Kuala Lumpur, 6 Mei 2022 – Bertunjangkan kredibiliti jenamanya yang berusia 150 tahun serta sejarah yang kaya melibatkan produk tayar jalan rayanya, BFGoodrich baru-baru ini telah melancarkan ‘BFGoodrich Advantage Touring’ – tayar jalan raya yang benar-benar berbaloi, dirumus untuk memberikan para pemandu keyakinan di atas apa jua jalan raya yang mereka susuri. Dipersembahkan sebagai barisan tayar yang ringkas bagi jentera sedan, pikap, van mini, dan CUV/SUV, BFGoodrich Advantage Touring menawarkan liputan pasaran yang menjangkau lebih 85% bagi lingkungan saiz dari 13 hingga 20 inci, hadir dengan 67 bilangan dimensi – termasuk 30 yang baharu.
Pengarah Urusan MICHELIN Malaysia, Oliver Biggart berkongsi, “BFGoodrich Advantage Touring mensasarkan pemandu bergaya hidup aktif yang menginginkan alternatif yang lebih berbaloi serta keyakinan untuk meneroka dunia urban. Tayar yang baru dilancarkan ini mencuri perhatian dengan penawaran saiznya yang ekstensif, di samping prestasi dan estetika yang dinaik taraf. Bukan itu sahaja, ia turut didatangkan dengan waranti pengeluar bertempoh 6 tahun, menawarkan pengguna nilai yang hebat dengan kualiti bertaraf premium.”
Ciri-ciri utama BFGoodrich Advantage Touring meliputi:
- Estetika dan prestasi bunyi hingar yang dinaik taraf, disumbang oleh reka bentuk bunga tayar baharu yang serba dinamik dan ringkas, di samping corak bunganya yang tidak berarah dan tidak bersimetri dengan tapak yang dioptimumkan menggunakan komputer bagi mengurangkan bunyi hingar kabin interior kenderaan.
- Dijuruterai untuk pengendalian dan pembrekan yang lebih cemerlang dalam apa jua situasi, reka bentuk bunga tayar tidak bersimetrinya menampilkan blok dan bahu serba tegar yang membekalkan daya pengendalian serta kawalan yang responsif, di samping blok bunga bersaiz besar dengan aluran yang dalam membawakan prestasi pembrekan yang luar biasa biar dalam kondisi jalan raya basah mahupun kering, tidak lupa juga bentuk tayar yang diilhamkan oleh sukan perlumbaan atas jalan yang diceburi BFGoodrich.
- Ciri kedalaman yang memberi keyakinan kepada pemandu sepanjang hayat tayar ini, dan ia disumbang oleh teknologi jalur saling mengunci yang mengurangkan geseran dan pembentukan haba, sekali gus mengurangkan penggunaan bahan api; di samping lapisan kontak teroptimum yang dirumus khas untuk pasaran dengan cuaca panas yang ekstrem.
Kini tersedia di pusat pengedaran BFGoodrich yang bertauliah di seluruh negara, BFGoodrich Advantage Touring hadir dalam 67 saiz tayar (diberi penarafan kelajuan H, T, dan V) dalam lingkungan 13 hingga 20 inci. Untuk maklumat lanjut dan gambar, sila layari https://www.bfgoodrich.com.my/auto/tyres/bfgoodrich-advantage-touring.