KUALA LUMPUR, 10 Jun 2020 – Bagi memastikan persekitaran yang selamat untuk pelanggan dan pekerjanya ketika perniagaan kembali beroperasi semasa wabak Covid-19 masih melanda, Goodyear mengumumkan ‘Zero Contact’ inisiatif (Zero Contact), di mana pelanggan boleh mendapatkan tayar baru di mana-mana Pusat Servis Kenderaan Goodyear Autocare yang terlibat tanpa melibatkan sentuhan secara langsung sepanjang proses dijalankan.
Alex Ng, Pengarah Urusan Goodyear Malaysia berkata: “Memandangkan kami kembali beroperasi di seluruh negara, kami juga memasuki era ‘normal baharu’ yang memerlukan kita lebih berhati-hati dan peka dalam menangani setiap keperluan pelanggan kami.
“Proses jaminan ‘Zero Contact’ Goodyear adalah tiada sentuhan secara langsung berlaku antara pekerja dan pelanggan dari saat anda menghantar kenderaan sehingga mengambil semula kenderaan tersebut, bagi mengurangkan risiko penyebaran wabak. Susulan kejayaan di Amerika Syarikat, Australia dan negara-negara ASEAN yang lain, kami memutuskan untuk melanjutkan program ini di Malaysia. Kami berharap melalui program ini, kami terus memberi jaminan kepada pelanggan setia Goodyear di mana kami telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk keselamatan diri mereka dan pada masa yang sama tetap komited dalam memastikan keselamatan tayar mereka”, tambah Ng.
Melalui perlaksanaan inisiatif ini, pelanggan perlu membuat temujanji terlebih dahulu dengan Pusat Servis Kenderaan Goodyear Autocare pilihan mereka. Ini boleh dilakukan melalui panggilan telefon atau WhatsApp di laman sesawang Goodyear Malaysia. Untuk menempah temujanji, layari www.goodyear.com.my/store di telefon mudah alih anda dan gunakan fungsi peta untuk memilih lokasi yang berhampiran dengan anda. Selepas lokasi dipilih, dengan mudah, tekan ikon WhatsApp untuk membuat temujanji dengan Pusat Servis Kenderaan Goodyear Autocare yang dipilih.
Kawasan letak kereta ‘Zero Contact’ disediakan khas untuk pelanggan meletakkan kereta dan sebuah kotak juga disediakan untuk meletakkan kunci kereta mereka di premis. Pekerja yang bertugas di Pusat Servis Kenderaan Goodyear Autocare akan mengambil kenderaan anda dan membuat pemasangan tayar baru.
Sebelum mengembalikan kereta kepada pemilik, pemeriksaan keselamatan kenderaan akan dilakukan di setiap 12 titik poin sentuhan utama untuk setiap kenderaan, diikuti dengan pembasmian kuman. Ini merupakan perkhidmatan percuma yang disediakan oleh Goodyear Malaysia untuk pelanggan mereka bagi memastikan kereta mereka selamat dipandu semula, terutamanya kepada mereka yang telah lama meninggalkan kereta mereka tanpa disentuh akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Keselamatan.
Apabila pelanggan mengambil kereta mereka di tempat letak kereta ‘Zero Contact’, mereka akan menerima satu senarai semak yang diletakkan di dalam kereta mereka. Ini merupakan bukti bahawa pembersihan menyeluruh telah dilakukan oleh pekerja dan juga pemberitahuan berkenaan dengan kemungkinan masalah yang dijumpai semasa pemeriksaan dilakukan. Ini memudahkan pelanggan untuk membaiki kenderaan mereka secepat mungkin.
Langkah-langkah pencegahan lain juga akan dilaksanakan di Pusat Servis Kenderaan Goodyear Autocare. Sebagai contoh, pekerja diminta untuk membersihkan dan membasmi kuman di semua kawasan awam, begitu juga dengan segala kemudahan dan kesemua peralatan yang digunakan sebanyak tiga kali sehari. Tempat duduk akan ditanda sebagai tempat duduk alternatif, manakala satu penanda akan diletakkan di atas lantai untuk memastikan pelanggan menjaga jarak satu meter dari yang lain ketika beratur. Pelanggan juga dinasihatkan untuk membayar bayaran perkhidmatan menggunakan pembayaran tanpa sentuhan yang sedia ada seperti e-wallet, perbankan dalam talian atau paywave.
“Dengan melancarkan inisiatif ini, kami berharap kami bukan sahaja dapat meneruskan layanan yang baik kepada pelanggan menerusi ‘normal baharu’, malah juga menyediakan bantuan tambahan untuk memeriksa keadaan kenderaan mereka selepas bercuti sementara. Sudah tentu keselamatan dan kesihatan pelanggan dan pekerja kami adalah penting dalam tempoh ini, oleh itu kami mengharapkan sokongan dan kerjasama dari pelanggan dan rakan Pusat Servis Kenderaan Goodyear Autocare kami untuk mengamalkan langkah-langah kebersihan dan pencegahan yang baik sepanjang tempoh ini”, Ng menyimpulkan.
Di sambil Goodyear Malaysia memulakan inisiatif baru ini, anda juga berpeluang untuk merebut hadiah percuma (tertakluk kepada stok dan ketersediaan) di mana-mana Pusat Servis Kenderaan Goodyear Autocare sepanjang tempoh perkhidmatan ‘Zero Contact’.
Bermula 1 Jun sehingga 31 Julai 2020, setiap pelanggan yang membuat pembelian empat tayar dan ke atas akan layak menerima payung Goodyear. Tayar tersebut termasuklah:
- Kesemua kumpulan tayar Eagle F1 Asymmetric (layak untuk Goodyear Worry Free Assurance)
- Kesemua tayar Eagle F1 (layak untuk Goodyear Worry Free Assurance)
- Kesemua kumpulan tayar EfficientGrip (layak untuk Goodyear Worry Free Assurance)
- Kesemua kumpulan tayar Run on Flat (layak untuk Goodyear Worry Free Assurance)
- Wrangler DuraTrac
- Wrangler AT SilentTrac
Sebagai alternatif, pelanggan yang membuat pembelian empat tayar berikut dan ke atas akan layak mendapat tikar anti-gelincir Goodyear.
- Assurance Duraplus 2
- Assurance TripleMax (layak untuk Goodyear Worry Free Assurance)
- Assurance TripleMax 2 (layak untuk Goodyear Worry Free Assurance)
- Wrangler TripleMax (layak untuk Goodyear Worry Free Assurance)
- Optlife (layak untuk Goodyear Worry Free Assurance)
Untuk keterangan lanjut, pelanggan boleh layari laman sesawang rasmi Goodyear Malaysia di www.goodyear.com.my atau pautan di bawah.
Cari tayar yang sesuai untuk kereta anda:
Lihat tayar apa yang kami ada untuk anda:
https://www.goodyear.com.my/filter-tyre?category=performance
Lihat harga runcit yang disyorkan:
Harga berdasarkan tayar tanpa pemasangan, injap, imbangan dan jajaran tayar
Untuk menyemak harga sebenar untuk kereta anda:
Cari kedai berhampiran anda
https://www.goodyear.com.my/store
Pertukaran percuma sekiranya rosak dengan perlindungan ‘Worry Free Assurance’ kami. https://www.goodyear.com.my/warranty/worry-free-assurance