Harley-Davidson Pan America, sesuatu yang baru dalam dunia “adventure”

Harley-Davidson pasti akan semua penduduk dimuka bumi ini akan kenal dan membayangkan apa lagi bila bunyi motosikal yang akan menyebabkan penggera kereta akan berbunyi apabila melalui kawasan taman perumahan anda. Tapi tahukan semua bahawa kewujudan Harley pada asalnya adalah untuk pesaing kewujudan motosikal Indian pada tahun 1903. Mereka adalah musuh tradisi. Dengan rekabentuk motor besar (market heavyweight) motor “handle” tinggi, chopper, air cooled, dengan tayar depan yang diameternya besar memang rekabentuk tersendiri.  Motosikal Harley dan Indian ini akan bertanding dalam apa jua bentuk muka bumi pada zaman itu. Mereka akan berjumpa pada hujung minggu, di bar-bar dan berlumba untuk menunjukkan kehandalan sesama mereka. Budaya ini berterusan dan meningkat naik setelah tamat perang dunia ke 2 dimana askar-askar Amerika ini pulang selepas perang dan mula berhibur dengan menunggang motosikal. Motosikal Harley ini menjadi pilihan sehingga sekarang, menunggang Harley ini telah menjadi darah daging mereka ianya menjadi cara hidup orang Amerika.

Kini motosikal Harley-Davidson telah mengambil tindakan drastik untuk menambah deretan model-model mereka sedia ada kepada satu model “adventure touring”, ia benar!!!. Bolehkan Harley-Davidson setanding atau lebih pada model-model yang telah lama dalam dunia “adventure touring” seperti BMW GS, KTM Adventure, Triumph Tiger, Honda Africa Twin dan model-model lain? Harley dengan beraninya dan gaya Amerika yang sentiasa bangga dengan buatan mereka itu, telah melancarkan Harley Davidson Pan America 1250 “Adventure-Touring” pada 2021. Admin sempat mencuba di laluan wajib ketika PKP yang terhad untuk rentas, bermula dari Bandar Baru Bangi menghala ke Pantai Tanjung Sepat pada awal pagi, kebetulan pula sepanjang jalan hujan agak lebat, membolehkan ia diuji ketika hujan dan jalan basah, ianya tiada masalah bagi jentera ini.  Melihat akan motosikal ini depan mata, rasa macam tak upaya nak menunggangnya, macam berat. Tpi bila duduk, di atas motor seberat 254kg rasa macam biasa, terima kasih pada sistem yang ada pada motosikal ini yang membeolahkan ia turun dengan sendiri mengikut berat penunggang, hingga kaki kita boleh jejak ke tanah dengan selesa, ini juga membantu kita mengimbangi jentera dengan yakin. Bijak jugak mat saleh nie, ini memang boleh dipuji. Harley dengan bijaknya telah memperkenalkan Adaptive Ride Height  yang mana computer melalui ECU akan melaraskan ketinggian motor mengikut ukuran badan penunggang. Macam kereta mewah yang ada memory seat tu. Kita duduk jek penyelarasan akan dibuat secara auto mengikut ketetapan kita dengan pengenalan ID kunci kereta. .

Engine 1250 v-twin ini bila pulas masuk ke lebuhraya SKVE memang boleh rasa kuasa motosikal ini. Lagi-lagi bila mencecah 9000rpm. Mengikut spec Harley, Engine yang mempunyai 2 spark plug per selinder dan variable valve timing nie akan  menghasilkan 150hp dan 128Nm Torque dengan power 9500 rpm. Gear ke 6 memang selesa untuk crusing area 140-150km/j. Keluar jek persimpangan teluk penglima garang dan menghala ke banting, baru boleh tahu apa yang Harley-Davidson ini buat tercapai kemampuan ia. Semua pengguna jalan raya tahu macam mana jalan persisir pantai di Selangor bermula dari Bagan Lalang sehingga Sungai Besar macam mana. Entah mana silapnya, keadaan jalan-jalan ini masih lagi berlaku sehingga kalau kita menunggang motosikal atau kereta , kena lebih berhati-hati.  Kawasan ini memang sesuai untuk menguji sistem suspensi Pan Amarica ini. Tapi untuk kawan-kawan lain yang melalui laluan ini kali pertama, beringatlah. Disini memang sistem suspension Harley ini diuji. Untuk model baru Harley boleh dikatakan berjaya dalam membina sebuah model adventure touring. Bahagaian hadapan Pan America ini dilengkapi dengan 47mm USD fork SHOWA dimana “rebound and Preload” boleh dilaras yang menggunakan elektronik. Untuk monoshock belakang pulak ianya menggunakan  Linkage-mounted piggyback monoshock SHOWA with compression, “rebound and preload” yang boleh dilaraskan. Model ini juga menggunakan sistem elektronik dan masih dirasakan keras dan melantun-lantut melalui jalan yang tak rata ini.  Masih terdapat ruang untuk  Harley menambah baik terutama suspension setup. Pan America in menggunakan rim 19 inch depan dan 17 inch dibelakang. Mungkin saya salah menggunakan ride mode yang salah ketika menguji jentera ini. Pan America ini datang dengan 5 mode dimana boleh diprogramkan sendiri mengikut spec pemilik. Tetapi standard sudah ada 5 mode iaitu  Road, Sport, Rain, Off-Road dan Off-Road Plus

Dengan Harga bermula daripada RM 99,000 sehingga RM 115,900 harga di Malaysia. Senang cerita lebih murah daripada pesaing utama yang Harley sasarkan iaitu BMW 1250gs dan KTM 1290 yang berada dalam ketegori dan cc yang hampir sama. Dengan harga ini pembeli akan mendapat up to date 6.8 Inch TFT full colour display, Bluetooth, brembo, LED lingting termasuk  cornering light dan beberapa teknologi Amerika yang lain.  Tapi akan ada yang betanya? Berbaloikah dengan harga ini?. Susah untuk mencari jawapan yang tepat. Tetapi senang cerita,  anda membeli status dan keseronokkan menunggang dengan penuh bergaya dan bukan semua orang mempunyai Harley. Hebat bukan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *