan bantuan pancaran tinggi, yang memastikan pencahayaan jalan di hadapan yang konsisten dan ketika di selekoh. Garis bayang lampu M dan garis bayang berglos tinggi M dengan ciri tambahan menyerlahkan lagi elemen reka bentuk baharu BMW M4 Competition Coupé Baharu dengan M xDrive.
Dari sisi, penampilan BMW M4 Competition Coupé Baharu dengan M xDrive dihasilkan lebih sporti dengan tayar 19-inci/20-inci M gaya double-spoke 826 M Black bersaiz, dilengkapi dengan brek M Compound berwarna merah berkilat. Menggabungkan nilai estetik dan fungsi, brek tersebut memberikan kuasa henti yang luar biasa, walaupun dalam keadaan basah, disebabkan reka bentuknya yang ringan dan berventilasi.
Begitu juga dengan bumbung gentian karbon yang sporti menjadikan kenderaan ini lebih ringan, yang membolehkan kestabilan, ketepatan, dan pengendalian yang lebih baik. Ssebagai standard, BMW M4 Competition Coupé Baharu dengan M xDrive didatangkan dengan grafik M dicat unik dalam warna merah berglos tinggi atau hitam berglos tinggi, memberikan satu lagi ciri perbezaan berbanding model terdahulu. Sebagai pilihan tambahan, BMW M4 Competition Coupé Baharu dengan M xDrive turut dilengkapi dengan lampu belakang laser yang tersendiri, pertama kali ditampilkan dalam BMW M4 CSL, untuk mencapai daya tarikan yang lebih hebat.
Untuk rekaan dalaman pula, BMW M4 Competition Coupé Baharu dengan M xDrive membawakan panel instrumen yang mewah, serta stereng kulit M tiga jejari yang diperbaharui, di samping memperkenalkan bahagian bawah yang rata dengan penanda jam 12. Tali pinggang keledar M menghiasi tempat duduk M Sport, yang dilengkapi dengan sokongan lumbar, pelarasan tempat duduk elektrik dengan fungsi memori, serta pemanas tempat duduk untuk pemandu dan penumpang hadapan.
Di bahagian hadapan terdapat Paparan Melengkung BMW, yang mengintegrasikan paparan instrumen 12.3 inci dengan paparan kawalan 14.9 inci, semuanya dikuasakan oleh sistem operasi BMW 8.5 yang canggih. Sistem ini meningkatkan keupayaan digital dengan antara muka khusus M yang emotif. Kemasan trim dalaman M dalam Carbon Fibre, bumbung dalaman M berwarna hitam, kemasan galvanik untuk butang kawalan, serta lubang udara tengah dan sisi, meningkatkan lagi reka bentuk dalaman yang canggih dan dinamik.
Turut disertakan sebagai standard adalah pakej cermin dalam dan luar, cermin pandang belakang dalam dengan fungsi anti silau automatik, sistem akses keselesaan, sistem pemuatan ekstra dan pakej kompatmen storan.
BMW M4 Competition Coupé Baharu dengan M xDrive mempunyai enjin petrol enam silinder sebaris BMW M TwinPower Turbo, sebuah kuasa 3.0 liter yang berputar tinggi, memberikan kuasa yang mengujakan dan bunyi M yang tersendiri. Eksklusif untuk sistem M xDrive, peningkatan kuasa sebanyak 15 kW/20 hp menyumbang kepada jumlah output 390 kW/530 hp. Hasilnya, pecutan dari 0 hingga 100 km/j kini hanya mengambil masa 3.5 saat, manakala 0 hingga 200 km/j hanya mengambil masa 11.8 saat. Dilengkapi dengan transmisi Steptronic Sport 8-kelajuan, ciri pembeza sukan M dan suspensi adaptif M sebagai standard, dinamik pemanduan yang luar biasa dijamin – sama ada di jalan raya atau di litar perlumbaan.
