Jenama Dunia yang popular sejak zaman ayah dan datuk kita dahulu.
Vespa tidak asing lagi pada kepada semua peringkat usia baik muda atau tua dengan rekabentuknya yang ringkas dan bergaya. Era filem P.Ramlee pun ada menggunakan jenama vespa ini juga dan itu secara tidak langsung menyebabkan ramai kenal dan suka akan model ini. Sampaikan satu ketika dulu asal skuter sahaja, Vespa yang akan dapat nama. Walaupun kini terdapat bermacam-macam skuter yang bersaing dengan jenama vespa yang lebih moden dengan rekabentuk lebih menarik mengikuti perkembangan semasa. Apa pun Vespa ada peminatnya tersendiri dan mempunyai nama serta pengaruh yang dipasaran dunia. Bak kata mereka Not For Everyone.
Pengalaman admin ketika menguji Vespa terbaru dari Naza Primera iaitu Vespa GTS300i, yang lebih berkuasa dari model sebelum ini. Pada mulanya agak risau sebab lama tak menunggang Vespa dan sudah biasa dengan motosikal berkuasa tinggi. Rasanya hampir 40 tahun kot hehe. Bermacam-macam perkara bermain di fikiran tentang jenama ikon skuter Vespa ini. Pertama kali mencuba dari ruang pameran Naza Primera rasa agak kekok sikit disebabkan kedudukan handle hadapan yang menjadi identiti Vespa, agak tinggi dan bayangkan akan tayarnya yang kecil apabila menunggang, terutama apabila jalan beralun atau tidak rata. Namun sistem gantungannya amat baik dan tidak menganggu kawalan motosikal vespa ini. Kuasa anjakan Vespa ini boleh tahan dan berkuasa bagi sebuah skuter. Dengan enjin Quasar satu selinder 4 lejang dan 4 injap untuk 300cc ini paham-paham la. Apa yang menarik di sini ketika berada di lampu isyarat kita boleh rasakan gegarannya. Aduii nostalgia betul macam vespa dulu dulu walaupun admin masa tu berdiri di hadapan.
Menunggang di jalan-jalan persekutuan atau bandar terasa amat selesa, bagi yang sentiasa inginkan kenderaan yang ringkas serta berkuasa, Vespa ini adalah yang terbaik. Kita boleh ke mana-mana pun dengan kuasa dan bergaya. Menunggang Vespa ada kelainan tersendiri. Ia membawa kita ke satu suasana dan pengalaman yang sukar di rasa apabila menunggang motosikal lain, ianya ada kerektor yang tersendiri relax, santai, sambil menikmati keindahan sepanjang perjalanan arah destinasi yang kita lalui Vespa ini berlainan imej dan gaya tunggangannya.
Vespa ini menggunakan suspensi depan Single Arm beserta Coil Spring dan penyerap hentak tunggal manakala bahagian belakang pula hidraulik berkembar dan boleh laras 4 posisi. Tu sebab kita berasa selesa ketika menunggangnya.Tapi harus diingat jangan pula kita mengambil sekeloh macam motosikal berkuasa tinggi. Bagi memastikan penunggangnya merasa lebih selamat dan yakin, Vespa dilengkapkan dengan sistem brek ABS untuk depan dan juga belakang dan juga ASR Anti Slip Regulation yang boleh mengawal cengkaman. Vespa juga didatangkan dengan alat kawalan jauh yang boleh digunakan untuk membuka ruangan bawah tempat duduk dan boleh bertindak untuk mencari Vespa anda. Tidak dilupakan keperluan masa kini, iaitu USB Port.
Dengan dikuasai enjin 278cc ( 300), 21.10hp @ 7750rpm, 22.30 tork @ 5000rpm, satu selinder 4 lejang vespa ni antara model terbesar dalam jenamanya.Setakat di lampu isyarat selamba ia meluncur laju kehadapan, ini mengejutkan penguna motosikal lain kemampuan Vespa ini, untuk makluman ia buka di reka untuk kelajuan dan menunggang dengan agresif, tapi jangan terkejut dengan skuter ini.Vespa ini ditawarkan dengan harga Rm28,200 selepas GST, keselesaan dan teknologi terkini bagi sebuah Vespa 300cc, ianya mungkin boleh dipertimbangkan oleh anda jika inginkan sebuah, skuter yang selesa ke mana juga anda inginkan sambil bersiar-siar di hujung minggu, dengan penuh bergaya.