BMW Malaysia Memperkenalkan 5 Series Hybrid dengan Teknologi eDrive Buat Julung Kalinya
Pengeluar kenderaan premium ini memperkenalkan sedan eksekutif paling berjaya di dunia. Kini ditawarkan dengan Teknologi eDrive bagi mengukuhkan lagi portfolio Visionary Mobility dan model-model BMW iPerformance, selaku pengeluar kenderaan Hibrid Premium paling berjaya di negara ini.
BMW Group Malaysia hari ini memperkenalkan BMW 5 Series Hybrid dengan Teknologi eDrive buat julung kalinya. BMW 530e Sport serba baru ini merupakan model BMW iPerformance kelima yang diperkenalkan di Malaysia, sekali gus mengukuhkan lagi kepakaran BMW dalam Teknologi Plug-in Hybrid.
Ketua Jualan BMW Malaysia, Raymond Tan berkata, “BMW 5 Series serba baru kini menawarkan teknologi eDrive, inovasi baharu yang diambil daripada Mobiliti masa depan – BMW i. BMW 530e Sport serba baharu juga menambah portfolio kami dalam rangkaian kenderaan Plug-In Hybrid premium di sini. Ia membolehkan kami untuk menawarkan portfolio paling besar berbanding mana-mana pengeluar kenderaan dalam negara, seterusnya membuktikan komitmen kami terhadap aspek Visionary Mobility di Malaysia.”
Menyumbang kepada lebih separuh jumlah jualan keseluruhan BMW Malaysia pada tahun 2017 dengan 55% BMW Hybrid dengan Teknologi eDrive telah diserahkan kepada pelanggan, BMW Group Malaysia menjadi jenama hybrid premium paling berjaya di Malaysia. Jelas Tan, “Dari segi gabungan perkongsian jualan, kami berbangga untuk menyatakan bahawa 55% model keseluruhan BMW di Malaysia ialah kenderaan hibrid dengan Teknologi eDrive. Ini juga meletakkan kami di tangga tiga teratas di dunia dari segi penyerahan kenderaan plug-in hybrid.”
BMW Group Malaysia turut mencatat rekod jualan tertinggi untuk model BMW X5 xDrive40e menerusi penyerahan lebih 3,000 unit pada tahun 2017 sahaja. Ini menjadikan Malaysia sebagai pasaran kedua terbesar selepas Amerika Syarikat untuk model tersebut. Malaysia juga merupakan pasaran ketiga terbesar untuk model BMW 330e dan BMW 740Le xDrive dengan lebih 2,3000 unit dan lebih 450 unit diserahkan kepada pelanggan pada tahun 2017.
“BMW 530e Sport serba baru akan menjadi satu penambahan penting ke dalam portfolio iPerformance kami. Kami yakin ia akan terus mengukukuhkan kedudukan kami selaku peneraju dalam membentuk mobiliti masa depan di Malaysia,” kata Tan.
BMW Group Malaysia terus komited ke atas rancangan Malaysia untuk mengurangkan kepadatan karbon sebanyak 40% menjelang tahun 2020 yang diumumkan pada tahun 2014 dalam Persidangan Iklim Bangsa-bangsa Bersatu di New York, sebelum diperbaharui semula pada tahun 2016 pada Perjanjian Paris ketika Persidangan Parti-parti ke-21 (COP21).
Berucap pada majlis pelancaran, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysian Green Technology Corporation, Dr. Mohd Azman Zainul Abidin berkata, “Strategi utama Malaysia untuk melangkah ke arah mobiliti rendah karbon adalah menerusi kerjasama antara industri secara menyeluruh. Kami di GreenTech Malaysia berbesar hati kerana mempunyai rakan seperti BMW Group Malaysia yang sejak awal lagi mahu memastikan infrastruktur adalah mencukupi dan sewajarnya dapat disediakan bagi menyokong inovasi baharu teknologi Plug-in Hybrid dan lanjutnya Elektro Mobiliti. Semua ini akan meningkatkan keyakinan pengguna ke atas kewujudan kenderaan elektrik dan plug-in-hybrid. Melihat inisiatif yang dijalankan oleh BMW Group Malaysia untuk membawa Malaysia ke zaman elektromobiliti sememangnya mengagumkan. Pada masa yang sama, kami akan terus menambah jumlah stesen pengecasan ChargEV di seluruh negara.”
Reka bentuk: Keperibadian yang atletik
BMW 530e Sport serba baharu merupakan model paling inovatif dalam kelasnya. Ia menawarkan pelbagai sistem bantuan pemandu dalam semua mode termasuklah eDrive. Sedan perniagaan premium ini berjanji untuk menawarkan pengalaman pemanduan dinamik yang sememangnya sinonim dengan jenama BMW, bersama kecekapan luar biasa dan praktikaliti bagi pemanduan harian.
