Cyberjaya, 15 Jun 2020 – Sejak Gagasan Mobiliti Bervisi diperkenalkan enam tahun yang lalu, BMW Malaysia telah memacu strategi elektrifikasinya ke hadapan secara konsisten. Kini, pengeluar kenderaan premium ini bakal melangsungkan usaha mereka untuk membentuk Mobiliti Masa Hadapan industri automotif Malaysia menerusi fasa Joy.Electrified by i yang terbaharu.
Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia mengulas, “Kelestarian merupakan prinsip yang menunjangi BMW Group sejak dekad demi dekad, dan sentimen yang sama turut dicerminkan melalui komitmen kami di Malaysia. Kami berasa teruja untuk terus mengorak langkah dengan memperkenalkan satu lagi model elektrik yang baharu.”
Pada hari Rabu, 17 Jun 2020, jam 12:00 tengah hari, BMW Malaysia mempelawa warga umum untuk menyertai sesi rungkaian virtual yang sulung oleh pengeluar kenderaan premium ini menerusi pautan berikut:
Facebook: http://facebook.com/bmw.malaysia/live
YouTube: http://youtube.com/user/bmwMYS/live