Kuala Lumpur, 16 November 2019 – BMW Group Malaysia sedang meraikan musim perayaan kali ini di Bangsar Shopping Centre mulai hari ini hingga 26 Disember, lantas memberikan warga umum peluang untuk memenangi barangan BMW yang eksklusif menerusi peraduan cabutan bertuah dan sesi pandu uji model-model BMW kegemaran mereka. Inisiatif tersebut juga berikhtiar untuk menunaikan permintaan Krismas kanak- kanak dari Shelter.
Para pengunjung dapat membantu menunaikan permintaan kanak-kanak tersebut dengan membeli item dari senarai yang disediakan dan meletakkannya di dalam kotak ‘Joy of Giving’ yang terkandung di dalam but jentera BMW X7 yang dipamerkan bersebelahan dengan La Bodega. Dengan berbuat demikian, mereka juga layak untuk menyertai cabutan bertuah dan menerima pembalut hadiah Krismas BMW yang eksklusif.
Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Sementara kita menghampiri pengakhiran tahun 2019, kami ingin memanjatkan ucapan terima kasih atas segala pencapaian yang dapat dilakar oleh BMW Group Malaysia pada tahun ini. Untuk mengongsikan kesyukuran ini dengan pelanggan-pelanggan kami yang setia, kami mempelawa mereka sempena bulan perayaan ini untuk berkumpul bersama kami di Bangsar Shopping Centre. Tahun ini adalah lebih unik kerana kami telah menjalin kerjasama dengan Shelter, iaitu rumah kebajikan kanak-kanak tempatan untuk menyebarkan Semangat Keihsanan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia.”
Sesi pandu uji turut disediakan di lokasi berkenaan bagi jentera BMW X3 dan BMW 530e. Pelanggan yang menyertai sesi pandu uji tersebut layak menyertai cabutan bertuah dan menerima pembalut hadiah Krismas BMW yang eksklusif. Para pelanggan juga boleh membawa pulang pembalut hadiah Krismas BMW yang eksklusif ini apabila mereka membeli barangan bernilai RM200 di Bangsar Shopping Centre.