Dimulakan dengan ciri yang menjadi signaturnya, corong udara gril kidney direka agar lebih aerodinamik, serta boleh dibuka dan ditutup mengikut keadaan. BMW 530e hadir dalam varian Sport Line yang dipasang dengan lampu LED bersama ciri lampu tinggi dan rendah, lampu sisi dan lampu nyalaan siang yang melengkapkan lagi penampilan bampar hadapan berwarna hitam berkilat itu, serta pasti dapat menarik perhatian apabila dipandu di atas jalan raya. Lencana ‘530e’ merupakan ciri paling jelas untuk varian plug-in hybrid. Logo i yang dilekatkan pada bahagian atas corong udara dan logo eDrive pada Tiang C menunjukkan bahawa sedan perniagaan premium ini menerima kepakaran teknologi daripada sub jenama BMW i.
Bagi memberi lebih kemudahan, BMW 530e Sport serba baharu dilengkapi ciri Comfort Access – membolehkan pemilik mengakses tanpa perlu mencari kunci kereta. Daripada membuka pintu dan menghidupkan enjin, BMW 530e Sport serba baharu direka untuk peka dengan alat pengesan unik pada kunci, seterusnya berhubung dengan sistem dalaman kereta dan tiada dua kunci yang serupa. BMW 530e Sport serba baharu juga memberi kemudahan kepada pemilik dalam bentuk operasi but yang tidak memerlukan sebarang sentuhan.
Penampilan sporty sedan perniagaan premium baharu varian eDrive ini diserlahkan dengan paip ekzos berkembar pada bahagian kiri dan kanan. Dipasang dengan rim aloi ringan 19” V-Spoke, BMW 530e Sport serba baharu membayangkan pengalama pemanduan yang lincah.
Interaksi dinamik untuk penghantaran kuasa lebih baik.
BMW 530e Sport serba baharu dikuasakan oleh enjin petrol empat silinder sebaris BMW TwinPower Turbo bersesaran 2.0 liter yang mampu menjana kuasa sehingga 184hp dan tork 320Nm. Digabungkan dengan motor elekrik daripada sistem BMW eDrive yang canggih, BMW 530e Sport serba baharu menawarkan output keseluruhan 252hp dan tork 420Nm. Sekali gus membolehkan kereta ini memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa hanya 6.2 saat. Dengan kelajuan maksimum 235km/j, BMW 530e Sport serba baharu nyata mendahului segmennya apabila cuma menggunakan bahan api sekitar 2.0l/100km dan emisi CO2 yang rendah iaitu 46g/km.
Pemanduan elektrik ini menawarkan kecekapan terbaik melalui gabungan motor elektrik, bateri lithium-ion berprestasi tinggi dan pengurusan tenaga yang pintar. Pengurusan tenaga yang pintar ini mengoptimumkan kecekapan rangkaian kuasa elektrik dan bateri berprestasi tinggi dengan anggaran operasi yang boleh dijangka. BMW 530e Sport serba baharu menawarkan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 48km dengan pecutan maksimum mencecah 140km/j – terbaik dalam kelasnya.
Sistem eDrive boleh diubahsuai dengan lebih tepat berdasarkan kepada perjalanan melalui tiga mode pemanduan yang inovatif: AUTO eDrive, MAX eDrive dan BATTERY CONTROL.
AUTO eDrive menggabungkan kuasa enjin pembakaran dalaman dan motor elektrik yang membolehkan anda memandu sehingga 80km/j dengan mode elektrik sepenuhnya. Untuk kuasa ekstra, tukar kepada mode MAX eDrive yang bergantung sepenuhnya kepada kuasa elektrik bagi mencapai kelajuan maksimum 140km/j. BATTERY CONTROL membolehkan pemandu menggunakan bateri bervoltan tinggi secara manual dengan cara menetapkan tahap caj untuk digunakan pada pemanduan elektrik sepenuhnya dalam perjalanan nanti.
Dari segi pilihan mengecaj pula, BMW 530e Sport serba baharu boleh dicaj di rumah menggunakan soket biasa. Namun begitu, BMW iWallbox merupakan penyelesaian terbaik untuk mengurangkan tempoh mengecaj kepada hanya sekitar tiga jam. BMW iWallbox Plus pula membolehkan urusan mengecaj dibuat menerusi aplikasi telefon pintar serta mempunyai rekod caj. Untuk proses mengecaj yang lebih laju, BMW i AC Fast Charging Cable yang juga sesuai untuk pengecaj awam mampu mencapai kelajuan mengecaj tiga kali lebih laju berbanding kabel caj standard. Palam standard ini memastikan pemilik boleh menyambungkan kereta mereka dengan mana-mana stesen pengecaj awam. Kabel pengecasan pantas didatangkan dengan pendaftaran ChargeNow Card secara dalam talian.
Pengalaman pemanduan terbaik dari dalam dan luar.
