TOYOTA CATAT LONJAKAN JUALAN PADA SEPTEMBER

Dengan situasi pandemik Covid-19 yang perlahan-lahan bertambah baik serta kehidupan yang mula kembali normal, perniagaan juga memperlihatkan peningkatan dari sudut jualan. Dalam sektor automotif, yang telah dibenarkan untuk beroperasi semula sejak pertengahan Ogos lalu, jumlah pengeluaran kenderaan baru, yang dijual serta yang telah diserahkan mencatatkan peningkatan ketara pada September, bulan pertama syarikat beroperasi secara penuh sebulan.


UMW Toyota Motor (UMWT) mencatatkan jumlah jualan keseluruhan sebanyak 8,033 unit, naik 5,509 unit berbanding Ogos. Ini terdiri daripada 7,931 unit kenderaan Toyota dan 102 kenderaan Lexus. Jumlah ini juga 43% lebih tinggi berbanding bulan sama tahun 2020 yang hanya mencatatkan 5,605 unit kenderaan terjual.
Secara terkumpul, jualan semasa tahunan (year-to-date) bagi kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia mencecah 43,594 unit pada penghujung September. Bagi tempoh sembilan bulan yang sama pada 2020, jumlah keseluruhan tersebut hanya mencatatkan 25,978 unit. Ini menjadi petunjuk yang jelas terhadap situasi buruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada separuh kedua tahun 2020.


“Kami sangat senang melihat pasaran mula kembali kepada situasi normal, memandangkan tempoh beberapa bulan sebelum ini keadaannya sangat mencabar. Bilik pameran kami telah dibuka dan menerima kunjungan ramai pelanggan setiap hari, dengan tempahan juga semakin meningkat. Kesannya, jualan keseluruhan bagi September untuk Toyota dan Lexus melonjak tinggi sebanyak 223% berbanding bulan Ogos,” ujar Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. Beliau juga berkata, bahkan sebelum larangan pergerakan di mansuhkan, semua kemudahan syarikat ini telah disanitasi dan bersedia untuk menerima pengunjung dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan. SOP
berkenaan kini akan dipastikan pematuhannya sebaik mungkin di semua cawangan, sementara program diperingkat syarikat turut dilaksanakan bagi memastikan semua tenaga kerja sudah lengkap divaksin.

“Saya ingin meyakinkan semua pelanggan bahawa mereka akan selamat dan dilindungi ketika berkunjung ke bilik pameran atau pusat servis kami, dan pada masa sama kami juga akan mengingatkan mereka agar sentiasa mematuhi SOP. Ini termasuk mengimbas suhu badan dan mendaftarkan kunjungan mereka menggunakan aplikasi MySejahtera, serta menggunakan cecair sanitasi tangan dan pelitup muka sepanjang masa,” ujarnya.
Untuk mengalu-alukan semula kedatangan pengunjung ke bilik pameran seluruh negara, UMWT kini sedang menganjurkan promosi “Kunjung & Menang” dengan hadiah keseluruhan bernilai RM30,000 untuk dimenangi. Tiada pembelian yang perlu dibuat. Pelanggan boleh mengambil bahagian dengan cara berkunjung ke bilik pameran rasmi, ambil gambar dan muat naik ke media sosial (seperti Facebook dan Instagram) berserta kapsyen. Kemudian, maklumkan kepada UMWT URL hantaran terbabit agar ia boleh dinilai. 38 hadiah untuk dimenangi itu termasuklah hadiah utama iPhone 12 (64 GB), dua hadiah tempat kedua berupa TV Samsung 4K LED 55-inci dan dua hadiah ketiga berupa pengering rambut Dyson Supersonic. Hadiah saguhati pula terdiri daripada kerusi TT Racing Maxx untuk gaming, headphone Bose Quiet Comfort 35 tanpa wayar, papan kekunci gaming Kingston Hyper X, alat sanitasi udara mudah alih untuk kereta Philips dan kad Touch N’ Go kustom dengan nilai terisi sebanyak RM100. Semua yang berkunjung ke bilik pameran juga akan menerima Safety Kit (selagi stok masih ada).
Mereka yang merancang untuk membeli kenderaan baru Toyota pula boleh menikmati ansuran bulanan rendah dengan Toyota EZ Beli. Untuk pegawai kerajaan, UMWT juga ada program Jom Drive (dengan kerjasama Toyota Capital Malaysia) dengan manfaat istimewa dan sepilihan pelan pembiayaan. Permohonan (dengan dokumen sokongan) sangat ringkas dan akan diproses segera agar pembeli boleh menikmati kenderaan Toyota baru mereka dalam masa yang singkat.


“Pelanggan setia kami yang telah menyokong jenama ini sejak lebih lima dekad lalu juga tidak dilupakan. Kami kini mempunyai program kesetiaan Loyal-T dengan servis dan ganjaran yang lebih besar,” tambah Ravindran. “Program berkenaan memanfaatkan aplikasi mudah alih Toyota Drive untuk keselesaan pengguna dan memudahkan komunikasi dengan UMWT.” Dengan aktiviti perniagaan kini kembali normal, UMWT sedang sibuk mempersiapkan masa depan yang mengujakan dengan Teknologi Hibrid Elektrik. Model-model baru ini akan dilengkapi sistem janaan lebih cekap dengan pembebasan sisa pembakaran yang rendah serta lebih senyap.

“Kenderaan hibrid elektrik Toyota (HEV) kini dalam tahap paling maju, dan merupakan
penyelesaian segera dan paling ekonomik bagi pengeluaran pasaran massa dan jualan, terutama dari segi pengurangan pembebasan CO2, penggunaan praktikal dan penerimaan harga oleh pengguna. Kami sangat positif yang HEV adalah pilihan paling mudah diakses dan realistik untuk pelanggan di Malaysia dari sudut praktikaliti dan prasarana, serta mempunyai potensi besar di sini,” ujar Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyam 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *