BMW Malaysia Memperkenalkan Jentera BMW 740Le xDrive M Sport Baharu.

Kuala Lumpur, 7 Mei 2021 – BMW Malaysia pada hari ini telah memperkenalkan BMW 740Le

xDrive M Sport baharu – ia menjadi ahli yang terkini dalam portfolio sedan berprestij milik BMW

yang melambangkan kemewahan dengan sentuhan elektrik.

 Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Peranan kami sebagai

peneraju dalam pentas kenderaan mewah bertaraf premium bukan sahaja dicerminkan melalui

kejayaan yang kami kecapi pada tahun lalu. Pada suku pertama tahun 2021 sahaja, kami berjaya

menyerahkan lebih daripada 2,500 unit kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad, yang

diterjemahkan kepada pertumbuhan berkadar lebih 25% berbanding jangka waktu yang sama pada

tahun lepas. Peranan kami sebagai peneraju pasaran bagi kenderaan berelektrik premium juga

dibuktikan melalui penyerahan berjumlah lebih daripada 500 unit kenderaan berelektrik BMW dan

MINI, pertumbuhan berkadar lebih 140% berjaya dicatatkan.”

 “Dengan lebih daripada 20,000 unit kenderaan berelektrik kami di atas jalan raya sejak kami telah

merintis peralihan Malaysia ke arah mobiliti elektro pada tahun 2015, kami ingin merealisasikan janji

kami untuk membentuk mobiliti masa hadapan Malaysia sekali lagi, dalam bentuk BMW 740Le

xDrive M Sport baharu yang dipasang di dalam negara – interpretasi Kemewahan Progresif yang

terkini oleh BMW Malaysia,” tambah de Visser. 

 BMW 740Le xDrive M Sport merupakan ahli baharu dalam portfolio ekstensif BMW Malaysia yang

terdiri daripada kenderaan premium yang dipasang secara domestik. Sedan mewah baharu ini

membuktikan usaha BMW Group Malaysia untuk melanjutkan pelaburan dalam industri automotif

tempatan – selari dengan hala tuju Malaysia pada tahun ini ke arah pemulihan ekonomi.

BMW 740Le xDrive M Sport baharu tampil dengan wajah yang berbeza di samping salur masuk

udara yang lebih besar, disempurnakan oleh pendakap berbentuk C. Apron hadapan yang serba

elegan membawakan gril ‘kidney’ ikonik oleh BMW, termasuk BMW Laser Light dengan ciri bantuan

lampu puncak, dan dipadankan dengan gubahan yang meminimumkan gelora dan heretan (drag)

Hadir dengan M Sport Aerodynamic Package, BMW 740Le xDrive M Sport baharu dihiasi Shadow

Line berglos tinggi yang menyerlahkan profil sedan mewah ini yang serba rapi. Panel ‘rocker’ yang

menarik juga mempamerkan sentuhan yang sporty pada BMW 740Le xDrive M Sport.

 Turut menjadi tumpuan pada eksterior sedan mewah yang baharu ini ialah set roda aloi ringan M

19” dalam penggayaan dwiruji 647 M dwiwarna dengan tayar bercampur serta tayar ‘run-flat’,

lengkap dengan brek M Sport. BMW 740Le xDrive M Sport baharu juga menampilkan bumbung

kaca panorama, Sky Lounge.

 Enjin petrol enam silinder dengan kapasiti tiga liter ialah nadi BMW 740Le xDrive M Sport, ia

mampu menjana output maksimum berjumlah 210 kW/286 kk (kuasa kuda) pada paras 5,000 –

6,000 rpm, serta puncak tork bernilai 450 Nm pada paras 1,550 – 3,500 rpm. Ia juga dikuasakan

oleh bateri ion litium dengan teknologi sel bateri tercanggih dan kapasiti storan yang dinaik taraf,

membolehkan BMW 740Le xDrive M Sport baharu mencapai 83 kW/113 kk, dan puncak tork

bernilai 265 Nm melalui motor elektriknya. 

 Sedan mewah baharu ini mampu membuat pecutan abad dalam masa 5.1 saat sahaja. Dengan

kelajuan tertinggi mencecah 250 km/j, output gabungan maksimum BMW 740Le xDrive M Sport

ialah 290 kW/394 kk, dengan tork gabungan maksimumnya bernilai 600 Nm. Penggunaan bahan

api gabungan jentera ini merekodkan 2.8 liter bagi setiap jarak perjalanan berjumlah 100 km,

manakala emisi karbon gabungannya berkadar 65 g/km. Kuasa yang luar biasa disalurkan kepada

BMW 740Le xDrive M Sport melalui transmisi Steptronic lapan kelajuan. 

