PULAU PINANG 12 MAR 2020 Mforce Bike H oldings Sdn. Bhd. hari ini mengumumkan warna terbaru untuk B enelli TNT135 SE . Warna Hijau (Striking menjadi pilihan warna terbaru hadir dengan dua variasi berbeza tampak lebih menarik dan bergaya .
Seperti yang diketahui Benelli TNT135 SE ini adalah motosikal yang mempunyai reka bentuk yang cukup menarik Mempunyai saiz yang kecil tetapi t ampil dengan ciri-ciri seperti m otosikal bersaiz besar. Mem punyai ketinggian 1,025mm dan panjang 1,750mm menjadikan motosikal ini tidak dilihat kecil dan setanding dengan motosikal kapcai yang lain.
Model yang dilengkapi dengan enjin empat lejang berkapasiti 1 35 cc ini turut dikuasakan oleh enjin suntikan bahan ba kar yan g mematuhi piawaian emisi EURO 4 Dengan kuasa enjin ini, Benelli TNT135SE mampu menghasilkan 13 kuasa kuda pada 9000 rpm.
Selain dari itu, Benelli TNT135 ini mengekalkan tangki 7 .2 liter dan antara motosikal yang mempunyai tangki minyak yang besar berbanding motosikal k apchai. Saiz dan rekabentuk yang aerodinamik juga mampu membantu memudahkan penungang menunggang di kawasan sekitar Model ini juga mempunyai penyerap hentakan terbalik bersaiz 41mm yang juga digunakan oleh model motosikal berkapasiti besar Benelli
Bakal pemilik Benelli TNT135 bertuah kerana motosikal ini tampil dengan butang dan panel meter yang lengkap seperti moto berkuasa tinggi dan lampu LED di bahagian hadapan yang cukup terang. Versi baharu ini kini dilengkapi sistem brek ca kera bersaiz 22 0mm bersama angkup dua piston di hadapan dan 190 mm bersama angkup satu piston di bahagian belakang untuk meningkatkan ciri keselamatan ketika menunggang diatas jalanraya.
Benelli TNT135 SE ini hadir dengan dua edisi iaitu edisi biasa dan ed isi khas. Untuk edisi biasa d ijual pada harga RM 8, 190 .00 . Untuk Edisi Khas, TNT135SE tampil dengan aksesori dan dijual pada harga RM10 088 Tidak termasuk insurans dan cukai jalan ) Versi terbaru ini akan mula memasuki pasaran tempatan dalam jangka masa terdekat dan boleh didapati di semua pengedar Benelli di seluruh Malaysia.