Daripada segi sistem bantuan pemanduan, BMW M4 Competition Coupé Baharu dengan M xDrive ini dilengkapi dengan Bantuan Pemanduan, kawalan pelayaran dengan fungsi brek, serta Bantuan Parkir Kereta Plus sebagai standard. Sejajar dengan DNA sukan permotoran BMW M4 Competition Coupé Baharu dengan M xDrive, M Drive Professional disertakan sebagai standard. Selain itu, sambungan ditawarkan dalam bentuk Profesional Kokpit Langsung BMW, Perkhidmatan ConnectedDrive, Pakej Sambungan Profesional, Panggilan Kecemasan Pintar, Telekhidmat dan Perakam Pandu BMW.
BMW M4 Competition Coupé Baharu dengan M xDrive juga menampilkan Apple CarPlay dan Android Auto, menjanjikan para pemandu akan pengalaman yang lancar semasa mengendalikan sistem maklumat hiburan mereka. Bukan itu sahaja, hiburan semasa di jalan raya juga dipertingkatkan melalui kehadiran sistem bunyi sekeliling Harman Kardon sebagai standard, yang menampilkan 16 pembesar suara dan penguat 464W, memastikan pengalaman audio yang tiada tandingan.
BMW M4 Competition Coupé Baharu dengan M xDrive menawarkan pilihan yang boleh diperibadikan dengan pelbagai komponen M Performance eksklusif untuk membantu mencipta penampilan yang lebih menakjubkan, di samping meningkatkan dinamik pemanduan. Pilihan tersebut termasuk spoiler belakang karbon M Performance untuk peningkatan ketara dalam pengendalian dinamik, sistem penyenyap titanium M Performance yang ringan untuk bunyi sukan permotoran yang tiada kompromi, serta peresap belakang karbon M Performance buatan tangan untuk penampilan yang lebih sporti.
Untuk BMW M4 Competition Coupé Baharu dengan M xDrive, pilihan warna luaran Alpine White, Black Sapphire, M Brooklyn Grey metalik dan Skyscraper Grey metalik dilengkapi dengan grafik M merah berglos tinggi. Manakala, grafik M hitam berglos tinggi tersedia untuk pilihan warna luaran Alpine White, M Sao Paulo Yellow, M Portimao Blue metalik, M Toronto Red metalik, Isle of Man Green metalik, M Brooklyn Grey metalik, Skyscraper Grey metalik dan Aventurine Red metalik. Pilihan upholsteri adalah Leather Merino dalam Yas Marina Blue/Black, Leather Merino dalam Silverstone/Black, Leather Merino dalam Kyalami Orange/Black and Leather Merino dalam Black.
BMW 430i Coupé M Sport Pro Baharu.
BMW 430i Coupé M Sport Pro Baharu menampilkan gril ‘kidney’ yang direka semula dengan kemasan luar berwarna hitam berglos tinggi, memberikan penampilan yang jauh lebih sporti pada kenderaan ini. Pengenalan ini adalah sebahagian daripada bahasa reka bentuk baharu yang juga meliputi Lampu Hadapan LED Adaptif dengan bantuan pancaran tinggi, kini menampilkan lampu nyalaan siang baharu yang tersendiri. Meningkatkan penampilan luaran coupé adalah kehadiran standard garis bayang M berglos tinggi dengan ciri tambahan dan pakej aerodinamik M.
Daripada sisi, BMW 430i Coupé M Sport Pro Baharu menampilkan tayar aloi ringan 19-inci M dalam gaya double-spoke 995 M Jet Black dengan ciri tayar gerak-kempis. Digandingkan dengan brek M Sport berwarna merah berglos tinggi, tayarnya mencuri perhatian sama ada ketika kenderaan bergerak atau berhenti. Pada bahagian belakang pula, lampu belakang laser yang sangat tepat adalah standard, menampilkan benang cahaya halus yang diterangi oleh laser dan tulisan lampu laser yang menghasilkan pandangan belakang yang tersendiri.