Di dalam sedan mewah ini, trim ‘Fineline’ Fine Wood dalam warna hitam dengan efek logam

berglos tinggi menawarkan suasana yang elegan pada ruang interior, lengkap dengan material

bumbung BMW Individual Alcantara Anthracite. Di ruang kokpit pula, pemandu disambut dengan

stereng M Sport serta kerusi ‘Comfort’ yang boleh dilaras secara elektrik dan turut hadir dengan

fungsi memori bagi tempat duduk hadapan.

Pencahayaan ambien dan penyaman udara automatik dengan 4 zon kawalan memperkayakan lagi

aspek keselesaan BMW 740Le xDrive M Sport baharu, berserta dengan tirai gulung bagi tingkap

sisi di belakang, fungsi penutup pintu ‘soft-close’, dan sistem Comfort Access untuk operasi pintu

but yang memudahkan.

Fungsi navigasi dan maklumat hibur di dalam BMW 740Le xDrive M Sport baharu hadir dalam

bentuk BMW Live Cockpit Professional dengan Paparan Instrumen digital bersaiz 12.3 inci, berserta

BMW Navigation System Professional dengan Paparan Kawalan 10.25 inci. Didatangkan dengan

Kawalan Gestur BMW (BMW Gesture Control) serta Papar Pandu BMW (BMW Head-Up Display) di

hadapan, di samping Entertainment Professional di tempat duduk belakang dengan monitor sentuh

bersaiz 10 inci, penumpang di tempat duduk belakang sedan mewah ini juga dapat menikmati taraf

hiburan yang berkualiti tinggi.

 Ciri bantuan digital pula ditawarkan melalui Driving Assistant Professional, Parking Assistant Plus

dan Connected Package Professional. Antara tarikan lain yang melengkapi sedan mewah baharu

ini meliputi kemudahan pengecasan tanpa wayar untuk telefon bimbit, Kunci Paparan BMW (BMW

Display Key), dan sistem bunyi keliling dengan 16 pembesar suara oleh Harman Kardon.

 BMW 740Le xDrive M Sport baharu didatangkan dengan empat warna klasik – Mineral White,

Carbon Black Metallic, Donington Grey, dan Bernina Grey dengan efek Amber. Tawaran warna

eksterior ini boleh dipadankan dengan upholsteri Leather Nappa yang eksklusif dengan sulaman

bertema Black atau Cognac.

BMW 740Le xDrive M Sport baharu bakal disediakan di semua pusat pengedaran BMW yang

bertauliah di seluruh negara mulai 8 Mei 2021. Akibat penyelenggaraan laman web yang

dijadualkan, para pelanggan boleh membuat pra-tempahan untuk memiliki BMW 740Le xDrive M

Sport baharu dengan bayaran RM 5,000 melalui platform BMW Shop Online di

https://shop.bmw.com.my/ mulai 11 Mei 2021 sahaja.

Program pembiayaan dinamik. 

Dengan ‘Balloon Financing Plan’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia,

BMW 740Le xDrive M Sport baharu boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula

daripada RM 6,558.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).

Pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh.

Pemilik jentera BMW 740Le xDrive M Sport baharu ini juga dapat merasai Pengalaman Pemilikan

Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:

Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual

Percuma

Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW

Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW Privileges Card

Servis Dalam Talian BMW

Pemilik sedan mewah baharu ini juga boleh memuat turun aplikasi My BMW App yang baharu

untuk menikmati pengalaman pemilikan premium secara digital yang lebih diperibadikan. My BMW

App hadir dengan penampilan baharu yang serba intuitif, ia menawarkan pengalaman

kepenggunaan yang ringkas serta perkhidmatan yang mampu mendukung mobiliti elektro

berindividu ke aras yang lebih tinggi di Malaysia.

 Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans) tanpa Cukai Jualan dan Perkhidmatan bagi BMW

740Le xDrive M Sport baharu ialah:

BMW 740Le xDrive M Sport BaharuRM 591,503.05

GALERI

GALERI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *