Cfmoto turut memperkenalkan segmen motosikal pengembaraan (touring) kelas pertengahan yang amat sesuai bagi mereka yang inginkan motosikal berkeupayaan tinggi dengan selesa dari segi kuasa dan kelajuan yang diperlukan pada bila-bila masa, paling penting jentera CFMoto 650 MT ini datang dengan harga mampu milik, sesiapa sahaja boleh memilikinya.
Dari segi rekabentuk, ianya mengikuti perkembangan semasa dengan penampilan yang ringkas tetapi moden, baik dari bentuk luaran mahu pun keupayaan enjin motosikal ini. Admin kagum dengan kemampuan syarikat motosikal dari China ini, yang begitu gigih untuk memgeluarkan jenama motosikal mereka sendiri dan berusaha untuk berdaya saing dengan jenama-jenama terkenal yang sedia ada terutamanya dari Negara Jepun dan Benua Eropah. Mereka telah pun memasuki pasaran di seluruh dunia.
Salah satu perkara pertama yang menarik perhatian Admin adalah rekabentuk 650MT yang kelihatan sangat moden. Penampilannya yang sangat futuristik ini adalah kerana motorsikal ini telah direka di Austria oleh Kiska Design, syarikat yang sama mereka bentuk motorsikal jenama KTM! Dan setelah anda mengetahui hakikat ini, sukar untuk mengabaikan fakta bahawa fairing 650MT mengingatkan kita terhadap beberapa model motosikal KTM.
Melangkah ke hadapan, Admin bukanlah peminat lampu depan yang disusun secara menegak, tetapi ia menjadikan 650 MT ini membawa penampilan yang berbeza – terutamanya dengan jalur LED tinggi di kedua sisi yang berfungsi sebagai lampu siang hari pada 650MT. Saya juga suka bagaimana cermin depan ‘terapung’ di atas fairing, menampakkan penampilan yang lebih premium. Paling penting sekali, skrin hadapan boleh disesuaikan ketinggiannya secara manual, walaupun saya harus menyebutkan bahawa kualiti ensel (aluminium) yang membantu anda mengubahsuai kedudukan skrin mungkin boleh ditambah lebih baik kualitinya. Sebenarnya, bolt pengencang pada motosikal uji ini cenderung melonggar dengan sendirinya semasa dalam perjalanan, lalu menghasilkan bunyi yang bergetar (diharap ianya akan ditambah baik oleh CFMoto pada masa akan datang).
Terdapat pelindung fairing dan enjin yang besar yang membuatkan Admin tidak ragu-ragu mengenai perlindungan yang akan ditawarkannya sekiranya terjatuh. Secara peribadi, Admin merasakan rekaannya mungkin boleh diperkemaskan lagi agar Nampak lebih menarik.
Motosikalnya cukup padat secara keseluruhan walaupun sesekali Admin merasakan pelana motorsikal ini sedikit lebih besar kalau hendak dibandingkan dengan model KTM 390 Duke, yang sangat mengkagumkan untuk apa yang diketengahkan sebagai motorsikal jelajah kelas pertengahan. Ini semestinya memudahkan penunggang yang lebih pendek dan kurang berpengalaman untuk mengayunkan kaki tanpa rasa takut.
Seperkara lagi yang menarik tentang 650 MT, suspensi hadapannya cukup selesa sekali, berkat penggunaan suspensi terbalik dan tayar depan yang bersaiz 120. Walau bagaimana pun, suspensi monoshok belakangnya agak padat membuatkan Admin berasa seolah-olah sedang menunggang sebuah motorsikal naked.
Posisi motosikal ini yang tinggi dan tegak, tempat duduk dan gaya keseluruhan memberikan penampilan dan pengalaman yang menyeronokkan di atas jalanraya. 650MT ini mengundang banyak perhatian ketika berada di jalanraya. Keseluruhan cat dan kualitinya adalah baik, walaupun kualiti plastik, terutama pada alat suis dan bahkan kluster instrumen mungkin boleh dibina dengan kualiti yang lebih baik. Sebenarnya, kluster instrument 650 MT ini menawarkan banyak maklumat, tetapi susun aturnya mungkin boleh direka dengan lebih baik dari segi keterbacaan. Latar belakang hitam untuk bacaan speedometer digital yang berada di dalam tachometer tidak begitu mudah dibaca semasa menunggang.
Enjin dan prestasi adalah bahagian yang sangat menarik perhatian Admin sejak mula menunggang uji CFmoto 650 MT ini. Prestasi enjin 650 MT ini hampir mirip motosikal Kawasaki seperti Versys 650. Ternyata sekali enjin yang menjadi jantung kepada CFmoto ini adalah enjin yang berdasarkan kepada enjin motor Kawasaki. Ini menjelaskan mengapa deruan enjin CFmoto kedengaran sangat mirip dengan Kawasaki dan juga menurunkan kuasanya dengan cara yang sangat serupa. Pada 71PS dan 62Nm, CFmoto menawarkan 2PS lebih banyak dan 2Nm lebih rendah daripada Kawasaki, tetapi secara keseluruhan mempunyai kuasa yang serupa.
Enjinnya dikawankan dengan kotak gear enam kelajuan dan nisbahnya berada pada jarak yang selesa digunakan. Prestasi sangat pantas untuk sebuah motosikal 650, walaupun berat 218kg motosikal 650MT berupaya melonjak hingga 100kmj dari posisi berhenti hanya dalam masa 5.45 saat! Sangat mengagumkan bagi sebuah jenama motorsikal yang baru,di Malaysia. 650 MT ini cukup sesuai dengan cara dan kegunaan peminat-peminat kembara bermotosikal khasnya. Motor ini tidak mempunyai masalah untuk menarik lebih jauh daripada tanda 100kmj dan sekiranya keadaan mengizinkan, kecepatan menunggang melebihi 170kmj adalah sangat mudah. Untuk mengekalkan kelajuan pada tahap 120-140kmph di lebuh raya tiada masalah sama sekali dan dalam erti kata lain, kemampuan perjalanan jarak jauh CFmoto 650 MT ini sangat mengagumkan.
Lebih penting lagi, penggunaan bahan bakar tidak terlalu lahap, terutama pada putaran rendah atau ketika menyelusuri lalu lintas yang sibuk yang bergerak lambat. Kecekapan pembakaran bahan api adalah baik, kerana jentera ini memberi lebih kurang 24.06km/l di lebuh raya dan 18.8kmp/l di dalam bandar yang di dalam jarak tangki lebih dari 300km dalam tangki 18 liter. Sungguh sesuai untuk mereka yang berulang alik ke kerja dalam jarak yang jauh.
Sebenarnya, 650MT mempunyai potensi besar sebagai motosikal kegunaan harian, dengan gabungan prestasi enjinnya yang baik, suspensi yang boleh diselaraskan, rasa tunggangan yang lincah mempengaruhi kualiti perjalanan di jalan yang mencabar, Ia membolehkan jentera meluncur pada kelajuan tinggi. Model yang ke-3 Admin uji selepas CFMoto 250SR, CFMoto 400Nk dan kini model pengembaraan yang Admin tak menyangka keupayaan jentera ini setelah mengujinya selama berberapa hari baik di dalam bandar atau di luar bandar.
Cuma apa yang Admin hendak tekankan adalah, ketahanan dan bagaimana pihak CFMoto menguruskan pusat servis alat ganti yang mengcukupi, dimana ini yang selalu menjadi perhatian dan masalah dari pembeli dan bakal pembeli .Kerap kali masalah sama akan berlaku, semoga ianya diambil berat dan perhatian oleh pengeluar. Banyak syarikat meghadapi masalah ini baik dari jenama terkenal yang dah lama di pasaran pun, masih mempunyai masalah sedemikian. Di harap pihak CFMoto dengan rangkaian pusat servis mereka akan bersedia dan cekap dalam memberikan khidmat selepas jualan kepada pelanggan CFMoto.
Bebalik pada jenama ini, Admin amat berpuas hati dengan model ini. Sesuai dengan harga dan keupayaan jentera ini. Paling tak disangka adalah daya kawalan motosikal ini agak selesa dan mengambil selekoh dengan sempurna. Satu pujian bagi sebuah pengeluar baru dipasaran Malaysia yang sedia maklum cukup payah nak berubah pada jenama tapi akan kalah pada rekabentuk sesebuah kenderaan, tetapi jenama CFMoto ini telah berjaya mengeluarkan sebuah motosikal baik dari rekabentuk, ketangkasan jentera, kawalan dan harga mampu milik.
Dengan harga antara termurah dipasaran untuk pasaran motosikal 650cc RM26,699 – RM29,500 amat berbaloi untuk bagi mereka yang ingatkan sebuah motosikal kembara (Touring) yang serba lengkap ini. Setelah membawanya selama 2 minggu lebih, puas menguji jentera ini , terutamanya untuk kegiatan harian dan pengembaraan jarak jauh ianya satu pilihan yang baik.