Volvo XC40 T5, SUV untuk golongan muda penuh bergaya, mewah dan ciri keselamatan

Antara kenderaan SUV saiz sederhana paling menarik di atas jalanraya pada pandangan admin,  Volvo XC40T5 amat sesuai  untuk golongan muda yang berkerjaya dan aktif,  pertama kali kami uji kali dulu berwarna putih, kini kami telah di beri peluang untuk mencuba pula XC40T5R yang berwarna biru yang bergitu menyerlah. Admin rasa tiba-tiba perasan cute pula apabila memandu SUV ini.keinginan untuk memandu dan rasa ingin melancong dengan memandu SUV SCANDINAVIA  ini sungguh bersemangat!!. Kena pula kalau awek bawa lagi bertambah mantap dengan penampilan bergaya dan kemas jentera XC40 ini. Anda akan merasakan pemanduan yang selesa dengan kuasa enjinnya yang padu serta kawalan yang penuh yakin dan selamat, kerana ianya sebuah Volvo yang amat mementingkan faktor keselamatan.

Untuk maklumat ini adalah kali ke-2 kami menguji  sekali lagi oleh Volvo Car Malaysia ianya amat di nantikan. Sesuai dengan konsep perlancogan dan gaya hidup yang kami bawakan, pihak EnjinDotcom cuba untuk mendapatkan sesuatu kesesuaian dan keserasian Volvo XC40 ini dengan citarasa percutian dengan bergaya, di dalam kegunaan cara orang Malaysia.Pertama yang menarik adalah dari luaran kenderaan ini memang nampak lain dari SUV kebiasaan dipasaran, lebih lagi pada sudut kenderaan yang biasa bulat atau tajam, akan tetapi Volvo XC40 ini lebih pada petak tapi cantik di semua setiap sudut dan pandangan.Lihat lah dari sudut mana pun ianya tetap menarik bentuknya yang lain dari kebiasaan kenderaan yang ada. Selain itu adalah adalah dalamannya, yang Nampak segar, mudah dan paling praktikal dalam kelasnya. Panel pintu sebagai contoh, cukup  dan luas hingga boleh memuatkan komputer riba dan sebotol air serentak. Dengan pembesar suara dan sub-woofer tersembunyi di dalam papan pemuka, yang pertama di dunia. Tudung glovebox juga mempunyai cangkuk untuk beg tangan, di mana menjadi budaya kita mesti dan seluruh dunia tak sah kalau setiap kali membeli barangan pasti akan tercari tempat sangkut di dalam kenderaan.Di bahagian tempat hadapan pun ada ruang tambahan yang menarik untuk menyimpan barang.


Sesuai dengan segmen perlancongan dan gaya hidup, kita akan memandu ke tempat-tempat menarik dan semestinya lebih menceriakan, tak perlu untuk mencerita sejarah Volvo, siapa tak kenal kenderaan yang hebat dengan ketahanan rekabentuk dan ciri keselamatan sejak dari dulu jenama ini direka lagi.Memasuki ruang dalaman kenderaan ini pun, pasti kita sudah merasa kemewaah yang terdapat dibahagian dalamnya, sungguh merasakan selesa dan selamat, itu la ciri Volvo yang kita akan rasakan. Rekabentuk Kenderaan Volvo masa kini amat ketara perubahaannya, lain dari rekabentuk kenderaan yang ada dipasaran. Seperti Volvo XC40T5R ini garisan bentuk amat segar dan moden.Satu yang amat dinanti-nantikan oleh peminat kenderaan Sweden ini, bukan lagi jenama kenderaan di label “Old Timer”.Dengan mengunakan platfom Compact Modular Architecture (CMA),  XC40 yang direka secara kerjasama antara Volvo dan juga Geely. XC40 masih lagi menggunakan beberapa rekabentuk korporat Volvo yang dipinjam dari XC90 seperti lampu DRL LED Tukul Thor,terutama image lampu belakang yang pasti akan orang kenal dari belakang.Bahagian  grill hadapan pula dipadankan dengan warna hitam sebagai imej korporat Volvo yang terdapat di kesemua model Volvo. Apa yang menarik juga adalah Kenderaan SUV ini jugan telah memenangi banyak anugerah, menambahkan lagi kehebatan sebuah kenderaan diktiraf seluruh dunia dan di terima baik di pasaran.

