Volvo Car Finance meletakkan keutamaan tertinggi pada perkhidmatan pelanggan dan kepuasan dengan tawaran yang direka untuk memberikan pengalaman premium Volvo.
Kelebihan utama Volvo Car Finance termasuklah:
- Kadar faedah serendah 1.88% setahun (setara dengan kadar rata) untuk semua kenderaan Volvo bagi semua tempoh pembiayaan;
- Tempoh pembiayaan sehingga sembilan tahun, dengan jumlah kemudahan maksimum sebanyak RM500,000;
- Pilihan untuk memasukkan Pakej Penyelenggaraan dan Aksesori Prabayar ke dalam kemudahan pembiayaan;
- Kemudahan yang serupa dengan pinjaman perumahan atau pembiayaan yang membolehkan pengurangan baki pokok dan caj keuntungan
Charles Frump, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, berkata: “Dengan kadar pembiayaan menggalakkan dan ansuran bulanan, memiliki kenderaan Volvo tidak pernah semudah sekarang bagi rakyat Malaysia. Melalui Volvo Car Finance, kami memperkasakan pelanggan kami untuk merasai pengalaman pemilikan peribadi mereka, kerana Volvo terus menawarkan kemewahan yang direka untuk keselamatan dan kemampanan – semuanya adalah keperluan pelanggan yang arif hari ini.”
Volvo Car Malaysia memperkenalkan Volvo Car Finance melalui perkongsian dengan RHB Bank Berhad (RHB). Ia termasuk pengurangan baki pembiayaan yang memanfaatkan kadar berubah dengan faedah yang disemak semula ke atas jumlah tertunggak, untuk memberi manfaat kepada pelanggan yang ingin melabur lebih banyak dalam pembayaran prinsipal mereka.
Jeffrey Ng, Pengarah Urusan Komuniti Kumpulan di Kumpulan Perbankan RHB, menambah: “Kami teruja dengan apa yang bakal dibawa oleh perkongsian ini dan berharap untuk menyokong pelanggan Volvo dengan fleksibiliti memiliki kenderaan Volvo yang mereka inginkan dengan menawarkan mereka kadar keutamaan.”
Untuk butiran lanjut mengenai Volvo Car Finance, sila layari www.volvocars.com/my atau hubungi mana-mana pengedar sah kereta Volvo berhampiran anda.
Volvo Car Finance tersedia di semua pengedarnya.