Susulan dengan kejayaan model Tiger 900 yang baru dilancarkan awal tahun ini, jurutera di Triumph telah memerah otak dan tenaga dan seterusnya telah melancarkan model terbaru motorsikal Triumph yang diberi nama Tiger 850 Sport.
Direkacipta khusus untuk keselesaan dalam pengembaraan, Tiger 850 Sport memberikan prestasi dan teknologi yang fokus kepada penunggang untuk menyelusuri setiap perjalanan dengan penuh keyakinan dengan enjin 888cc T-plane Triple yang menjana kuasa 84 bhp dan tork maksima 82 nM pada 6,500 rpm.
Bingkai modular Tiger 850 Sport yang ringan dan ketinggian tempat duduk yang boleh diubah mengikut ketinggian penunggang, juga skrin angin dan handle motorsikal yang boleh diubah kedudukkannya meningkatkan lagi keselesaan dan keyakinan penunggang menyelusuri jalanraya terutama dalam keadaan trafik yang sesak.
Tukar antara mod menunggang “jalan” dan “hujan” untuk kawalan menunggang yang dipertingkatkan, dengan mengubah tindak balas pendikit dan kawalan daya tarikan agar lebih sesuai dengan situasi menunggang. Skrin meter TFT berwarna menyerlahkan kemodenan pembinaan motorsikal ini.
Kesemua lampu Tiger 850 Sport ini dilengkapi dengan lampu LED bebas penyelenggaraan khas yang memberikan penglihatan jalan yang jelas serta menjamin pencahayaan yang cerah untuk menerangi pengembaraan anda.
Fungsi “slip & assist clutch” memudahkan penunggang untuk menukar gear dengan hanya memerlukan sentuhan clutch yang lebih ringan. Pengembaraan jarak jauh akan menjadi lebih nyaman dan tidak memenatkan, manakala tunggangan di dalam bandar menjadi lebih mudah dan pantas.
Brek kaliper Brembo Stylema 4 piston yang ringan dan kompak menjadi pilihan agar penunggang boleh berhenti motorsikal Tiger 850 Sport ini dengan penuh yakin dan selamat. Manakala tangki minyak 20 liter mampu membawa anda mengembara jauh.
Tiger 850 Sport ini dijangkakan bakal mendarat di Malaysia pada pertengahan tahun hadapan. Harga jualan juga mungkin lebih rendah dari harga jualan model Tiger 900 yang sedia ada. Hanya ditawarkan dalam 2 rona warna iaitu merah dan biru. Yang pasti, Admin tak sabar untuk memandu uji model Tiger 850 Sport ini!!!