Pelumba negara acara Supermoto, Khairul Amirin yang ditemani oleh pengurus beliau Saudara Izzat, amat kecewa kerana tidak dapat bersaing untuk perlumbaan di pusingan terakhir akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Khairul berasa agak yakin untuk mengutip mata kerana mereka kini berada dalam kelompok 10 terbaik di dalam siri perlumbaan ini. “Kami sepatutnya dijangka pulang ke Malaysia pada 16 November ini, tetapi kerana keadaan yang tidak dapat dielakkan kami terpaksa pulang lebih awal. Disebabkan keadaan di Sepanyol yang semakin serius, kami membuat keputusan untuk pulang ke tanah air bagi menggelakan perkara yang tidak diingini berlaku.” Ujar beliau.
Beliau juga amat kecewa kerana merasa amat yakin dapat menyaingi pelumba- pelumba di dalam kelompok hadapan atau pun di dalam kelompok besar. Walau bagaimana pun, Khairul menerima hakikat bahawa perlumbaan itu terpaksa dibatalkan untuk menjaga diri mereka disana. Oleh kerana perlumbaan dibatalkan, mereka akan menggunakan masa ini untuk memperbaiki diri dengan membuat latihan lebih kerap dan mempersiapkan diri untuk siri perlumbaan untuk kategori SM-Road bagi tahun 2021.
Khairul juga amat berterima kasih kepada pasukan Supermotoland Husqvarna yang berpangkalan di Bullas, Murcia, yang telah membantu mereka untuk mempersiapkan diri dari segi latihan beberapa minggu lepas bersama-sama di sini. “Saya juga tidak sabar untuk memulakan siri baharu di bawah kendalian mereka. Saya juga berterima kasih kepada keluarga dan pengurus saya (Saudara Izzat) yang banyak membantu saya di dalam urusan ketika kami berada disana dan tidak lupa juga pihak-pihak lain yang turut sama membantu.