Beralih ke rekaan dalaman, BMW 430i Coupé M Sport Pro Baharu menampilkan stereng kulit M, dilapisi kulit Walknappa berwarna hitam dengan bahagian bawah yang rata, serta penanda jam 12 yang eksklusif. Manakala, Paparan Melengkung BMW yang memfokuskan pada pemandu dengan fungsi skrin sentuh merupakan titik tumpuan kokpit, menggabungkan paparan instrumen 12.3 inci dengan paparan kawalan 14.9 inci. Penampilan terapung paparan tersebut, berserta kemasan pencahayaan lata di tengah panel instrumen dan kemasan dalaman M dalam gentian karbon, menjadikan BMW 430i Coupé M Sport Pro Baharu kelihatan indah dan anggun.
Dilapisi dengan material Sensatec Perforated, tempat duduk Sport dalam standard BMW 430i Coupé M Sport Pro Baharu menawarkan keselesaan yang luar biasa dan dilengkapi dengan fungsi memori. Menambahkan kerapian rekaan dalaman adalah panel instrumen yang mewah, menampilkan bahagian atas yang dilapisi Sensatec hitam. Ciri standard lain adalah bumbung dalaman M berwarna hitam, pakej cermin dalam dan luar, cermin pandang belakang dalam dengan fungsi anti silau automatik dan karpet kereta velor, sistem akses keselesaan, sistem pemuatan ekstra dan pakej kompatmen storan.
Di jalan raya, BMW 430i Coupé M Sport Pro Baharu mencerminkan DNA gaya lasak dan keselesaan jenama BMW. Dicipta untuk pengendalian kenderaan yang tepat dan terkawal, setiap komponen disesuaikan dengan teliti untuk prestasi optimum. Ciri Variable Sport Steering meningkatkan pengendalian semasa pemanduan lasak dengan menyediakan kawalan stereng yang lebih tajam. Standard dengan pakej M Sport Pro, suspensi adaptif M menyesuaikan diri secara automatik dengan keadaan jalan dan gaya pemanduan. Hasilnya adalah ketepatan, ketangkasan dan keselesaan pemanduan digabungkan untuk mencipta pengalaman pemanduan yang harmoni. Selain itu, Kawalan Pengalaman Pemanduan menawarkan pemandu pelbagai tetapan, daripada pemanduan santai kepada lasak, memastikan pengalaman pemanduan yang diperibadikan.
BMW 430i Coupé M Sport Pro Baharu membawakan gabungan kuasa dan ketepatan dengan enjin petrol 2.0 liter empat silinder yang menghasilkan 190 kW/258 hp dan tork 400 Nm yang mengagumkan. Digandingkan dengan transmisi Steptronic Sport 8-kelajuan, BMW 430i Coupé M Sport Pro Baharu menawarkan peralihan gear yang lancar dan kawalan yang luar biasa. Bersama dengan konfigurasi pacuan roda belakang, BMW 430i Coupé M Sport Pro Baharu memberikan pengalaman pemanduan yang mengujakan dan lancar.
BMW 430i Coupé M Sport Pro Baharu menampilkan beberapa ciri digital yang direka untuk meningkatkan interaksi kenderaan, menjadikannya lebih intuitif, mudah dan efisien. Teras kepada pengalaman ini adalah Paparan Melengkung BMW yang dikuasakan oleh Sistem Operasi BMW 8.5, yang menawarkan skrin utama baharu dengan QuickSelect, iaitu widget baharu dan struktur menu yang dioptimumkan. Bekerjasama dengan kawalan suara melalui Pembantu Peribadi Pintar BMW, bantuan yang menyeluruh berdasarkan konteks situasi sentiasa tersedia buat pemandu.
