BMW Group Malaysia Memperkenalkan Program Waranti Bateri Hibrid ‘Plug-In’ Terbaharu bagi kenderaan BMW dan MINI di Malaysia.

Kuala Lumpur, 2 Jun 2020 – BMW Group Malaysia telah menaik taraf pengalaman pemilikan premium bagi varian kenderaan hibrid ‘plug-in’ (PHEV) buat BMW dan MINI di Malaysia menerusi Program Waranti Bateri PHEV yang terbaharu.

Pengeluar kenderaan premium tersebut kini melanjutkan program waranti bateri PHEV mereka yang sedia ada bagi kenderaan BMW dan MINI dengan had tambahan berupa 2 tahun dan 60,000KM, sekali gus meningkatkan had keseluruhan program ini kepada 8 tahun/ 160,000KM (mana-mana yang dipenuhi dahulu). Program Waranti Bateri yang baharu ini juga ditawarkan sebagai opsyen lanjutan melalui Program Naik Taraf Selepas Jualan BMW dan MINI (BMW and MINI Aftersales Upgrade Programmes) bagi BMW 330e, BMW X5 xDrive 40e, BMW 530e dan MINI Countryman PHEV pada harga RM 2,200, serta BMW 740Le pada harga RM 7,600.

“Berlatarkan situasi semasa dan unjuran masa akan datang, maka kami di BMW Group Malaysia perlu memberi penekanan yang lebih tinggi ke atas ekosistem perniagaan kami menurut relevansi dan keperluan para pelanggan. Kempen semasa jenama-jenama kami memberi perhatian ke atas aspek ini, menjamin bahawa hanya pengalaman pemilikan yang terbaik dibekalkan kepada pelanggan sedia ada dan yang baharu, termasuk peminat-peminat jenama BMW dan MINI,” ujar Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia.

Sebut Hoelzl lagi, kempen yang sedia ada telah dirumus untuk menyuntik semangat para pelanggan di sebalik detik yang mencabar ini dengan cerapan yang optimistik setelah COVID-19 berjaya diatasi.

Program Waranti Bateri PHEV ini ditawarkan mulai sekarang sehingga 31 Disember 2020. Maklumat lanjut boleh didapati di https://bit.ly/BMWMY8YearWarranty.

Program-Program Pembiayaan yang Menarik oleh BMW Credit Malaysia.

Model-model terpilih, serta BMW 740Le yang dibeli sepanjang kempen tersebut akan diliputi oleh Insurans Motor Komprehensif BMW (BMW Comprehensive Motor Insurance) bertempoh 1 tahun secara percuma, termasuk Program Perlindungan Terunggul BMW (BMW Ultimate Protection Programme) bertempoh 1 tahun. Pemilik baharu jentera BMW 740Le juga dapat menikmati rebat tunai bernilai RM60,000, kadar pembiayaan yang rendah berjumlah 0.88% dengan BMW Straight Line Financing Solution, dan satu entri automatik dalam peraduan BMW i8 Coupe.

Selain itu, pemilik baharu BMW 740Le juga akan dihadiahkan BMW i Wallbox Plus dan BMW i AC Fast Charging Cable menerusi BMW i Wallbox Promo. Program waranti bateri ini turut disediakan untuk BMW 740Le sebagai pakej naik taraf Selepas Jualan dengan bayaran tambahan sebanyak RM7,600.

Pemilik-pemilik baharu layak menerima rebat tunai berjumlah RM5,000 hingga RM40,000 bagi pembelian BMW 740Le atau model-model BMW 3 Series dan BMW 5 Series yang terpilih. Tertakluk kepada terma dan syarat.

#TheJoyToCome.

BMW Malaysia juga telah memperkenalkan sebuah program berasingan dalam bentuk pelan ansuran bertempoh 3 bulan secara percuma bagi model-model BMW yang terpilih, menerusi BMW Straight Line atau Easy Drive Financing Solution, mulai hari ini sehingga 30 Jun 2020. Pemilik baharu dapat menikmati kadar pembiayaan yang menarik bermula daripada 0% dengan program ini. Rebat tunai berjumlah RM10,000 hingga RM30,000 turut ditawarkan, berserta dengan Program Perlindungan Terunggul BMW bertempoh 1 tahun secara percuma bagi model-model terpilih.

Pemilik baharu yang ingin memanfaatkan kempen ini hanya perlu membuat tempahan dengan bayaran pendahuluan minimum berjumlah 20% bagi BMW 740Le LCI, BMW X3 xDrive30i Luxury, BMW X1 sDrive20i, atau model-model BMW 5 Series dan BMW 3 Series yang terpilih. Untuk memudahkan urusan para pelanggan, permohonan juga boleh dibuat dalam talian bagi model-model kenderaan yang dinyatakan di atas melalui BMW Engage di https://www.bmwfs.my/.

Bawa Pulang BMW i8 Coupe Terbaharu.

Dengan pembelian BMW 740Le dari bilik pameran, pemilik diberi peluang secara automatik untuk memenangi jentera BMW i8 Coupe terbaharu. Di samping itu, pembelian BMW 530e M Sport, BMW 530e Sport, BMW 840i Gran Coupe M Sport atau BMW X6 xDrive40i M Sport melalui BMW Shop Online secara eksklusif akan memberikan para pelanggan dua entri dalam peraduan berkenaan.

MINIMISE.

Kempen MINIMISE oleh MINI Malaysia menawarkan kadar faedah menarik yang bermula daripada 0%, eksklusif untuk MINI Countryman Plug-In Hybrid, serta rebat tunai berjumlah RM16,000 dan bantuan bayaran ansuran sebanyak RM5,000. Pemilik baharu juga akan dihadiahkan MINI Public Charging Cable, berserta kad ChargeNow bagi mendapatkan akses pengecasan secara percuma selama setahun di mana-mana 309 fasiliti ChargeNow yang terletak di seluruh negara.

Kempen MINIMISE turut menawarkan bantuan pembayaran ansuran berjumlah RM3,000 hingga RM5,000 bagi pelbagai model jentera MINI, termasuk rebat tunai berjumlah RM8,000 hingga RM22,000.

Kempen BMW Group Malaysia berlangsung dari hari ini sehingga 30 Jun 2020. BMW Shop Online boleh dikunjungi melalui http://shop.bmw.com.my/, manakala MINI eShop dapat diakses melalui http://www.mini.my/MINIeShop.