BMW Group Malaysia baru sahaja menghoskan komuniti pemilik BMW R 18 untuk acara jelajah abad, yang menyusuri pusat bandar Kuala Lumpur, di mana lebih 45 pemilik dan peminat telah berhimpun bagi meraikan ulang tahun BMW Motorrad yang ke-100 pada tahun ini. Para pemilik BMW R 18 dari seluruh negara telah bertemu di bilik pameran wakil pengedar masing-masing pada sebelah pagi sebelum berlepas secara berkumpulan ke Hotel Stripes Kuala Lumpur, di mana pengalaman menjamu selera yang serba mewah telah menanti mereka.
Kini 100 tahun yang lalu, Ketua Pereka yang bernama Max Friz yang telah mereka bentuk motosikal BMW yang sulung, ia telah diperagakan untuk tatapan umum di German Motor Show pada tanggal 28 September 1923. Kehadiran beliau disusuli oleh para pereka, pelumba dan perintis lain yang turut sama menyahut seruan untuk mencabar status quo. Setahun kemudian, Rudolf Schleicher telah memainkan peranan yang utama dalam pembangunan enjin BMW R 37, iaitu model sport BMW Motorrad yang pertama. Hans A. Muth muncul sebagai pereka di BMW Motorrad buat julung kali pada tahun 1971 dan telah menterjemahkan citanya terhadap kelajuan di atas jalan raya dengan jentera superbike BMW Motorrad yang sulung pada tahun 1973.
Sehingga ke hari ini, BMW Motorrad terus ke hadapan dan tidak lekang menyuntik semangat ‘Make Life A Ride’ di seluruh dunia, turut giat membangunkan konsep-konsep kenderaan baharu yang berlandaskan teknologi dan rangkaian kuasa terkini bagi memenuhi keperluan penunggang yang pelbagai, untuk menerusi jentera urban berelektriknya, BMW CE 04 atau motosikal klasik seperti BMW R 18.