Apollo Merasmikan Pembukaan Pusat Servis Zon Trak Tayar Pertama di Asia Tenggara

Trak Tayar Zon Pertama untuk Apollo Tyres tersebut menawarkan kemudahan dan servis yang canggih termasuk penjajaran tayar untuk lori dan treler, pengimbangan tayar

Johor: Apollo Tyres, salah satu pengeluar tayar terkemuka di dunia telah merasmikan Zon Trak Tayar Zon Apollo (Apollo Truck Tyre Zone – ATTZ)di Malaysia, sebuah pusat sehenti untuk tayar kenderaan komersial. Pembukaan pusat baharu ini sejajar dengan fokus Apollo Tyres untuk memberikan pelanggan mereka akses kepada pelbagai kemudahan profesional yang ditawarkan.

Lengkap dengan teknologi automotif yang moden, pusat tersebut akan diuruskan oleh Sin Chu Hin, salah seorang perintis dan pakar di dalam industri tayar di selatan Malaysia. Gabungan ini, yang pertama untuk Apollo Tyres di luar India akan membolehkan produk dan perkhidmatan berkualiti dimanfaatkan ke pasaran Malaysia di samping memberikan nilai tinggi untuk para pelanggan.

Bercakap di perasmian Zon Trak Tayar Apollo di Malaysia, Satish Sharma, Presiden, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika, Apollo Tyres Ltd berkata, “Apollo komited untuk menawarkan produk dan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan kami. Pusat servis trak yang canggih ini menggabungkan pengalaman luas Apollo berkaitan trak dan bas dengan pengalaman 80 tahun Siu Chu Hin dalam pasaran tempatan. Ini dapat memberikan pelbagai servis dan solusi untuk para pelanggan kami di Malaysia dan mengukuhkan lagi keazaman kami untuk komited dalam industri automotif di Malaysia.”

Selain daripada memberi cadangan yang berasaskan aplikasi untuk tayar, ATTZ akan dilengkapi dengan alatan canggih termasuk mesin penjajaran tayar berkomputer untuk trak dan treler, penukar tayar automatik dan akan turut menawarkan perkhidmatan yang menyeluruh berkaitan tayar untuk trak dan bas. Servis ini dijangka akan mengurangkan kos penyelenggaraan pelanggan serta menjimatkan penggunaan minyak. ATTZ juga mempunyai pusat latihan untuk membimbing pelanggan dalam membuat keputusan dalam pembelian tayar yang sesuai untuk mereka.

“Ini adalah peluang keemasan untuk kami, khususnya di Batu Pahat – salah satu destinasi perniagaan yang semakin meningkat di Semenanjung Malaysia terutamanya untuk perniagaan tayar trak kami. ATTZ adalah antara pusat servis trak yang pertama, dan kami merancang untuk mengembangkan rangkaian ini dengan rakan-rakan perniagaan kami di rantau ASEAN,” tambah Shubhro Ghosh, Ketua Kumpulan ASEAN, Timur Tengah dan Afrika Apollo Tyres.

Sempena pelancaran zon trak tayar tersebut dan musim perayaan Hari Raya yang bakal tiba, Apollo Tyres menawarkan para pelanggannya baucar dengan setiap pembelian tayar lori. ATTZ turut menawarkan pakej servis istimewa untuk semua jenis tayar kenderaan komersial dalam pasaran.

Pusat servis akan dibuka dari Isnin hingga Sabtu, 9 pagi hingga 7 malam untuk memenuhi permintaan pelanggan terutamanya bagi mereka yang datang daripada jauh. Untuk membuat janji temu atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang servis dan kemudahan yang ditawarkan, anda boleh menghubungi ATTZ di talian 07 – 4152682 atau kunjungi mereka di No 2, Jalan Kolek, Kawasan Perindustrian Tongkang Pecah, 83010) BatuPahat, Johor.

GALERI