Subang Jaya, 27 Oktober 2020 – PROTON secara rasmi melancarkan PROTON X50, tawaran SUV keduanya, melalui saluran media sosialnya, hari ini. Pelancaran ini merupakan acara kemuncak program publisiti selama enam minggu berturut-turut yang dimulakan dengan pengeluaran unit pertama dari kilang di Tanjung Malim dan merangkumi prebiu untuk pihak media serta pelanggan yang diadakan di seluruh negara.
SUV segmen-B PROTON
Proton X50 adalah kenderaan kedua yang diusahakan bersama oleh PROTON dan rakannya Geely, dan seperti PROTON X70, ia membolehkan syarikat bersaing dalam segmen baru di pasaran. Ia juga ditempatkan dalam kategori produk yang gemar dibeli oleh pembeli yang ingin menaik taraf dari kereta pertama mereka.
Begitu juga dengan SUV PROTON sebelumnya, usaha sama PROTON X50 memerlukan PROTON dan Geely untuk bekerjasama di pelbagai peringkat. Ini termasuk kakitangan dari China dan Malaysia bekerja dalam rangkaian pasukan pelbagai fungsi (CFT) dan juga ujian atas jalan sejauh 1.9 juta kilometer di jalan raya Malaysia untuk memastikan penyesuaian dengan iklim panas dan lembap dan keadaan jalan raya yang unik di sini. Pada masa yang sama, jurutera produksi syarikat mula membina unit percubaan, pra-produksi dan akhirnya pengeluaran penuh PROTON X50 di kilang pengeluaran baru di Tanjung Malim, yang telah siap dibina pada tahun 2019 dengan kos RM1.2 bilion.
Tidak seperti ketika melancarkan PROTON X70, di mana syarikat memulakan program pemasaran pra-pelancaran yang komprehensif dan menyediakan satu portal untuk menerima tempahan dalam talian, program pemasaran pra –pelancaran PROTON X50 mengambil masa yang lebih singkat. Tempahan mula dibuka secara rasmi pada 16 September 2020, dan sehingga kini, lebih daripada 20,000 tempahan telah diterima dari warga Malaysia yang ingin menjadi pemilik pertama.
“Tahap minat orang ramai untuk PROTON X50 amatlah menakjubkan dan ia merupakan sesuatu yang belum pernah berlaku, terutama sekali dalam tahun yang dipengaruhi oleh faktor luaran. Kami menerima pertanyaan sejak tahun lalu dan sumbangan daripada liputan pelbagai saluran media, jangkaan di kalangan pembeli kereta Malaysia adalah tinggi. Oleh itu, tanggungjawab PROTON adalah untuk memenuhi kepuasan pelanggan di mana mereka mendapat kereta dalam tempoh yang terdekat, dan juga produk ini memenuhi jangkaan mereka dari segi teknologi, prestasi dan kualiti,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.
Harga dan pakej diumumkan
Selaras dengan semua pelancaran model Proton, PROTON X50 dilengkapi dengan pakej komprehensif untuk meningkatkan pengalaman pemilikan. Ini termasuk jaminan jarak tempuh tanpa had 5-tahun dan pakej data 5-tahun yang menyediakan 1GB data percuma setiap bulan.
Siaran Akhbar
PROTON X50 DILANCARKAN
30,000 pelanggan pertama yang membuat tempahan sebelum dan pada 31 Disember 2020, juga akan menerima caj buruh percuma untuk lima kali servis, sementara semua pelanggan ditawarkan pelbagai faedah sekiranya mereka mendapat insurans PROTON X50 mereka melalui Pakej Perlindungan Insurans Premium PROTON. Kadar pembiayaan pinjaman yang rendah bermula dari 2.22% juga ditawarkan kepada semua pembeli melalui syarikat kewangan dalaman PROTON, Proton Commerce Sdn. Bhd.
“Kami yakin pelanggan akan gembira dengan spesifikasi, harga dan pakej faedah yang ditawarkan dengan pembelian PROTON X50. Terdapat varian yang sesuai dengan setiap keperluan dan perbelanjaan dan kami berharap seperti PROTON X70, SUV baharu kami akan membawa ramai lagi pelanggan ke bilik pameran kami, ”tambah Roslan Abdullah.
Harga atas jalan (OTR) untuk PROTON X50 termasuk subsidi cukai jualan PENJANA adalah: