PELAN LANGGANAN KENDERAAN TERBARU DILANCARKAN DI MALAYSIA

18 Januari 2021 – KINTO ONE, sebuah program langganan kenderaan kini tiba secara rasmi di Malaysia. Ditawarkan hampir di seluruh dunia termasuk pasaran Amerika Utara dan Selatan, negara negara utama Asia serta di Eropah, Toyota Capital Malaysia untuk julung kali dan dengan bangganya memperkenalkan program langganan kenderaan Islamik sebagai pilihan terbaru kepada pelanggan tempatan.

Berasal daripada perkataan Jepun kinto-un , yang bermaksud “flying nimbus” atau “awan terbang”, sebagai sebuah imej masa depan mobiliti; nama KINTO sejajar dengan semangat untuk menyediakan perkhidmatan yang pantas ketika diperlukan, membawakan mobiliti seperti dihasratkan oleh pengguna serta dalam masa yang sama mesra alam.

Diperkenalkan di bawah label KINTO ONE oleh Toyota Capital Malaysia, ia menawarkan medium baru kepada pelanggan untuk memiliki dan memandu kenderaan tanpa perlu terbeban dengan kaedah pembelian sewa beli kenderaan secara t radisional sebelum ini.

Secara mudah, KINTO ONE merupakan sebuah pelan langganan kenderaan yang merangkum seluruhnya, dengan bayaran ansuran bulanan tetap. Ansuran bulanan tetap berkenaan sudah termasuk sekali kos pendaftaran kenderaan, insurans komprehen sif tahunan dan cukai jalan, penyelenggaraan berjadual serta penyelenggaraan pencegahan. Tempoh langganan disediakan sama ada bagi dua tahun atau tiga tahun dan selepas ia tamat, pelanggan hanya perlu memulangkan kenderaan terbabit kepada Toyota Malaysia dan selebihnya akan diuruskan sewajarnya; melepaskan pengguna daripada sebarang kerisauan atau susut nilai semasa kenderaan, tanpa mereka perlu memikirkan bagaimana cara untuk menjual kenderaan selepas tahun tahun penggunaannya.

Presiden Toyota Capital Malaysia, Thomas Chai memaklumkan; ” KINTO ONE merupakan hasil daripada kerjasama strategik antara Toyota Capital Malaysia dan UMW Toyota Motor dan direka secara khusus untuk memenuhi keperluan gaya hidup generasi baru berkaitan mobiliti. Ia berkenaan peralih an cara pembelian pelanggan daripada pemilikan kenderaan kepada penggunaan kenderaan. Ia juga selari dengan visi “Mobility for All” yang dijuarai oleh Toyota.”

KINTO ONE adalah sebuah pelan langganan yang membolehkan pelanggan menikmati nilai terbaik dari pada kenderaan mereka pada harga yang sama sepanjang tempoh kontrak, terutama sekali mengambil kira semua kos penyelenggaraan berjadual dan pencegahan yang termasuk sekali. Ini bermakna, pelanggan sama sekali tidak perlu membayar apa apa; sama ada untuk mi nyak enjin dan semua kos buruh yang terlibat, bahkan untuk tayar atau bateri juga, sekadar beberapa contoh. Semua sekali sudah dirangkumkan sepenuhnya.

Thomas menambah, KINTO ONE ada untuk memenuhi keperluan pengguna yang inginkan penyelesaian mobiliti y ang lebih peribadi dan selamat di kala pandemik Covid 19 ketika ini. Ia juga disasarkan kepada syarikat syarikat yang ingin meringankan beban aset mereka, tetapi masih mementingkan keboleh fungsian mobiliti, serta untuk pengguna individu yang memahami baha wa kos pemilikan sesebuah kenderaan adalah melebihi daripada sekadar bayaran ansurannya semata, tetapi turut melibatkan kos lain seperti insurans, cukai jalan, servis dan alat ganti.

Tidak hanya itu, pelanggan KINTO ONE juga tidak perlu risau kerana semua servis yang diperlukan itu akan dikendalikan selengkapnya oleh pengedar sah Toyota, mengguna alat ganti tulen dan semua pelanggan KINTO ONE dilindungi di bawah insurans takaful komprehensif dengan bantuan kecemasan 24 jam.

Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Ravindran Kurusamy pula berkata; “Walaupun di Malaysia ini adalah sesuatu yang baru ditawarkan oleh KINTO ONE dengan sasaran untuk memenuhi keperluan generasi muda pemilik kenderaan yang inginkan kebebasan dan mobiliti melalui pelan langganan bulanan dengan ansuran tetap dan inklusif, KINTO ONE sebenarnya telahpun diperkenalkan di banyak negara lain. Walaupun baru saja diperkenalkan di sini, kami memulakannya dengan lengkung pembelajaran yang sudah melepasi tahap awal. Dengan sokon gan Toyota Motors Corporation serta ketersediaan perbincangan intelektual dalam kalangan pengendali KINTO di seluruh dunia, ia telah menjadikan pengenalannya untuk pasaran tempatan lebih mudah bagi kami.”

Membawa semangat dan makna “Mobiliti for All” yang sesungguhnya, KINTO ONE boleh didapati secara eksklusif secara dalam talian melalui laman web www.kinto-my.com di mana pelanggan boleh meninjau model kenderaan yang ada, memilih pelan langganan yang dirasakan berses uaian dengan keperluan masing masing dan seterusnya membuat permohonan semuanya secara dalam talian. Model semasa yang ditawarkan termasuk Toyota Vios, Yaris, Corolla, Innova, Fortuner dan Camry dengan banyak lagi model lain akan disertakan, termasuk dari Lexus. KINTO One kini secara rasminya boleh didapati oleh pelanggan di Malaysia bermula 18 Januari 2021.

GALERI