Seperti kelaziman kereta moden dipasaran masa kini, Volvo XC40 ini didatangkan juga dengan sebuah skrin sebesar 9 inci yang berperanan untuk mengawal mode pemanduan, sistem penyaman udara, unit audio, sistem navigasi, memberi input kamera pandang belakang, akses kepada sistem keselamatan, pelbagai aplikasi terbina dalam dan juga akses untuk buku manual.Di bahagian paparan meter menggunakan teknologi LCD dan memaparkan secara jelas meter RPM, meter kelajuan, anggaran jarak perjalanan untuk bahan api, kedudukan gear semasa, suhu dan juga tanda amaran dan memaparkan nama stesen radio dan sistem navigasi terbina dalam dengan mudah untuk anda melayari dan memandu dengan selesa di sepanjang perjalanan.tempat cangkuk pembungkusan makanan.Lain-lain kemunculan dari XC40 yang baru termasuk slot kad, kawasan penyimpanan di bawah pusat lengan tengah yang cukup dalam untuk kotak tisu, dengan tong sampah yang boleh ditanggalkan juga.

Volvo XC40 baru-baru ini hanya terdapat dalam satu varian, T5 R-Design, yang dikuasakan oleh kuasa 2.0-liter Drive-E dengan 252 hp dan 350 Nm. Automatik 8-kelajuan.Peralatan standard termasuk:

-Lampu LED dengan Aktif Tinggi Beam & Lampu Lenturan Aktif.
-LED depan lampu kabus dengan fungsi menikam
-R-Design bentuk depan gril
-R-Design bentuk Reka bentuk Inlay
-R-Design bentuk rapi platR-Reka bentuk Reka bentuk
-R-Design bentuk separuh kulit, separuh Nubuck kerusi
-Qi pad2 pengecasan wayarles
-2 Port USB di depan
-1 USB Type- C pelabuhan
-Sistem infotainment Sensus
-Android Auto dan Apple

Harga RM255,888, di jalan tanpa insurans

Kali merasakan keseronokkan memandu sambil melancong, admin telah mencuba memandu dari Kuala lumpur hingga ke, Morib, Kampung Kundang untuk ke Kafe Cikgu yang amat popular hingga tersenarai di antara temapt wajib singgah jika anda melalui jalan dari Morib ke Sepang, seterusnya kami ke  Pantai Remis, Selangor salah satu pusat perlancongan dan makanan ikan bakar terdapat disana. Selain itu disini jika kena tepat waktunya anda akan  dapat melihat, biasanya sebelah petang nelayan akan naik ke darat dengan hasil tangkapan ikan segar, sememangnya murah.Rugi jika tidak bawa bekas untuk simpanan ikan untuk dibawa pulang.Di pantai-pantai yang terdapat sepanjang Pantai Remis ini kegiatan memancing banyak dilakukan selain percutian seisi keluarga dan berkumpulan yang turut mengadakan kegiatan berkemah, beriadah antaranya membakar ikan, siput, ketam dan sebagainya, sememang menarik.Di dalam perjalana balik kami juga sempat melalui jalan dari susur ke bukit cerakah dan Meru kelang melalui jalan dalam amat menyeronokkan dan amat sesuai menguji kemampuan jentera ini untuk menyusuri jalanraya yang beralun dan tidak rata.Tindak balas pemanduan tidak payah dipertikaikan lagi, dengan suspensi yang baik biar pun melalui jalan yang kurang elok, sengaja kami cari laluan sebegini untuk merasa sendiri pengendalian jentera SUV XC40 ini..

Secara keseluruhan dengan factor harga ianya sesuai dengan jenama dan jentera SUV Volvo XC40T5R ini, admin lebih merasakan ianya lebih kena dengan cara gaya hidup moden dan keriangan untuk pemanduan generasi orang muda yang mementingkan image dan pemanduan yang selamat dan lancar, sesuai dengan segala teknologi yang ada pada Volvo XC40. Rekabentuknya pula segar segar dan mewah ini terbukti apabila kena mana-mana ia berhenti pasti ada mata yang melihat dari dekat jenama hebat ini.Segmen SUV bersaiz sederhana ini memang tersedia untuk bersaing dalam dunia automotif Malaysia ini,malah pasaran SUV sememangnya semakin tinggi dan menarik pengemar kenderaan serba boleh seperti SUV.Bezanya adalah jentera SUV ini pada jenamanya, kualiti dan keselamatan membuat anda akan kagum.Jika anda inginkan kesempurnan dan kelainan di dalam gaya hidup pemanduan anda,  ini salah satu model yang anda kena cuba atau memilikinya.Keselamatan, kelainan dan keseronokan itu la SUV Volvo XC40T5.