TOYOTA TERUS MARA DENGAN TEKNOLOGI HIBRID ELEKTRIK DI MALAYSIA

UMW Toyota Motor merancakkan lagi industri automotif tempatan dengan
cara yang berimpak besar dengan pelancaran teknologi Hibrid Elektrik di Malaysia —praktikal, mampu milik, realistik dan juga segera. Ini tidak mengejutkan, memandangkan Toyota telah mempelopori teknologi berkenaan dengan lebih
daripada 18 juta kenderaan terjual setakat ini, melalui penawaran 45 model Kenderaan Hibrid Elektrik (HEV) yang tersedia ketika ini, termasuk empat kejayaan berturut-turut dalam perlumbaan Le Mans 24 Hours di bawah payung Toyota Gazoo Racing.
Teknologi hari esok telah tersedia hari ini, dan itulah setepatnya apa yang akan dikongsikan oleh UMW Toyota Motor bersama rakyat Malaysia dalam usaha untuk mengubah landskap automotif tempatan dan membawanya ke era baru dengan HEV.
Toyota merupakan antara pelopor terawal teknologi hibrid elektrik dan telah memajukannya lebih daripada 20 tahun lalu sejak pengenalan generasi pertama HEV pada tahun 1997.

MENGAPA HEV MERUPAKAN PENYELESAIAN PALING REALISTIK, SEGERA DAN PRAKTIKAL SEBAGAI JAMBATAN KEPADA ELEKTRIFIKASI KENDERAAN.


Penekanan Toyota ke arah elektrifikasi kenderaan membuktikan komitmennya untuk mencapai neutraliti karbon,sebuah topik utama yang turut dibincangkan ketika Sidang Kemuncak Pemimpin berkenaan Iklim pada April 2021, selari dengan usaha global untuk mencapai sifar pembebasan gas CO2 Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama berkata, untuk industri automotif, neutraliti karbon melibatkan proses yang sangat mencabar untuk memastikan sifar pembebasan CO2 boleh dicapai melalui kitaran hayat menyeluruh bermula dengan pengilangan, pengangkutan, janaan tenaga, mengisi minyak dan/atau mengecas serta kitar semula dan pelupusan kenderaan.

Bagi Toyota, mengendalikan semua cabaran ini untuk mencapai neutraliti karbon bermaksud ia memerlukan pendekatan yang lebih holistik. Antaranya adalah menawarkan kepada pengguna penyelesaian mapan yang menepati keperluan mereka yang pelbagai. Ini boleh datang dalam bentuk kenderaan hibrid elektrik (HEV); kenderaan bateri elektrik (BEV); kenderaan elektrik plug-in hybrid (PHEV) dan kenderaan elektrik fuel cell (FCEV), bergantung kepada apa yang terbaik untuk menepati polisi tenaga dan ketersediaan hal berkaitan di negara-negara berbeza.
Toyota juga giat berusaha ke arah pembangunan e-fuel yang diperbuat daripada hidrogen yang direka untuk memperbaiki kecekapan bahan api secara drastik.
Pelaburan masa depan terbaru oleh Toyota dalam pembangunan bateri dan bekalannya akan menyokong aspirasi jenama ini untuk bergerak kehadapan sejajar dengan sasaran jualan global yang ditetapkan, melibatkan kenderaan elektrifikasi daripada sejumlah lima juta unit kepada lapan juta unit menjelang tahun 2030.
“Untuk masa terdekat ini, kamisangat positif yang HEV menjadi pilihan realistik dan paling mudah dicapai untuk pelanggan di Malaysia dari segi praktikaliti dan prasarana, dengan potensinya yang juga sangat besar di Malaysia. Ia menjadi jambatan yang sangat realistik ke arah elektrifikasi kenderaan sementara usaha masih dijalankan untuk membolehkan BEV menjadi kenyataan, misalnya aspek pengurangan kos,
penambahbaikan campuran tenaga dan pembangunan prasarana,” ujar Takeyama.
Dari segi pembebasan CO2, kedua-dua HEV dan BEV mempunyai nilai yang hampir sama dalam proses pengeluaran kenderaan, janaan tenaga dan pemilikan bagi tempoh 10 tahun, menjadikan HEV sama berkesan dengan BEV, berdasarkan campuran tenaga semasa di Malaysia. “HEV Toyota ketika ini berada pada tahap termajunya, dan mempersembahkan dirinya sebagai penyelesaian yang paling realistik, segera, ekonomikal serta praktikal untuk pengeluaran pasaran massa dan jualannya dari segi pengurangan pembebasan CO2, penggunaan praktikal dan penerimaan harga oleh pelanggan.
“Ia juga tidak memerlukan pembinaan prasarana baru, misalnya stesen pengecasan, kerana kenderaan tersebut juga tidak perlu di cas dan menghapuskan sebarang keresahan yang mungkin ada dalam fikiran pengguna yang khuatir tentang had jarak pemanduan yang diberikan,” tambah beliau.


