Castrol Bekerjasama dengan Liga Perdana Inggeris untuk Perjanjian Penajaan Eksklusif

Castrol,salah satu daripada syarikat pelincir automotif terkemuka di negara ini telah menandatangani sebuah perjanjian penajaan eksklusif dengan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk tempoh 2 setengah tahun, yang bermula pada Januari 2022.

Penajaan antarabangsa ini dibina atas kejayaan penajaan bola sepak oleh Castrol sebelum ini seperti Piala Dunia FIFA dan Kejohanan Eropah UEFA. Sebagai liga bola sepak paling banyak ditonton di seluruh dunia, EPL disiarkan di 212 wilayah ke 643 juta rumah, dengan potensi tontonan 4.7 juta penonton.

Penajaan ini dan acara serta kempen sampingan dijangka akan meningkatkan lagi kedudukan Castrol sebagai sebuah jenama yang terkenal di kalangan penonton antarabangsa dan mewujudkan kesedaran mengenai rangkaian pelincir berprestasi tinggi Castrol yang versatil. Menerusi penajaan ini, Castrol menyasar untuk mengetengahkan perniagaan perkhidmatan dan penyelenggaraannya yang sentiasa berevolusi dan menyediakan ruang untuk para pelanggan berinteraksi dengan dua perkara yang paling diminati mereka iaitu, automotif dan bola sepak.

Castrol Malaysia akan menganjurkan pelbagai acara bagi memantapkan kehadiran digital mereka, termasuk peraduan dan aktiviti-aktiviti pada setiap dua minggu. Para peserta boleh berkongsi pembikinan semula detik bola sepak yang tidak dapat dilupakan di dalam platform media sosial mereka di sepanjang tempoh pertandingan Castrol EPL Original Moment. Untuk aktiviti yang diadakan pada setiap dua minggu pula, para pengguna media sosial akan diberikan soalan dan permainan yang berkaitan dengan perlawanan bola sepak. Ini akan mewujudkan ruang dalam talian yang menarik minat, menyeronokkan dan interaktif untuk para peminat menguji kemahiran bola sepak mereka.

Selain daripada itu, kempen di lapangan turut akan diadakan di sepanjang tahun dengan mematuhi SOP yang ditetapkan. Di antara acara yang bakal diadakan ialah jelajah Castrol X EPL Rover eksklusif ke lokasi-lokasi utama di seluruh negara bagi mempromosikan pertandingan Castrol Game Changers yang akan berlangsung dari Mei hingga September 2022.

Susulan pertandingan Castrol Game Changers, 20 pengguna bertuah (bersama-sama dengan pasangan mereka) akan dipilih untuk menyertai cabaran The Race Off, yang akan diadakan di sebuah hotel. 8 pasukan terbaik yang memenangi cabaran The Race Off akan meneruskan persaingan ke peringkat seterusnya dan peringkat akhir pertandingan ini, iaitu perlawanan futsal 2 lawan 2. Dua pemenang hadiah utama akan menerima 4 tiket untuk menyaksikan perlawanan EPL secara langsung di England pada 2023.

Tahun ini adalah tahun yang bersejarah bagi Castrol Malaysia, dengan pelbagai sambutan dijadualkan akan berlangsung di sepanjang tahun ini. Castrol Hari Mekanik Malaysia kembali dengan acara yang lebih besar untuk tempoh empat tahun berturut-turut pada 18 Mac 2022, sejajar dengan penajaan EPL untuk pelbagai aktiviti di sepanjang tahun ini. Tahun ini, Castrol Auto Service (CAS) juga meraikan ulang tahunnya yang ke-20 di Malaysia, dengan pelbagai promosi dan tawaran menarik untuk para peminatnya di Malaysia.  “Ini adalah era yang paling menarik untuk Castrol Malaysia dan Singapura. Penajaan ini menjadi satu lagi detik bersejarah dalam senarai kejayaan Castrol yang panjang, terutamanya kerjasama kami dengan organisasi bola sepak di seluruh dunia. Kerjasama ini akan mengetengahkan lagi rangkaian produk dan perkhidmatan Castrol kepada para penonton dan menjadi platform untuk kami berinteraksi dengan mereka di samping menghargai mereka kerana sentiasa setia bersama-sama dengan kami selama ini. Kami berasa amat gembira kerana dapat memulakan sambutan ini tidak lama lagi.” Kata Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia & Singapura, Keow Mei-Shan