Caltex, yang dipasarkan oleh Chevron Malaysia Limited (CML), berbangga untuk mengumumkan cabaran TikTok #Caltexunstoppablestar, dengan kerjasama Def Jam Asia Tenggara dan Universal Music Group for Brands. Dianjurkan untuk memberi inspirasi kepada pemuzik dan peminat di seluruh Malaysia untuk menyerlahkan kreativiti masing masing, para peserta berbakat juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik seperti iPad 10.2-inci, Kad Caltex StarCash bernilai RM500 dan minyak enjin Caltex Havoline Fully Synthetic ECO Series. Cabaran yang bermula dari 18 Februari 2022 hingga 21 April 2022 ini meraikan keseronokan memandu dan kebebasan dalam perjalanan kami. Sambutan yang diterima setakat ini sangat menggalakkan, dengan lebih 800 juta tontonan di TikTok.
Untuk cabaran ini, sebuah lagu rap 60-saat telah digubah dan diterbitkan bersama oleh SonaOne untuk Caltex, dan dipersembahkan oleh artis dari tiga negara, iaitu Malaysia, Thailand dan Filipina. Rap tersebut dibahagikan kepada empat bahagian selama 15 saat, setiap satu dengan tahap kelajuan dan kesukaran yang lebih tinggi. Dengan menambah penapis AR TikTok, pengguna boleh rap bersama-sama dan mencipta video rap tersendiri untuk menyatakan bahawa tiada apa yang boleh menghalang mereka daripada menikmati perjalanan mereka. Lagu ini sangat menarik dengan rap gaya bebas membelit lidah, mengingatkan orang ramai betapa seronoknya memandu. “Menerusi cabaran TikTok #Caltexunstoppablestar anjuran Caltex dan Def Jam Asia Tenggara, pelanggan kami dan pengguna biasa boleh berhibur bersama kami, sama ada mendengar lagu di dalam kereta, dalam perjalanan atau dari keselesaan rumah sendiri. Mereka diingatkan bahawa mereka boleh terus memandu, tanpa perlu kerap berhenti untuk mengisi minyak yang akan memperlahankan perjalanan mereka,” kata Jay Gomez, Pengerusi Negara CML.
“Hip-Hop memang mempunyai pengaruh besar di rantau ini,” kata Calvin Wong, CEO Universal Music Group Asia Tenggara. “Dengan penglibatan beberapa artis rap terbesar di Asia Tenggara termasuk Joe Flizzow, Malaysia, Daboyway, Thailand dan Matthaios dari Filipina, kami teruja untuk melihat kreativiti peminat dan pengguna mempersembahkan lagu dengan gaya mereka tersendiri menerusi kerjasama ini. Serlahkan bakat #Caltexunstoppablestar anda sekarang Serlahkan bakat anda sebagai bintang harapan dengan menghasilkan video cabaran anda sendiri sambil mempersembahkan lagu rap unstoppable Caltex dan Joe Flizzow. Tunjukkan kreativiti dan kecanggihan anda dengan menambah penapis dan grafik berbeza ke dalam video menggunakan ekspresi wajah dan gerak badan menarik. Berikut ialah panduan untuk rujukan peserta cabaran:
1)Anda boleh mendapatkan pautan kepada lagu rap ini, menghasilkan video anda sendiri dan menyertai cabaran TikTok disini.
2)Peserta mesti menggunakan hanya kesan grafik (penapis) rasmi jenama #Caltexunstoppablestar dalam aplikasi TikTok, dan muzik yang dicipta untuk peraduan.
3)Video mesti dipaparkan di platform TikTok dan harus kekal sebagai video awam sehingga tarikh akhir peraduan.
4)Semua peserta hendaklah meletakkan hashtag rasmi #Caltexunstoppablestar dalam keterangan video.
5)Lagu rap penuh ialah selama 60 saat. Rentak semakin pantas setiap 15 saat, menjadikan tahap seterusnya lebih sukar. Peserta memilih tahap yang ingin dikuasai mereka: 1, 2, 3, atau 4 (rap tahap tertinggi).
6)Setiap 3 minggu, Caltex akan memilih 3 pemenang dengan ‘penyertaan paling kreatif’ yang akan memenangi hadiah.
7)Setiap pemenang akan membawa pulang iPad 10.2 inci, Kad Caltex StarCash bernilai RM500 dan minyak enjin Caltex Havoline Fully Synthetic ECO Series.
Joe Flizzow berkata: “Kami berbangga untuk bekerjasama dengan Caltex dalam lagu unik ini. Kami semua teruja untuk menyaksikan peminat menampilkan keajaiban rap luar biasa masing masing dalam cabaran muzik ini.” Cabaran TikTok #Caltexunstoppablestar juga akan berlangsung di Filipina dan Thailand. Maklumat mengenai peraduan boleh didapati di sini.