SISTEM HIBRID TOYOTA DIJELASKAN


Rakyat Malaysia ada banyak sebab untuk berasa teruja memandangkan teknologi hibrid elektrik ini menjanjikan pengalaman pemanduan yang berkuasa, maju dan pintar:
Dwi-kuasa: Menggabungkan enjin petrol yang cekap dengan dua motor elektrik, sinergi kedua-dua sumber tenaga itu memberikan kecekapan, pemanduan, prestasi dan jarak perjalanan yang banyak antara isian semula minyak. Sistem hibrid elektrik Toyota telah direka untuk menjadi kenderaan yang boleh diharap dengan ciri kekinian masa depan. Ia menawarkan kos bahan api lebih rendah, kawalan lebih baik dan tork segera, serta menjadi alternatif selari dengan aspirasi syarikat untuk mencapai neutraliti karbon menjelang tahun 2050. Untuk memperbaiki kecekapan penggunaan minyak ketika mula bergerak dan memecut, sama seperti yang biasa dialami dengan enjin pembakaran dalaman, sistem ini menggunakan motor elektrik yang menyediakan pecutan cekap dan berkuasa. Prestasi ketika bergerak pula dihantar secara automatik oleh kombinasi terbaik antara motor elektrik dan enjin petrol yang bertindak balas dengan keadaan
pemanduan. Sistem akan mematikan enjin secara automatik untuk mengelak pembaziran minyak ketika dalam keadaan pegun. Bekerja dengan lancar, sistem ini menghasilkan kecekapan minyak yang jauh lebih baik berbanding kenderaan enjin petrol dalam kelas sama.
Senyap: Memberi definisi baru terhadap tahap keselesaan dan prestasi, HEV Toyota tidak lagi perlu mengaum untuk menyatakan kehadirannya. HEV generasi barunya direka untuk menjadi sangat menyeronokkan untuk dipandu, menawarkan tahap lebih tinggi bagi prestasi, kepekaan, pecutan dan kendalian, dan dalam masa sama memberikan tahap lebih baik bagi aspek kebisingan, gegaran dan kekerasan (NVH).
Kenderaan tersebut boleh bergerak dengan senyap, misalnya dalam mod EV yang membolehkannya dipacu hanya menggunakan motor elektrik, dan tetap mampu menjadi lebih bertenaga dan menyeronokkan sekiranya pemandu inginkan pemanduan yang lebih jitu. Dibina untuk ketahanan: Dibangun berdasarkan reputasi Toyota yang menawarkan kenderaan supaya boleh diharap dan tahan lasak, generasi baru HEV ini mampu bertahan ketika diuji di hadapan masa, permukaan jalan dan jarak. Bateri HEV yang membekal kuasa kepada motor elektrik, dan akan dicas semula secara automatik ketika pemandu menekan brek, ketika pemandu melepaskan pedal pecutan atau ketika enjin petrol berfungsi. Sistem ini tidak memerlukan pengguna untuk menyambungkannya kepada stesen pengecas, sekaligus menghapuskan kerisauan berkaitan jarak pemanduan yang terhad. Bateri generasi keempat bagi Sistem Hibrid Elektrik Toyota juga telah direka untuk tahan sepanjang kitaran hayat kenderaan, dibangunkan untuk memuaskan lima parameter utama untuk kelegaan fikiran
— keselamatan, jangka hayat panjang, kualiti tinggi, produk kualiti tinggi yang mampu milik serta tahap prestasi yang tinggi. Kunci untuk mencapai katahanan dan prestasi bateri adalah dengan memahami bagaimana kenderaan digunakan dan keadaan bateri dalam situasi tersebut — sesuatu yang telah mampu diperbaiki oleh Toyota sepanjang tempoh berkenaan. Kurang pembebasan gas: Strateginya adalah untuk membangunkan kenderaan yang tidak hanya menghasilkan kurang pembebasan gas, tetapi untuk menerapkan proses dan teknologi baru untuk mengurangkan jumlah sumber dan tenaga yang diperlukan dalam pengeluaran kenderaan tersebut.
Ini diterjemahkan kepada mengurangkan jumlah dan kebergantungan terhadap bahan api fosil yang digunakan untuk menjana elektrik yang diperlukan untuk mesin beroperasi di kilang yang turut menghasilkan CO2. Jalan ke arah elektrifikasi kenderaan akan turut dilengkapi oleh usaha untuk menggantikan komponen kenderaan yang beroperasi menggunakan sumber tenaga konvensional. Dengan pengurangan bahagian bergerak, serta menghapuskan banyak komponen yang terdapat dalam
enjin pembakaran dalaman konvensional, turut membantu mencapai penjimatan minyak yang menakjubkan, kos pemilikan jadi lebih rendah dengan sampaian kuasa yang lancar, senyap dan meyakinkan.
Teknologi juara: Kemajuan teknologi akan terus diuji dengan cermat dan akan dibuktikan melalui penglibatan Toyota dalam sukan permotoran antarabangsa. Ini termasuklah acara tersohor seperti perlumbaan endurance Le Mans 24 Hours dan Kejuaraan Rali Dunia. Penglibatan ini adalah untuk menghasilkan kenderaan generasi baru yang dibina dengan prestasi tinggi dan tahan lasak, bukan hanya untuk pengguna harian, tetapi juga untuk juara dunia.

