Apabila bercerita tentang pengembaraan atau perjalanan dengan menunggang motosikal, kita pasti akan memilih jentera yang sesuai, jarak untuk ke suatu destinasi, masa perjalanan serta kos yang terlibat adalah antara perkara yang diambil kira. Oleh itu, kami di ENJIN DOTcom lebih tertumpu kepada perkongsian mengenai perjalanan ke tempat menarik dan juga kesesuaian jentera yang diuji untuk kegunaan peminat jentera dua roda di Malaysia umumnya.
BMW merupakan salah satu jenama yang terkenal dengan kemewahan dan kualiti. Jika terlihat seseorang menggunakan kenderaan berjenama BMW, pasti perkara yang terlintas di fikiran kebanyakan dari kita adalah samada pemiliknya bergaji besar atau pun seorang usahawan. Tak kiralah samada motosikal atau kereta jenama BMW.
Tetapi sekarang, persepsi ini tidak lagi terpakai. Hadirnya BMW G310 GS di pasaran dengan rekabentuk yang mirip abangnya yang lebih besar, R 1200 GS, membolehkan peminat motosikal BMW ini yang kurang berkemampuan untuk memiliki model yang lebih high-end, memiliki model ini sebagai permulaan. Jadi bila balik kampung dan orang bertanya, “Awak pakai motor apa sekarang?” Bolehlah menjawab dengan yakin, “BMW…”. Mau melopong orang mendengarnya.
GS dalam bahasa Jerman bermaksud, Gelände/Straβe (offroad/road) atau Gelände Sport mula diperkenalkan pada tahun 1980. Jadi kalau nampak model GS, faham-faham je lah kemampuannya. Ia boleh meredah jalan lasak atau jalan biasa. Sesuai bagi individu yang suka menunggang kemana sahaja atau ke kawasan pedalaman. Boleh jalan ikut suka.
Jadi, admin menguji G310 GS ini dengan short trip untuk menguji kemampuannya dengan destinasinya ialah Lembah Beringin. Bagi perjalanan di lebuh raya, G310 GS ini menampilkan keselesaan dalam tunggangan dengan baik. Pada kelajuan 130km/j, G310 GS ini sangat stabil. Ujian untuk tunggangan di lebuh raya memang ringkas dan straight to the point. Kuasa yang terhasil dari enjin silinder tunggal 313cc dengan 34hp tidak mengecewakan.
Sampai di persimpangan Bukit Beruntung, admin membuat keputusan untuk mengujinya dengan melalui jalan kampung pula. Dengan sistem suspensi bahagian depan jenis fork terbalik dan monoshock di bahagian belakang, kita merasakan bagai tiada jalan beralun dan dengan setiap selekoh yang dilalui, dirasakan bagai jalan itu aku yang punya, hehehe. Memang nampak tamak tetapi bila berpeluang menguji motosikal sebegini, boleh kata semua angle dan line kita layan. Bagi kurang sakit-sakit badan sebenarnya.
Sampai sahaja di Lembah Beringin, admin terus menuju ke Kolej Yayasan UEM untuk bertemu dengan beberapa orang pegawai yang juga kenalan admin. Mereka agak terkejut kerana sekarang BMW sudah menghasilkan sebuah motosikal yang boleh dimiliki dangan harga yang sungguh munasabah. Huruf B.M.W. itu yang penting.
Sememangnya apabila suatu jenama yang baharu dan jarang nampak di atas jalan raya, ia boleh membuatkan orang ramai memandang dan menimbulkan perasaan ingin tahu. Begitu juga lah keadaannya bila kami meletakkan G310 GS ini di kawasan umum, ramai yang menghampiri kerana berminat ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan mengenali model ini. Salah satu cara untuk lebih dekat dengan peminat motosikal adalah dengan menggunakan daya tarikan jenama itu sendiri.
Dikuasakan oleh enjin satu silinder sejukan cecair 313cc yang menghasilkan 34 HP pada 9,500 RPM dan 28 Nm tork pada 7,500 RPM dengan kotak gear enam kelajuan, BMW G310 GS ini mempunyai berat 169 kg. Panjang keseluruhannya 2,075 mm dengan lebar 880 mm dan tinggi 1,230 mm. Jarak antara roda ialah 1,420 mm dan ketinggian tempat duduk pula 835 mm.
Bagi penggunaan petrol pula dengan satu tangki penuh 11 liter masih berbaki 1/4 tangki selepas admin menamatkan perjalanan sejauh lebih kurang 200 kilometer. Jimat bukan?
Dengan harga bermula dari RM 29,900.00 (tanpa insurans dan termasuk GST), cukup untuk memikat sesiapa sahaja yang berkeinginan untuk memiliki sebuah motosikal jenama BMW. Tambahan pula, BMW juga ada menawarkan in-house credit bagi bakal pemilik jenama ini.
#bmw #bmwmotorrad #g310gs #enjindotcom #makelifearide #everydayadventure