Panel sisi dengan perkataan “eDrive” yang dinyalakan menyambut anda apabila pintu dibuka. Rekaan ruang dalaman menyerlahkan rasa elegan dan sporty melalui kemasan hitam berkilat, manakala lampu ambien membuatkannya lebih premium. Stereng kulit BMW Sport dan sistem bunyi HiFi (12 unit pembesar suara) dipasang secara eksklusif pada BMW 530e Sport serba baharu.
Selain ciri Lane Change Warning dan Blind Spot Monitor, BMW 530e Sport serba baharu juga dipasang sistem bantuan pemanduan yang ekstensif seperti Peredam Dinamik dengan Mode ADAPTIVE. Mode ADAPTIVE ini merupakan sistem keempat dalam Driving Experience Control yang menawarkan mode pemanduan COMFORT, SPORT dan ECO PRO. Mode ADAPTIVE berfungsi bersama ciri Dynamic Damper Control (DDC) dan Navigation System Professional di mana sistem stereng, DDC dan Steptronic akan mengadaptasi gaya pemanduan semasa serta jalan raya secara automatik.
Sebagai tambahan, Park Assist ialah satu sistem bantuan memandu intuitif yang memudahkan urusan memarkir kenderaan secara selari dan mengundur. Sistem ini mudah dikendalikan dan menawarkan teknologi autonomi tahap dua.
BMW 530e Sport serba baru juga dilengkapi ciri-ciri BMW ConnectedDrive – satu konsep digital yang direka untuk membantu mobiliti peribadi, mengintegrasikan kenderaan ke dalam kehidupan digital pengguna menerusi pelbagai titik sentuhan. Paparan multi-fungsi itu direka khas untuk kluster instrumen di hadapan pemandu dan skrin maklumat di bahagian tengah.
Arahan ke atas sedan eksekutif plug-in hybrid premium baharu ini boleh dilakukan melalui aplikasi BMW Connected. Ia membolehkan anda untuk bukan sahaja memantau prestasi kereta, malah menentukan atmosfera ruang dalaman kereta. Menerusi aplikasi BMW Connected, pemandu boleh memastikan keselesaan kabin dengan mengawal fungsi pendingin hawa melalui telefon pintar sahaja.
Aplikasi BMW Connected juga membolehkan anda memantau tahap caj bateri bervoltan tinggi, lokasi stesen pengecasan, jarak yang boleh dilalui dengan kuasa elektrik sahaja dan jumlah petrol yang dapat dijimatkan.
BMW 5 Series Hybrid dengan Teknologi eDrive Technology yang pertama kali diperkenalkan ini hadir dalam warna kelabu (Bluestone Metallic), biru (Mediterranean Blue), putih (Alpine White) dan hitam (Black Sapphire). Kemasan kulit berwarna hitam sesuai dipadankan dengan semua warna luaran tersebut. Manakala kemasan kulit berwarna coklat (Dakota Cognac) sesuai untuk warna hitam (Black Sapphire), kelabu (Bluestone Metallic) atau putih (Alpine White).
BMW 530e Sport serba baru boleh didapati di semua pengedar sah BMW seluruh negara mulai hari ini dengan bayaran bulanan bermula hanya RM3,588.00 melalui Pembiayaan Balloon 80% daripada BMW Credit Malaysia. BMW 530e Sport serba baharu juga ditawarkan dengan BMW Full Circle Programme daripada BMW Credit Malaysia.
Kempen pemilikan istimewa untuk model-model BMW dan BMW iPerformance di seluruh negara.
Program pemilikan istimewa untuk kenderaan BMW dan BMW iPerformance juga ditawarkan dalam kempen BMW Malaysia yang sedang berlangsung sekarang di semua pengedar sah BMW seluruh negara. Ia merangkumi kadar faedah pembiayaan istimewa bermula 0.88% dan banyak rebat menarik ke atas semua rangkaian model BMW.
Para pemilik baharu model-model BMW iPerformance BMW 330e M Sport, BMW X5 xDrive 40e, BMW 530e Sport dan BMW 740Le akan diberikan akses percuma tanpa had selama setahun ke atas perkhidmatan mobility ChargeNow melalui BMW i AC Fast Charging Cable yang diberi secara percuma. Khas untuk pemilik baru BMW X5 xDrive40e dan BMW 740Le xDrive, program baru daripada BMW Malaysia menawarkan BMW i Wallbox Plus secara percuma dengan pengesan RFID yang boleh diurus dan dikawal dari jauh menggunakan aplikasi telefon pintar BMW iV. Kempen ini berakhir pada 31 Mac 2018.
Harga runcit (di atas jalan, tanpa insurans dengan Jaminan Perbautan Tanpa Had Selama 5 tahun daripada BMW Group Malaysia, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Jaminan Tayar BMW) BMW 5 Series Hybrid dengan Teknologi eDrive ialah:
BMW 530e Sport serba baru – RM 343, 800.00
SaveSave