Selain itu, Profesional Kokpit Langsung BMW disertakan dengan paparan hadapan Head-Up, yang menayangkan maklumat navigasi dan pemanduan terus ke ruang pandangan pemandu, manakala Pandangan Luas menggunakan teknologi realiti terimbuh untuk panduan laluan. Untuk sambungan yang lancar, BMW 430i Coupé M Sport Pro Baharu dilengkapi dengan telefoni yang ditambah baik dengan sambungan telefon pintar lanjutan, telekhidmat, Perkhidmatan ConnectedDrive, Pakej Sambungan Profesional, serta Apple CarPlay dan Android Auto. Turut dilengkapi sebagai standard adalah sistem bunyi sekeliling Harman Kardon yang mempunyai 16 pembesar suara dengan penguat 464W.
BMW 430i Coupé M Sport Pro Baharu dilengkapi sebagai standard dengan rangkaian komprehensif sistem bantuan pemandu, termasuk Pembantu Kepekaan yang memantau tingkah laku pemandu dan mencadangkan rehat apabila diperlukan. Pakej Pembantu Pemanduan menawarkan Amaran Keluar Lorong dengan kembali ke lorong, Amaran Perubahan Lorong dengan simbol amaran di cermin luar, Amaran Trafik Lintas Belakang, Amaran Perlanggaran Belakang dan Maklumat Had Kelajuan dengan penunjuk larangan memotong dan Bantuan Had Kelajuan Manual.
Ciri bantuan pemandu standard lain termasuk Kawalan Pelayaran Aktif dengan fungsi Berhenti & Jalan, Sistem Amaran Perlanggaran Hadapan dengan fungsi brek, Amaran Pejalan Kaki dengan brek perlahan dan Bantuan Brek Adaptif. Untuk kemudahan parkir kenderaan, Bantuan Memakir standard termasuk Bantuan Parkir, Bantuan Parkir Letak Sisi, Bantuan Kamera Undur, Bantuan Undur dan Kawalan Jarak Taman Aktif.
BMW 430i Coupé M Sport Pro Baharu ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna luaran, termasuk Alpine White, Black Sapphire, Mineral White metalik, M Portimao Blue metalik, Cape York Green, Fire Red metalik, Arctic Race Blue, M Portimao Blue metalik dan M Brooklyn Grey metalik. Pilihan upholsteri yang tersedia untuk BMW 430i Coupé M Sport Pro Baharu termasuk Sensatec Perforated Tacora Red, Sensatec Perforated Cognac dan Sensatec Perforated Black.
Program kewangan dinamik.
Dengan Pelan Pembiayaan Straight-Line daripada BMW Group Financial Services Malaysia, BMW M4 Competition Coupé Baharu dengan M xDrive boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan bermula daripada RM10,198.00, manakala BMW 430i Coupé M Sport Pro Baharu pula boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula daripada RM5,455.00 (berdasarkan anggaran 80 peratus jumlah pinjaman untuk tempoh tujuh tahun).
* Tertakluk kepada terma dan syarat.
Pengalaman pemilikan premium yang lengkap.
Pemilik BMW M4 Competition Coupé Baharu dengan M xDrive dan BMW 430i Coupé M Sport Pro Baharu akan menikmati pengalaman Pemilikan Premium BMW Group Malaysia yang menyeluruh termasuk:
-
- Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan BMW
-
- Servis Dalam Talian BMW
Harga jualan yang disyorkan (atas jalan, tanpa insurans) untuk BMW M4 Competition Coupé Baharu dengan M xDrive dan BMW 430i Coupé M Sport Pro Baharu adalah:
BMW M4 Competition Coupé Baharu dengan M xDrive | RM870,800.00 |
Tambahan Servis & Pembaikan Inklusif BMW* | RM47,800.00 |
BMW 430i Coupé M Sport Pro Baharu | RM465,800.00 |
Tambahan Servis & Pembaikan Inklusif BMW* | RM25,200.00 |
* Terdiri daripada Waranti Lanjutan 5 Tahun dan Pakej Servis |
Pelanggan boleh menghubungi pengedar sah BMW pilihan mereka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai BMW M4 Competition Coupé Baharu dengan M xDrive dan BMW 430i Coupé M Sport Pro Baharu. Maklumat lanjut mengenai kenderaan terbaharu dari BMW Malaysia boleh didapati di SINI.