DESTINASI KELAB BERSAMA ENJIN DOTcom.
Pada hari Sabtu dan Ahad ( 7 dan 8 April 2018) lepas Admin dijemput untuk bersama sama berjalan jalan di sekitar Bandar Melaka bersama Komuniti BMW 5 Series. (Psstt memang admin antara orang yang minat product Jerman ni. Jadi Archtungg)
Komuniti BMW 5 series pada awalannya diwujudkan di halaman Facebook pada tahun 2016. Komuniti ini berjaya mengumpulkan pemilik-pemilik BMW 5 Series khususnya di Malaysia.Boleh dikatakan admin dari bahagian Central menggerakkan komuniti ini dengan bantuan admin admin dari bahagian lain. Dengan terjalinnya Silaturahim sesama pemilik BMW 5 Series yang lain, ahli-ahli komuniti juga dapat bertukar-tukar pengalaman dari segi teknikal dan ragam kereta masing-masing. Ada juga ahli yang menjadi pembekal alat ganti untuk ahli komuniti ini. Sudah pasti kualitinya ada jaminan sesama ahli. Ermm lepas ni boleh admin tumpang sekaki cari alat ganti.
Admin Komuniti Central Bersama Admin Zon Melaka iaitu En. Kamarul menjadi Tuan Rumah untuk mengadakan Family Gathering khas buat ahli-ahli BMW 5 Series komuniti dari seluruh Malaysia. Selain dari ahli Komuniti BMW 5 Series, mereka juga bergabung bersama-sama Rakan Melaka Bimmers Club, dan juga mengadakan pertemuan dengan Rakan Melaka Retro Club dan rakan dari Mthusiast BMW Motorsport Enthusiast. Satu Mini Roadtour sekitar bandar Melaka dan berhenti di Dataran 1Malaysia di Klebang untuk Sesi Fotografi.
Bagi mereka yang ingin menyertai komuniti ini bolehlah like page mereka di FaceBook.
Terima Kasih kepada, AJK Event iaitu Din Petir, Sairul MJ, Madi, Anuar, Merie, Ghapar, Apai dan Zul .
https://www.facebook.com/groups/172005853614197/
#enjindotcom #komunitibmw5series #bmw #bmw5 #beritakelab #jalanjalanenjindotcom #e39