Sistem hibrid elektrik Toyota telah teruji melalui keadaan getir memandangkan jenama ini telah kembali menyertai perlumbaan sengit dan berprestij dunia, Le Mans 24 Hours pada 2012, dan menjadi jentara hibrid pertama Toyota yang mendahului perlumbaan dalam penampilan pertamanya. TS050 Hybrid Le Mans Hypercar muncul juara Le Mans 2018, 2019 dan 2020, serta memegang rekod sebagai jentera terpantas mengelilingi Circuit de la Sarthe Le Mans dengan jarak 13.626 km dengan catatan masa 3 minit
14.791 saat dalam kelajuan purata 251.9 km/j yang direkodkan pada tahun 2017. Tahun ini, Toyota bukan hanya kembali untuk memenangi Le Mans bagi tahun keempat berturut-turut, tetapi turut mencatat sejarah tersendiri dengan menyaksikan jentera GR010 Hybrid Le Mans Hypercar yang baru diperkenalkan mendominiasi perlumbaan di kedudukan pertama dan kedua.
“Kami memiliki teknologi yang betul, produk yang betul dengan sokongan infrastruktur dan polisi tenaga sedia ada. Kami berada dalam kedudukan ideal untuk menyumbang kepada cita-cita Malaysia untuk menjadi hab bagi teknologi maju dan mengurangkan jejak karbon. Ini akan menjadi peralihan yang penting ke arah memastikan polisi masa depan dan warganya ditempatkan dalam persediaan yang betul untuk menerima elektrifikasi kenderaan,” ujar Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.
Sertai kami dalam perjalanan yang mengujakan ini di toyota.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *